Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

31 May 2018

Mak nak pangkah parti mana kali ni ya? imbasan PRU 14

  Ano Nyme       31 May 2018


Mak nak pangkah parti mana satu kali ni?

Itu soalan yang mak aku tanya pada pagi Rabu, hari berlansungnya PRU 14, ketika kami anak beranak sedang sarapan.

Hari selasa petang, aku pergi ambil adik dan mak di stesen keretapi bukit mertajam. Adik naik keretapi dari Arau untuk balik kampung mengundi.

Sebelum itu, dia bersama dengan anak lelakinya, bawa emak naik Feri dari Jeti Kuah. Awal pagi selasa mereka bertiga ambil teksi dari rumah di Langkawi. Naik feri dari kuah turun ke Kuala Perlis. Dari situ naik teksi lagi ke stesen keretapi Arau. Dari Arau pulak naik keretapi ke Bukit Mertajam. Anak dia terpaksa ponteng untuk perjalanan yang agak mencabar tu.

Balik mengundi dari Langkawi

Begitulah bersusah payah adik aku dengan emak yang dah tua balik untuk tunaikan tanggung jawab mereka sebagai pengundi di PRU 14. Tak pernah satu kalipun mak aku lepaskan peluang tunaikan kewajibannya sebagai rakyat Malaysia.

Malah dia yang bersungguh nak balik mengundi ketika aku pergi Langkawi dua minggu sebelum itu berjumpa dengannya. "Apa jadipun, kalau sihat, kena balik juga mengundi", tegas mak ketika sembang-sembang dengan aku dan adik.

Bila dah pasti macam itu, aku rancang untuk balik dari Selangor ke Bukit Mertajam pada hari isnin malam. Jadi bila dia dan emak sampai kat Bukit Mertajam, aku boleh pergi ambil mereka di stesen keretapi tu.

Mak nak undi parti mana?

Walaupujn mak dah tua, dia tetap faham apa yang sedang berlaku di Malaysia. Dia nampak teruja bila Tun Mahathir bertanding di Langkawi. Bila aku pi sana, dia cerita kemeriahan bila Tun Mahathir turun melawat pulau legenda itu.

Aku faham bagaimana dia dapat rasakan sumbangan Tun Mahathir dalam kehidupannya. Bayangkan selama 22 tahun Tun Mahathir memerintah. Dari awal 80-an sehingga masuk mellinea Tun majukan negara. Dari mak aku susah payah bela anak-anak sehingga semua anak dewasa dan menyara hidupnya semula.

Mak aku pun tahu apa yang orang dok kata pada Najib. Dia juga tahu pasal Rosmah yang kononnya dikatakan pakar shopping bertarah dunia. Itu semua berikan kesan besar untuk dia bantu buat perubahan pada PRU 14 nanti.

Jadi bila dia tanya, 'mak nak pangkah pari mana?' aku ambil faham macam mana nak pastikan dia pangkah lambang yang betul kali ini.

Perlu pilih 3 lambang

Ini yang agak susah sikit aku nak terangkan pada mak. Mata dia agak kelabu sikit. Kertas undi pulak tidak ada warna. Hitam putih saja. Jadi kena kenal betul-betul lambang parti yang dia nak kena pangkah.

Bila aku bagi tahu dia kali ini kena pilih 3 lambang penting yang dia dah biasa tengok, dia agak terkejut.

"Laaa!, pasaipa jadi macam tu?" tanya mak nak tahu lebih lanjut.

Aku terangkan ada BN, PKR, dan PAS. Mak perlu kenal pasti betul-betul lambang mana satu yang nak kena pangkah. Jangan silap pulak.

"Dulu Pas memang sekali dengan PKR, kali ni depa berkelahi!", aku terangkan pada mak cara kampung.

"Mak jangan pi pangkah Pas pulak!, kalau ada dua bentuk saja dengan bulat besar kat tengah lambang tu, jangan dok pangkah kat situ." , aku cuba terangkan supaya mak jelas dan tak pangkah Pas yang memang mak dah kenal sangat amat aktif kat area Kubang Semang tu.

"Mak cari lambang yang ada banyak corak tu. Ada macam bulan sabit kiri kanan tutup, pangkah yang tu", terang aku lagi.

Mak ampak macam sedikit gelisah. Biasanlah orang tua. Sebelum inipun, mas apilihan raya, mak bagi tau kat aku dia akan rasa menggeletar setiap kali nak pangkah di kerta sundi. Jenuh dia selawat dan baca bismillah untuk tenangkan jiwanya.

Sebab apa jadi macam tu aku tak pasti. Tapi memang macam itulah yang dia rasa setiap kali pergi mengundi. Jadi bila ada perincian sedikit mana satu nak pangkah dengan lambang yang agak sama ada bulat di tengah, dia rasa macam susah sikit.

"Alah! mak tak payah nak risaulah. Kalau tak berapa nak nampak, mak tenyeh saja mana yang rasa betul", aku cuba tenangkan hati dia dan dia kelihatan rasa lega semula.

Faktor Tun Mahathir PH menang

Kalau tanya aku adakah Tun Mahathir memainkan peranan sehingga membuatkan PH berjaya tamatkan kuasa BN, tentu aku jawab dengan amat pasti YA!.

Hanya orang gila saja akan tolak peranan yang Tun Mahathir itu.

Kalau tanya aku samada hanya Tun Mahathir sahaja jadi penyebab PH memang!, tentu aku tolak juga sebab mana ada sesuatu kejadian ditentukan oleh satu faktor. Sekali lagi aku boleh katakan hanya orang gila saja yang akan percaya satu faktor saja yang berikan pengaruh terhadap apa saja kejadian.

Semua kejadian yang berlaku atas muka bumi ini sentiasa dipengaruhi oleh berbagai kejadian yang amat kompleks. Gabungan dari kesemua faktor itulah yang akan menghasilkan apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang.

Tambahan  pulak dengan kes PRU 14 yang amat komplek kejadiannya. Bukan saja apa yang berlaku pada tahun 2018 dan 2017, ada memberikan kesan pada keputusannya. Malah apa yang telah berlaku sebelum merdeka juga ada pengaruh terhadap kejadian 9 May 2018 tu walaupun sedikit.

Jadi jangan nak mengarut nak pukul rata meringkaskan sebab dan musabab.

Apa yang Rafizi cetuskan aku rasa hanyalah untuk pastikan Tun M tidak tenggelamkan Tokong besar PKR, iaitu Anwar. Kalau Anwar dan segala pendokongnya taat angguk semua kelaku dan idea Tun M, maka tak perlu lagi ada Anwar. Itulah yang mereka takut.

Jadi dok tak dok, Rafizi buat statement Tun M bukan faktor kemenangan PH. Anwar tak kata apapun. Tapi jangan ingat Anwar tak ada peranan dalam kenyataan Rafizi tu. Aku yakin 110% Anwar yang atur strategi supaya dia tidak tenggelam. Kalau aku jadi Anwar, aku juga akan buat perkara yang sama supaya peluang untuk aku jadi PM tidak nipis...

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mak nak pangkah parti mana kali ni ya? imbasan PRU 14

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !