Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 May 2018

Betulkah 'Teh Tarik kedai mamak' buat anda jadi gemuk berlebihan

  Ano Nyme       26 May 2018



Betulkah minum teh tarik di kedai mamak boleh buatkan anda jadi gemuk?

Saya terbaca dalam satu laporan masalah penduduk gemuk di Malaysia. Datanya agak mengejutkan juga. Di seluruh Asia Tenggara, negara kita Malaysia duduk tempat pertama. Malaysia punya penduduk paling ramai gemuk.

Data menunjukkan warga negara Malaysia yang Gendut adalah seramai 13.3%.

Warga negara Malaysia yang gemuk atau berlebihan beratnya adalah seramai 38.5%

Saya gunakan istilah gendut. Maknanya gemuk tahap merbahaya. Istilah itu digunakan dalam bahasa Indonesia diterjemahkan dari istilah bahasa Inggeris Obese.

Kalau anda campur kedua-dua jumlah orang gendut dan orang berat lebih, ada seramai 51.8% orang gemuk di seluruh negara!.

Bayangkan sebuah negara yang dipenuhi lebih dari separuh rakyatnya gemuk. Jalan ke sana sini sambil angkat seluar yang melebeh ditolak oleh perut boroi. Bila perut boroi, setiap kali anda angkat ke atas, ia akan melongsor semula ke bawah di bawah pusat.

Apa punca yang membuatkan ramai sangat orang gemuk kat malaysia?

Teh Tarik kedai mamak buat anda gemuk

Ada satu buku pasal gemuk ini saya beli kat MPH dan baca. Bab paling awal yang dia ceritakan pasal gemuk adalah berkenaan minum Teh Tarik. Dia tak sebua kat mana nak minum teh tarik ni. Tapi saya faham tak ada teh tarik yang lebih sedap selain dari pekena kat Kedai Mamak.

Dah banyak kali saya minum teh tarik kat kedai Melayu. Memang tak boleh lawan kedai mamak. Teh tarik kedai melayu kurang lemak, tidak konsisten dan tak dapat dijangka rasanya. Kalau minum 10 kali teh tarik kat kedai melayu, anda akan dapat 10 perbezaan rasa.

Berbanding kedai mamak. Kita ambil contoh kedai Syed Bistro kat Puchong yang agak kerap juga saya ke sana sarapan atau jumpa kawan-kawan bersembang. 100 kali saya minum teh tarik kat situ, lebih dari 90% sama rasanya. Mungkin lebih lagi menghampiri 95 ke 98%!.

Jadi, teh tarik ni amat sinonim dengan kedai mamak. Paling ramai orang minum teh tarik kedai mamak berbanding di kedai lain.

Jadi atas dasar itu juga boleh dikatakan teh tarik kedai mamak, yang ada di seluruh negara ini menyumbang kepada masalah rakyat Malaysia yang terlalu ramai jadi gemuk.

Bagaimana teh tarik buat anda gemuk

Macam mana nak buat teh tarik?

Orang muda mungkin ramai yang tak tau macam mana nak buat teh tarik sendiri. Paling mudah pergi beli sachet teh tarik kat giant. Ambil air panas secawan, buka sachet dan tuang serbuk ke dalamnya. Dah siap jadi teh tarik.

Tapi rasa teh tarik sachet tu tak selazat kedai mamak punya teh tarik.

Nak rasa lebih sedap lagi, anda perlu tambah sedikit susu pekat manis ke dalamnya. Barulah jadi lemak manis dan lazat ala-ala mamak gitu.

Itulah rahsia teh tarik. Diperbuat dari air teh pekat lalu dimasukkan susu pekat manis secukup rasa. Ada yang tambah lagi gula. Nak kasi manis lagi katanya.

Teh Tarik secara asasnya ada terlalu banyak gula. Itulah sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah badan gemuk pada diri anda.

Gula bertukar jadi lemak dalam badan

Gula yang anda masukkan ke dalam badan tu merupakan punca tenaga. Ia akan ditukar kepada sukros yang masuk kedalam sistem peredaran darah.

Selepas masuk dan tak digunakan tenaga itu. Maka tak payah nak tunggu lama, tenaga itu akan ditukar pula menjadi lemak. Alamat bertingkat-tingkat lemak akan berkumpul dalam badan anda bila banyak ambil gula tapi tak banyak gunakan tenaga.

Kerap minum teh tarik, malas bersenam, berjalan kaki tak mahu, naik tangga tak mahu dan asyik duduk kat kerusi pejabat, duduk kat sofa depan tv, duduk pekena teh tarik kedai mamak, dan malamnya tidur atas katil sampai pagi.

Patutlah gemuk!

Oleh itu, kalau nak terus pekena teh tarik kat kedai mamak boleh. Kontra dengan lebihkan aktiviti fizikal yang banyak menggunakan tenaga.

Atau kurangkan saja teh tarik dan tambah aktiviti fizikal. Itu saja caranya kalau tak mau gemuk.

Bagi yang berminat nak jadi usahawan The Shredder, bahan pembakar lemak dalam badan dari ramuan semula jadi, boleh baca artikel ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Betulkah 'Teh Tarik kedai mamak' buat anda jadi gemuk berlebihan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Bagaimana dgn teh ais mamak? Adakah ini pun punca obese? Rasanya lebih ramai yg minat teh ais dr teh tarik, pernah tengok sarapan pun dah hentam teh ais.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !