Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 May 2018

3 negeri di Malaysia paling teruk diserang Pepijat penghisap darah

  Ano Nyme       03 May 2018





"Aduhhhh! tak tahan aku, gatal seluruh badan !", rungut makcik warga Indonesia yang singgah di pejabat syarikat pest contol saya.

Mungkin dia lihat van Orange Putih bersih syarikat yang diparkir depan pejabat. Ada gambar besar seekor Pepijat pada van tersebut dengan tulisan berwarna biru berbunyi, "Bed Bugs Specialist".

Kebetulan saya ada depan pejabat nak keluar berjumpa dengan pelanggan. Terpaksalah layan dia sebentar mendengarkan keluhannya.

Anda ada masalah pepijat? Hubungi Easelife Services Sdn Bhd. Khidmat hapuskan pepijat dengan berkesan dan amat selamat menggunakan Teknik Rawatan Haba dari Wap Panas secara Profesional. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Kena gigit pepijat setiap malam

Dari cerita makcik Indonesia itu, terus datang rasa simpati kepadanya.

Setiap malam dia kena gigit peijat. Habis badan, tangan dan kakinya berbintil merah akibat digigit pepijat si penghisap darah. Ada kesan gigitan yang kelihatan dah berdarah. Kesan luka akibat digaru.

Rumah yang dia sewa itu dikongsi dengan beberapa orang kawan lain lagi. Bila dia masuk ke rumah itu, pepijat dah ada banyak. Di perabut, di katil, di tilam dan juga di celah almari. Memang dah lama agaknya pepijat membiak tanpa ada usaha untuk hapuskan pepijat dari rumah sewaan mereka itu.

Makcik itu mahu tanya samada ada ubat yang dia boleh gunakan untuk hilangkan masalah pepijat dari rumah sewaannya itu. Dia nak beli dan balik bunuh pepijat yang menghantui tidur malamnya.

Dari gambaran yang dia ceritakan pada saya, memang perlukan satu rawatan yang menyeluruh di rumah sewaan itu. Tak cukup sekadar beli ubat sembur atau racun serangga untuk membunuh pepijat yang sudah teruk membiak dan merebak sebegitu.

Rumah perlu dibersihkan dan dikurangkan rekahan atau celahan yang membolehkan pepijat menyorok dan membiak. Kalau tilam dah tak elok dan ada banyak pepijat dan telur pepijat, elok buang saja.

Negeri paling teruk diserang pepijat

Memang dari kajian yang dialukan sebagaimana diterangkan oleh Pensyarah USM Dr Abdul Hadi AB Majib, masalah pepijat paling teruk ada di asrama tempat penginapan. 

Jika makcik Indonesia itu mengadu teruk di gigit pepijat tidaklah menghairankan. Lagipun Selangor merupakan negeri yang paling teruk di landa serangan pepijat.

Berikut adalah senarai negeri yang paling teruk diserang pepijat di Malaysia untuk maklumat anda:
  1. Selangor
  2. Perak
  3. Kedah
  4. Pulau Pinang
  5. Johor
  6. Terengganu
Sumber maklumat dari sini.

Pepijat boleh bergerak sekali dengan anda ketika mengembara samada dalam bas, kereta, malah kapal terbang sekalipun.

Jika anda singgah menginap di tempat tidur hotel yang memang dah ada pepijat, telur atau pepijat mungkin melekat pada pakaian atau beg kembara anda. Dari situ bermulalah perjalanan yang jauh pepijat itu dari hotel terue ke rumah dan bilik tidur anda.

Elakkan pepijat dari menjadikan tidur anda satu mimpi ngeri. Hubungi Puan Siti di 012-2067357 untuk dapatkan Rawatan Haba yang selamat dan berkesan bagi membunuh pepijat sekali dengan telurnya. 

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 3 negeri di Malaysia paling teruk diserang Pepijat penghisap darah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !