Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 May 2018

Apa perbezaan berlaku pada diri anda selepas BN kalah dan PH menang

  Ano Nyme       16 May 2018



Rasa teruja, rasa puas hati, terkedu, hilang beban dan seronok tak habis lagi ulas apa yang dah berlaku pada PRU 14 tempoh hari. Itu yang saya yakin berlaku pada sekurangnya 50% daripada para pengundi PRU 14 lalu.

Kenapa saya kata hanya 50% daripada jumlah keseluruhan pengundi pada PRU 14 lalu?

Ini berdasarkan popular vote kepada setiap parti utama yang bertanding dalam PRU 14. Berdasarkan peratusan, para pengundi memilih 3 parti berdasarkan jumlah begini;
  • PH - 50%
  • BN - 32%
  • PAS - 18%
Nampak tu!. PH tak boleh nak perasan sangat dari segi undi popular Hanya separuh dari pengundi yang pangkah PH.

Namun begitu, BN lebih teruk dari PH dengan 32% saja dari pengundi ang pangkah depa. Dan agak mengejutkan bila jumlah pengundi yang pilih PAS adalah sebanyak 18%. Jumlah orang yang pangkah PAS adalah seramai 2,043,159 orang !.

PH memang, BN kalah dan PAS tak kalah

Telahan ramai yang PAS akan hilang taring dan jadi malap ternyata salah sama sekali. Realtinya, amat ramai yang suka dengan parti perjuangkan agama itu. Ramai yang samada takut atau yakin bahawa Hudud perlu dilaksanakan di Malaysia.

Ada dua jenis pengundi PAS menurut pandangan saya. Ini berdasarkan apa yang saya dapat dari kawan-kawan. Satu kumpulan amat yakin yang Hudud wajib dilaksanakan dan boleh dilaksanakan segera dan tak perlu nak berdolak dalih cari alasan.

Satu kumpulan lagi bersetuju bahawa Hudud masih boleh ditangguhkan terlebih dahulu sehingga ke satu masa yang lebih sesuai setelah kebanyakan agenda lain ang lebih utama yang universal di laksanakan.

Tapi kumpulan kedua tetap undi PAS sebab kalau tak undi takut termasuk dalam golongan yang menolak Islam. Mereka fokuskan pada usaha dan subangan yang boleh dilakukan dan tidak peduli pada menag pilihanraya atau tidak. Sebab mereka percaya Tuhan tak tanya memang atau kalah PRU, tapi apa yang anda buat.

Perbezaan pada diri anda PH menang

Balik pada tajuk asal. Selepas saya kurangkan sejenak jadi pengulas dalam setiap perbahasan kedai kopi. Saya tanya balik pada diri sendiri. Apa yang aku dapat sebenarnya denan kemenangan PH ini? Apa perbezaan pada diri aku sendiri antara sebelum dengan selepas PRU 14?

Adakah duit bertambah? Tidak
Adakah hidup lebih mudah? Tidak juga
Adakah kerja lebih lancar? Tidak juga

Secara fizikal dan materialnya, lansung tak ada beza selepas PH menang. Masa BN pegang dulu, saya masih tetap orang yang sama bertungkus lumus cari makan untuk bela anak dan isteri dan segala tanggungan lain di kampung.

Jadi, kenapa saya rasa seronok. Kenapa ramai yang rasa seronok? Saya yakin hampir kebanyakan kawan-kawan yang lain dari kalangan rakyat marhaen alami perkara yang sama sebelum dan selepas PRU 14.

Mungkin akan ada perubahan yang lebih ketara selepas GST berjaya dimansuhkan. Mungkin saja. Mungkin akan lebih terasa jika minyak petrol dan diesel diberikan subsidi semula dan harga minyak kekal dalam harga RM1.50 seliter atau lebih rendah lagi.

Tapi semua itu tak akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Kita tunggu lah.

Ada beza hanya dari segi emosi

Bila saya fikirkan semula. Apa yang sebenarnya berbeza antara masa BN memerintah dengan PH perintah hanyalah dari segi emosi. Itu saja yang berbeza.

Banyak bebanan rasa meluat dan diperbodohkan oleh media dan bahan propaganda serta pak menteri BN hilang. Banyak rasa geram dengan segala aksi mengarut badan penguatkuasa yang sepatutnya neutral juga hilang.

Rasa geram dan tekanan jiwa diperbodohkan itu membuatkan saya sendiri dan ramai lagi yang terus tinggalkan akhbar. Ramai yang terus tak nonton TV. Ramai yang tak mahu dengar apa saja ucapan dan alasan pak menteri.

Rasa geram itu berlarutan selama bertahun tahun dan tak tahu kat mana nak lepaskan.

Jadi, bila datangnya PRU 14, saya rasa masanya telah tiba untuk lepaskan geram tersebut. Rasa macam ada satu kuasa untuk bertindak mengubah emosi yang semak dalam dada selama ini. Dan akhirnya BN yang buat main-main dengan kewarasan akal selama ini berjaya ditumbangkan juga.

Bkan nak nafikan benda baik yang Bn dah buat untuk pembangunan negara, sudah tentu ada. Tapi paling tak tahan bila rasa diperbodohkan sangat-sangat itu saja yang lebih ketara. Mana-mana kerajaanpun wajib bangunkan negara. Bukan BN saja yang mampu. Sudah pasti akan ada kurang di sana sini.

Tapi perlu telus dan terbuka. Terima kekurangan dan perbaiki supaya lebih baik. Bukannya berikan jawapan yang bukan-bukan dan habiskan tenaga rakyat menahan emosi.

Cuma tertanya-tanya juga. yang 50% lagi pengundi yang tolak PH tu macam mana perasaan mereka agaknya?
(sumber gambar)
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa perbezaan berlaku pada diri anda selepas BN kalah dan PH menang

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Tak tahan dah nak melepas rasa cemburu dendam kesumat. Baru 6 hari dah bersembur isi hati yg membusuk. Tunggulah 100 hari dulu be barulah komen. Nampaklah cerdik sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu rasanya gambaran apa yang ada dalam isi hati Anon sendiri dan bukan penulis. Bab tak berapa cerdik tu mungkin betul dan dapat diterima sebagai manusia biasa yg masih belajar

      Delete
  2. baru menang seminggu nak rasa perubahan terus? kelakar juga...pm dah umum 1 jun 2018 0% GST, banyak koruptor yang ketakutan sekarang, skandal yang cuba dibongkar...nak adil, bagi la tempoh 100 hari diminta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Nanti dah lepas 100 hari tulislah pulak dan lihat perubahannya. Tulisan itu berdasarkan apa selepas perubahan dan tak salah kan? ka salah?

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !