Anda terjaga dari tidur di tengah malam. Terasa ada kecil benda berjalan pada kaki. Suluh dengan lampu di telefon pintar anda itu dan nampak jelas seekor pepijat sedang cuba melarikan diri.
Anda terus bingkas bangun dari katil dan buka lampu bilik. Cepat-cepat ke tilam semula, segera tarik selimut untuk pastikan sekali lagi. Kelihatan beberapa ekor pepijat sedang merayap mencari tempat perlindungan.
Memang sah ada pepijat pada tilam di atas katil anda itu!
Bukan seekor dua. Malah lebih dari itu. Serangga penghisap darah yang amat leper berwarna coklat gelap. Berbau tengik bila dipenyet mampus. Mungkin ada lebih banyak lagi sedang menyorok di celahan lipatan bucu tilam.
Mungkin juga ada pusat pembiakan sedang diusahakan oleh keluarga pepijat di sekitar katil. Mereka sedang menyorok di celahan struktur katil. Di celahan kepala katil, laci dan lain-lain lagi tempat yang sesuai untuk pepijat.
"Bunuh pepijat dengan rawatan Haba. Membunuh keseluruhan pepijat termasuk telur. Selamat dan berkesan tanpa racun. Segera hubungi atau whatsapp En Ben 010-2342542 atau Puan Siti 012-2067357. Atau hantar mesej di FB Kill Bedbugs"
Berbintil merah dan terasa gatal
Patutlah ada banyak juga bintil merah berbiji di beberapa bahagian anggota badan anda selama ini. Ada pada kaki, ada juga pada tangan. Ada juga bintil merah di tepi bahagian pinggang anda. Juga pada bahu dan leher.Mulanya tak banyak sangat bintil merah dan terasa gatal tu. Anda sangkakan ianya hanya bekas gigitan semut kecil. Atau mungkin nyamuk sesat yang datang menggigit ketika anda sedang tidur. Tapi pelik juga bila semakin lama semakin banyak bekas gigitan serangga itu.
Rupa-rupanya itu bekas gigitan pipijat yang menghisap darah ketika anda sedang tidur. Dah banyak rupanya membiak di sekitar katil tempat tidur anda.
Memang begitu hebatnya pepijat. Kita tak akan terasa ketika dia menggigit hisap darah pada kulit kita. Macam bius pulak jadinya. Lansung tak ada apa-apa walaupun dicucuk oleh pepijat benam ke dalam kulit untuk menghisap darah.
Selepas pepijat dah kenyang, baru dia akan lepaskan diri dan kembali semula ke pusat pembiakannya. Di situlah dia bersenyawa, bertelur dan membiak lebih banyak. Memang senang hidup berhampiran dengan kawasan yang ada banyak makanan. Dan makanan mereka sudah tentu adalah darah anda yang sedang tidur di atas katil itu di waktu malam.
Mula terasa ngeri setiap kali nak tidur
Bila dah jadi macam itu, memang tak seronok sangat. Rasa ngeri setiap kali nak tidur kat atas tilam itu. Walaupun anda dah sembur aerosol khas untuk bunuh lipas pada pepijat yang anda jumpa, terasa macam masih ada lagi pepijat yang datang di waktu malam.Gatal masih tak sembuh. Semakin hari semakin sedap digaru. Sampai jadi masalah kulit gatal lah pulak. Kalau orang tak faham, tentu dia akan sangka anda ada masalah kulit. Ada masalah tak jaga kebersihan diri dan sebagainya.
Sedangkan masalah sebenar adalah pepijat penghisap darah yang entah datang dari mana. Tiba-tiba saja muncul dan mula membiak. Rasanya sejak anda balik dari perjalanan ke luar kawasan atas urusan kerja. Menginap di hotal yang ada rasa memang ada pepijat. Mungkin ada yang menumpang balik ke rumah!.
Bunuh pepijat pada tilam tanpa guna racun
Memang pepijat yang tiba-tiba ada kat rumah anda itu sebenarnya datang dari luar. Datang dari tempat lain yang memang dah ada pepijat.Mungkin anda sendiri yang bawa, atau mungkin orang lain. Mungkin ada perabut atau tilam second-hand yang ada beli. Dan pada barang second-hand itu dah ada telut pepijat melekat.
Anda boleh saja bunuh pepijat dengan guna racun serangga. Tapi ada racun serangga yang dah tak berikan kesan lansung pada pepijat. Perlu ada racun yang jauh lebih kuat.
Tapi racun tetap racun. Kalau kuat sangat, disembur pada tilam pula, akan melekat pada tilam. Hilang pepijat, timbul pula kesan racun pada tilam tu. Tentu lebih merbahaya!
Cara terbaik untuk bunuh pepijat dengan selamat, menyeluruh dan amat berkesan adaah dengan menggunakan Rawatan Haba Wap Panas. Cara ini lebih berkesan dan selamat berbanding menggunakan racun.
Tidak merbahaya. Malah tilam anda akan kembali segar dan harum semula setelah dilalui dengan haba wap panas tersebut. Peralatan khas yang sesuai untuk merawat masalah pepijat yang ada di celahan perabut dan tilam akan digunakan oleh pakar membunuh pepijat yang terlatih.
"Jika anda perlukan khidmat bunuh pepijat dengan menggunakan haba yang berkesan dan selamat, segera hubungi atau whatsapp En Ben 010-2342542 atau Puan Siti 012-2067357. Atau hantar mesej di FB Kill Bedbugs"
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !