Pertandingan 3 penjuru sudah hampir pasti akan berlaku di Parlimen Permatang Pauh P44 dalam PRU 14 nanti.
PAS dah umumkan calon mereka untuk mewakili PAS di Parlimen Permatang Pauh itu. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden akan cuba rebut semula penguasaan PAS di kubu kuat Anwar Ibrahim itu.
Calon dari PKR masih belum pasti. Ada desas-desus yang Nurul Izzah akan ganti mak dia kat P44 sebelum ini. Kononnya berita itu datang dari kenyataan Saifuddin.
Tapi Nurul Izzah nafikan berita tersebut. Dia kata PKR masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk mendapatkan keputusan muktamad kedudukan semua calon. Dari jawapan Nurul Izzah ada kemungkinan ya dan ada kemungkinan tidak.
Bagi BN pulak, kemungkinan besar Cikgu Zaidi akan bertanding untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh itu. Cikgu Zaidi sendiri memang menaruh harapan besar untuk bertanding kat situ. Dia bersungguh-sungguh nak berikan khidmat terbaiknya di tempat tumpah darahnya itu.
Akan berlaku tsunami PAS di Permatang Pauh
Akar umbi PAS memang tak boleh dinafikan amat kuat di Parlimen Permatang Pauh. Kalau nak kata merekalah yang banyak membantu kekalkan kemenangan PKR selama ini memang tak salah sama sekali.Orang Kubang Semang contohnya masih kuat dan tetap setia dengan PAS. Tak ada sokongan ketara sangat terhadap Amanah kat Kubang Semang tu. Kalau ada yang kecewa dengan PAS, majotitinya lebih suka jadi pengikut yang mendiamkan diri dan tidak lagi aktif terlibat dalam aktiviti politik dan kepartian.
Bila PAS letakkan calonnya kat kerusi Parlimen, maka akan ada ramai pecahan undi yang akan berlaku terutamanya pada orang Melayu kat Parlimen Permatang Pauh. Pecahan besar sudah tentu akan berlaku dalam pengundi yang selama ini anti BN.
Jadi sudah tentu yang akan hilang banyak undian adalah calon dari PKR. Tak kisah samada Wan Azizah akan kekal bertanding kat situ atau dia nak letakkan anaknya Nurul Izzah. Kemungkinan mereka akan kehilangan banyak undi adalah pasti.
Katakan mereka akan hiliang 8 ribu undian daripada pengikut setia PAS yang sudah pasti akan pangkah parti ikutan mereka. Ertinya PKR perlu tambah pengundi baru seramai 16 ribu untuk neutralkan kehilang seramai 8 ribu undi itu. Nampak macam susah nak buat tu.
Sekarang PKR perlu bergantung pada pengundi baru yang tak ada setia pada mana-mana parti samada BN atau PH. Mereka juga terpaksa bergantung harap pada penyokong BN yang dah lari beralih arah kepada Bersatu.
Perlu lihat statistik secara lebih mendalam untuk kira semua percaturan pengundi kat Permatang Pauh itu.
Cikgu Zaidi ada potensi untuk memang
Yang pastinya, orang yang akan untung besar dalam pertandingan 3 penjuru kat P44 ialah Cikgu Zaidi. Bila ada perubahan undi pergi ke PAS, ertinya, PKR yang akan hilang banyak undi. Dan semakin ramai yang plih PAS kat situ, semakin besar potensi cikgu Zaidi untuk menang.Dan sudah pasti PAS tak akan menang kat Kerusi Permatang Pauh tu.
Seyakin manapun Afnan. Sehebat manapun dia kata ada strategi tersendiri untuk menang kat situ, dia tak dapat nafikan bahawa jumlah penduduk yang melazimi surau dan masjid kat Parlimen Permatang Pauh tidak sampai 1% daripada jumlah penduduk muslim kat sana.
Tengok fakta itu saja dah boleh agak berapa kerat sangat orang nak bagi undi kat PAS.
Apa yang pasti adalah PAS buat Tsunami untuk karamkan dia sendiri dan karamkan pesaing BN. Itulah strategi yang BN dah susun baik di seluruh negara untuk pastikan yang Bn kekal menguasai PRU 14 nanti.
Samada Afnan dan para Ustaz PAS sedar atau tidak sedar saya tak tahu. Samada mereka sengaja atau tidak juga saya tak boleh nak tuduh. Tapi PAS akan menjadi Tsunami pemusnah yang dikawal baik oleh BN untuk kekal menguasai Malaysia selama satu penggal lagi.
Keghairahan mereka lawan punyalah banyak kerusi pada PRU 14 ini adalah satu perkara yang amat pelik dan tak pernah berlaku. Malah Umno sendiri tak lawan sampai kerusi sebanyak itu. Senjata BN untuk memang PRU 14 kali ini nampak amat jelas adalah menunggang PAS samada disedari atau tidak.
Aku tetap akan tolak PAS dan sudah pasti tidak akan percaya pada PAS lagi selepas ini. Mungkin mereka jujur dan tidak berniat jahat. Tapi jujur saja tidak cukup untuk aku letakkan harapan menjadi ketua. Hangpa nak undi PAS itu hak hangpa...
Khianat adalah perangai hadi sejak dulu lagi, zaman Dato Asri hj muda.
ReplyDeleteSokong PAS Sokong UMNO sbb mereka rasa mereka masih lagi Org2 kaya di Malaysia, boleh hidup selesa dgn BR1M
ReplyDeleteTak apa ph kan kuat sokongan drp dap.penyokong dap akan cover kehilangan penyokong pas.ph akan jadi kuda tunggangan dap.kena pegang amanah pengundi dap baik2.org cinalah akan memberi undi terbanyak kat ph.sebab ph boleh dipergunakan demi matlamat org cina
ReplyDeleteFahaman rasis memang sentiasa ada
Delete