Satu lagi artikel berkaitan amalan berpuasa yang sedang diamalkan oleh umat Islam sekarang. Sebelum ini kita dah tahu apa berlaku pada usus jika anda berpuasa.
Sekarang, kita cuba tengok apa pulak berlaku kepada tahap kepandaian anda hasil daripada amalan berpuasa. Adakah puasa mampu menjadikan anda lebih bijak berbanding tidak puasa dan makan apa saja sepanjang masa ikut suka.
Kesan amalan puasa terhadap otak
Sebelum pergi kepada kajian yang saya baru baca, elok juga kongsikan sedikit pengalaman yang berlaku pada diri saya sendiri.Saya dah amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis berbelas tahun tanpa pernah gagal. Pernah sekali saja tak puasa atas masalah teknikal. Tapi saya gantikan pada hari yang berikutnya bila masalah dah selesai.
Adakah saya bertambah bijak dengan amalan puasa yang diamalkan secara konsisten itu?
Untuk menjawabnya, terus terang saya tak pasti. Adakah saya bertambah bijak atau tidak dengan amalkan puasa sunat Isnin Khamis secara istiqamah sejak sekian lama. Nak kena ukur IQ rasanya untuk ketahui tahap kebijaksanaan saya.
Tapi hanya satu saya perasan.
Saya dapat kesan dengan mudah pendapat atau orang yang tak berapa bijak menggunakan akal dan nalurinya. Mungkin bukan disebabkan puasa, tapi lebih kepada umur yang semakin meningkat. Haha ! saya bergurau... ok
Saya rasa, perubahan yang berlaku adalah dari segi pemahaman bila membaca dan merenung sesuatu. Saya rasa macam semakin mudah faham la pulak berbanding zaman dahulu sebelum amalkan puasa secara konsisten. Dulu lebih mudah putus asa sebab tak boleh nak faham, tapi sekarang lebih mudah.
Perubahan pada saraf otak bila berpuasa
Sekarang kita tengok kajian yang telah dilakukan terhadap 40 ekor tikus.Biasanya saintis akan jadikan tkus sebagai bahan kajian untuk mendapatkan gambaran apa yang berlaku pada manusia jika dilakukan perkara yang sama pada tikus. Saya faham, saintis buat begitu sebab sistem tubuh badan tikus dengan manusia lebih kurang sama saja.
Sepanjang tempoh kajian, tikus yang dibahagikan kepada dua kumpulan itu diberikan jumlah kalori yang sama pada makanan mereka.
Cuma satu kumpuan diberikan makan macam biasa setiap hari dan satu lagi kumpulan diberi makan secara berselang hari. Hari ni bagi esok tak bagi dan begitulah seterusnya. Ertinya satu kumpulan dipaksa berpuasa selang seli.
Apa yang berlaku pada kumpulan yang berpuasa tersebut?
Ini yang menarik untuk kita lihat.
Kumpulan yang berpuasa didapati meningkat tahap brain-derived neurotrophic factor (BDNF) dalam otak mereka. Dan peningkatannya adalah amat tinggi, iaitu sebanyak 50%.
Apa dia BDNF itu?
Ianya adalah sejenis protein yang bertindak seperti baja bagi menghasilkan sambungan neuron baru di dalam otak. Semakin banyak jumlah BDNF, semakin banyaklah kemungkinan sambungan neuron akan berlaku dalam otak.
Sambungan neuron yang banyak ini merupakan pembentukan maklumat baru yang berlaku di dalam otak yang melekat menjadi ingatan. Begitulah lebih kurang maksudnya.
Ringkasnya, orang yang dalam otaknya berlau banyak aktiviti perhubungan dan sambungan banyak neuron sudah tentu adalah orang yang semakin lama semakin bijak. Kajian boleh dibaca di pautan ini.
Jadi, memang betul, berpuasa dapat menjadikan anda lebih bijak! insyaallah !
Selamat berpuasa !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !