Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 May 2018

2 ucapan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang sungguh Win! untuk PRU 14 nanti

  Ano Nyme       04 May 2018



Nik Omar Nik Abdul Aziz dalam sekelip mata jadi sebutan orang ramai dalam bahang PRU 14 yang semakin hampir.

Namanya tiba-tiba muncul dan susuk tubuhnya serta ucapan ceramahnya juga tiba-tiba menjadi perhatian dan buah mulut pemerhati politik tanah air.

Yang menariknya, bukan saja orang Melayu Islam yang tertarik dengan Nik Omar Nik Abdul Aziz ni, malah orang bukan Islam juga terpanggil untuk memberikan respon mereka yang amat positif terhadap anak Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.

Saya sebelum ni memang ada dengar nama Nik Omar ini, tapi sekadar dengar macam itu saja dan tahu ada seorang lagi anak Tuan Guru Nik Aziz abang kepada Nik Abduh.

Nama tu saya dengar bila membaca sepintas lalu cerita perebutan atau dakwaan antara PAS dan Amanah terhadap anak Arwah Nik Abdul Aziz ni. Amanah kata Nik Omar sertai parti mereka. Kemudian Pas pulak tolak dan mengejek Amanah serta mendakwa Amanah buat dakwaan pandai sendiri.

Nik Omar bertanding di DUN Chempaka

Masuk saja hari penamaan calon pada 28 Mei lalu, tiba-tiba Nik Omar diarak di bawah bendera Amanah. Beliau dicalonkan untuk merebut kerusi Chempaka kat Kelantan. Hari itu baru tergerak nak tahu lebih lanjut pasal anak Nik Aziz ni dan rasanya satu Malaysia juga terpanggil untuk berikan perhatian pada Nik Omar.

Rasanya orang paling marah dengan apa yang berlaku kat DUN Chempaka itu adalah orang PAS. Parti Islam kat Malaysia itu, yang selama ini memandang rendah Amanah dan menjadikan parti serpihan PAS itu sebagai musuh yang jauh lebih dibenci daripada DAP dan parti-parti lain kat Malaysia ini terus jadi tergamam.

Paling teruk adalah komen adiknya Nik Abduh yang mendakwa kononnya ibu mereka tak redha dengan apa yang Nik Omar telah lakukan. Sampai tergamak Nik Abduh kata abangnya itu adalah hasil dari pancutan air mani bapak mereka yang sia-sia... !

Perghhh! apa da punya komen dari pemimpin yang mendakwa mereka matang dalam berpolitik!.

2 ucapan Nik Omar yang WIN

Walau apapun orang nak komen pasal Nik Omar ni, saya rasa kalau nak bandingkan ucapan beliau dengan adiknya yang nampak mesra Umno, memang amat jauh berbeda.

Bila adiknya mencemuh kononnya air mani bapak mereka sia-sia memancutkan Nik Omar, dia senyum saja. Malah sebaliknya mendoakan adiknya itu berjaya dalam pertandingan kerusi Parlimen yang dia masuk. Itu memang satu sikap yang high class semua orang boleh lihat sendiri.

Tapi semalam ada dua lagi ucapan yang saya rasa amat WIN!, saya petik kat bawah ini untuk tatapan semua pembaca yang berfikiran terbuka dan sudi menggunakan common sense atau akal yang sempurna.

“Kita bukan memilih agama, tidak! Pilihan raya adalah untuk memilih pasukan mana yang kita yakin boleh memandu negara kita ke arah yang lebih baik” - Nik Omar, Putrajaya

Ucapan kat atas tu diucapkan Nik Omar semalam ketika berucap atas pentas di Putrajaya yang mahu ditakluki oleh PH. Ramai yang puji ucapan itu yang nampak sederhana bukan retorik tapi mudah dan jelas.

Beliau kukuhkan lagi ucapan kat atas tu dengan ucapan berikut pulak kat bawah ni,

“Orang Islam, kita yakin dengan Islam. Dalam masa sama kita kena hormat pilihan kaum lain. Kita kena hormat pilihan agama lain.” - Nik Omar

Nampaknya Nik Omar berpijak di bumi nyata dengan mengakui wujudnya agama lain kat Malaysia ni. Dia tidak sependapat dengan Tuan Guru Haji Hadi, ulamak no. 2 dunia yang mahu semua orang ikut doktrin Islam dia dengan PAS duduk kat atas dan semua perlu ikut semua pendapat Islam PAS.

PAS tuduh DAP nak kidnap negara dan jadikan orang Islam murtad dan Kristian. Sekali gus mendakwa bahawa semua orang Islam kat Malaysia ni (kecuali ahli PAS yang setia) amat lemah dan goyang Islam mereka dan tak faham Islam sebagaimana mereka paham.

Macam mana UMNO tuduh orang Melayu akan dihancurkan oleh DAP juga. Umno dakwa semua orang Melayu (kecuali ahli Umno yang setia) amat goyang akal Melayu mereka, sehingga mudah diperkotak katikkan oleh orang DAP atau Cina.

Jelas ucapan NIk Omar menunjukkan yang dia bukan berfahaman ISIS yang menuntut muka bumi ini menjadi sebuah 'Islamic State'. Itulah hasrat PAS yang mahukan Malaysia jadi satu entiti Islamic State yang sama dengan doktrin ISIS.

Bukan persoalan tak setuju terhadap Islamic State ini, tapi perlu jelas dan dibincangkan dengan mendalam apa makna sebenar Islamic State terlebih dahulu. Terlalu banyak sangat doktrin Islamic State yang muncul dan semua kata dia yang paling betul.

Seperti mana munculnya terlalu banyak pecahan kumpulan yang mendakwa dia lebih Islam dari semua orang lain, begitu juga lah dengan konsep Islamic State ini yang masing-masing dakwa dia punya konsep lebih betul dari orang lain.

Anda mungkin kecam tulisan ini, tapi tak kisah kecamlah. Mungkin ada benarnya kecaman anda itu dan boleh saya belajar darinya...

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 2 ucapan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang sungguh Win! untuk PRU 14 nanti

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tunggu sikit hari lagi.....UNO akan dituduh khadam DAP....sekarang ni tengah membara je lebai2 tu menanti mimpi Hadi yg tak kesampaian. Mungkin tukar jadi wahyu pulak.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !