Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 April 2018

Siapa punya idea buat hari Rabu sebagai hari mengundi untuk PRU14

  Ano Nyme       12 April 2018



Ramai yang naik marah bila SPR umum hari mengundi jatuh pada hari Rabu 9 Mei 2018. Paling marah sudah tentu pimpinan Pakatan Harapan dan para penyokong Pakatan Harapan.

Bila aku tengok hari rabu diumumkan sebagai hari untuk pergi buang undi, aku juga rasa pelik. Siapa punya idea buat keputusan jadikan hari rabu tengah minggu penuh sibuk itu sebagai hari pangkah pengundian pada PRU14 nanti?

Hak SPR tentukan hari mengundi

Aku baca laporan berkata yang seorang Ulama berpendapat, nak tentukan hari apa pengundian di jalankan pada PRU14 nanti adalah hak SPR.

Mulanya rasa nak kritik juga pendapat dia yang sungguh bersangka baik dan lurus itu. Tapi bila fikir balik, memang kenyataan beliau itu betul 100%. Nak mengundi hari apa ikut suka SPR lah. Dah berikan kuasa pada mereka untuk uruskan segala kerja pilihanraya tu, jadi kenalah ikut apa yang mereka rasa betul.

Jadi aku anggap idea untuk tentukan hari mengundi jatuh pada hari Rabu adalah idea SPR. Samada ianya idea Ketua Pengarahnya, setiausaha, pembantu am, despatch, drebar atau lain-lain lagi pegawai SPR yang dipersetujui oleh SPR, aku tak pasti juga.

Najib dan UMNO pengaruhi SPR

Ada juga orang sebut yang SPR hanya sebuah badan puppet. Ada master puppet yang pegang tali halus menggerakkan segala aktiviti dan keputusan SPR. Jadi semua kerja SPR diarahkan oleh UMNO dan sudah tentu orang paling berkuasa dalam UMNO sekarang adalah Najib.

Jadi depa kata Najib punya arahan untuk buat hari undi pada hari Rabu.

Aku rasa bukan Najib yang buat keputusan atau keuarkan idea itu. Najib jenis yang suka pakai segala pakar dari luar negara untuk buat kajian dan berikan cadangan terbaik. Jadi dalam bab tentukan harti apa nak mengundi, sudah tentu nasihat datang dari para pakar tersebut.

Maka jatuhlah hari mengundi pada hari Rabu.

Kenapa hari Rabu

Bila orang marah dan tanya pada SPR kenapa hari rabu?, mereka tak perlu nak jawabpun sebab itu Hak mereka seperti mana kat Ulama nombor 2 dunia. Dan SPR tak perlu nak jawabpun kenapa sebab boss SPR adalah UMNO dan Najib dan bukannya rakyat.

Itulah yang banyak berlaku sekarang. Itulah yang aku nampak dan rasanya ramai orang lain yang nampak macam itu juga. Bila pegawai yang berkuasa yang sepatutnya berkhidmat untuk kebaikan rakyat tak buat macam itu, semua orang akan rasa itu tak betul.

Tapi bukankah rakyat dah pilih Najib dan UMNO sebagai kerajaan yang mewakili rakyat. Jadi, bila semua pegawai samada SPR. SPRM, POLIS, ASKAR, PEGUAM Negara dan lain-lain lagi, taap pada Najib, bukankah ianya sama dengan mereka taat pada orang yang rakyat pilih. Jadi maknanya taap pada rakyat jugalah.

Jadi aku conclude bahawa taat pada rakyat dan menjaga kepentingan rakyat adalah sama dengan taap pada wakil yang rakyat telah lantik untuk jadi ketua negara Mereka.

Hari rabu dipilih untuk pastikan jumlah yang pergi mengundi paling sedikit. Dan mereka yang tak dapat keluar mengundi itu adalah pekerja makan gaji kelas bawahan tetapi tidak ketinggalan dari arus semasa.

Mereka paling ramai mewakili rakyat Malaysia yang tak suka dan marah pada kerajaan BN sekarang terutamanya Najib. Jadi jika puak ni tak dapat keluar mengundi, maka peratusan PH untuk memang sudah tentu akan turun. Laporan kata sebab kes hari rabu saja peratusan menang PH turun 10%.

Bagi aku samada hang nak bubuh hari isnin selara rabu atau hari apapun, aku tak kisah sebab aku bukan kerja makan gaji. Tapi bagi pekerja bawahan, mereka yang bertanggung jawab dan ada komitmen bela anak bini tak akan buat kerja gila balik kampung tuang kerja 2 hari semata-mata untuk pastikan TUN M jadi PM.

Siapapun yag naik jadi PM, mereka tetap akan duduk kat situ juga, gaji masih rendah, naik moto kapchai, tiada yang akan hargai sumbangan mereka dan sentiasa diperkotak katikkan sampai ke tua. Jadi apa sangat nak bersusah payah balik mengundi?

Satu lagi yang aku lihat jelas dan terang adalah sikap tak kisah SPR untuk menyusahkan semua orang satu negara. Kalau SPR ikut anjuran Al-Quran untuk jadikan dirinya manusia berguna dan taat semata-mata hanya kepada Tuhan yang menjadikannya, tentu dia akan pilih hari yang lebih mudah buat semua orang.. samada sabtu ahad atau isnin. Tapi ternyata itu semua bukanlah sasaran kebanyakan manusia kat dunia ni... taat kepada makhluk selain Tuhan adalah ketagihan manusia dari dulu sampai sekarang...

sumber gambar dari FB PRU 14

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Siapa punya idea buat hari Rabu sebagai hari mengundi untuk PRU14

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !