Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 May 2018

Tak ada apa-apa perubahan yang berlaku pada pemerintahan negara - orang Pas

  Ano Nyme       24 May 2018



Selesai kerja kat pejabat saya keluar nak balik ke rumah. Hari dah petang dan akan berbuka tak lama lagi. Malas nak ke pasar ramadan kat rumah, saya singgah saja gerai-gerai yang jual kuih muih tak jauh dari pejabat.

Selepas jalan tengok sana dan sini di semua gerai yang ada, akhirnya saya singgah kat gerai biasa saya beli. Dah kenal sangat abang dan kakak yang menjual kuih-muih kat situ samada masa bulan ramadan atau bulan-bulan yang lain.

Abang tu saya tahu memang kuat Pas. Sama naik saja dengan isterinya yang bertudung labuh tu. Bila saya singgah, mereka suka berbual bangkitkan berbagai isu. Ada saja isu untuk menghentam kerajaan yang dilihat tidak bersih diperkatakan oleh mereka.

Saya memang biasa layan mereka dan kebanyakannya amat bersetuju dengan apa saja komen mereka. Sebab selama ini memang kerajaan BN yang memerintah. Diketuai oleh Umno yang mula dibenci oleh pembangkang sejak zaman Tun Mahathir sampai ke zaman DS Najib.

Masa zaman Mahathir dan Pak Lah, memang PAS satu kumpulan dengan pembangkang lain. Samada Pas, Pkr atau Dap, semuanya saling setuju menyetujui lawan dan kritik semua tindakan kerajaan BN. Mereka juga kenal saya sebagai punya satu fahaman yang sama.

Sama saja pemerintah yang ada

Semalam saya terus tegur abang kuat Pas tu.

"Apa macam dengan kerajaan baru kita sekarang?" tanya saya sambil tersenyum.

Saya memang jangkakan dia tentu ada sedikit perasaan gembira macam saya sebab nampak macam ada satu perubahan sedang berlaku pada sistem pemerintahan negara.

"Alah!, sama saja. Mana ada beza" jawab abang kuat Pas tu sambil mecebikkan bibirnya tanda meluat.

"Kenapa tak siasat semua salah Tun Mahathir tu, ada banyak juga rasuah Tun Mahathir yang besar-besar perlu di siasat...!", sambung lagi abang kuat Pas itu.

"Macam mana Lim Guan Eng yang ada kes rasuah tu boleh jadi Menteri Kewangan pulak?" soalnya lagi bertubi-tubi.

Tun Mahathir banyak salah

Saya ternganga. Terasa sedikit panas pada pipi dan telinga dengan komen dan rasa marah yang abang kuat Pas itu luahkan. Sebelum saya berlawan hujah dengan dia dan buang masa, lebih baik saya layan saja dan cuba selami apa yang dia nampak.

"Betul jugak tu ya, jenis yang sama juga naik jadi pemerintah. Apa lagi salah Tun Mahathir yang paling teruk ya?", saya tanya abag kuat Pas tu cuba hangatkan lagi kemarahannya.

"Siasat isu Memali. Kenal pasti siapa salah dan siapa yang betul. Itu isu masih terbuka yang Mahathir perlu bertanggung jawab", jawabnya dengan bengis.

Melihat dia semakin marah, saya terus saja jawab, "Sepatutnya, Tuan Guru Haji Hadi sahaja yang paling layak naik jadi Perdana Menteri Malaysia! betul tak?" saya cuba lihat reaksinya.

Dia sedikit terkejut dan terdiam. Mungkin dia rasa saya macam perli atau dia tak nampak macam mana nak buat supaya Haji Hadi jadi PM.

GST pun tak ada perubahan

Sebelum beredar, saya cucuk sedikit abang kuat Pas dengan berkata bahawa sudah pasti ada juga sedikit perubahan. Kalau dia tak nampak lansung adanya perubahan dalam kerajaan baru ini baik untuk rakyat, saya rasa tak berapa adil.

Contohnya adalah kadar zero untuk GST.

Terkejut lagi bila saya dengar dia kata mana ada beza. GST masih ada dan tidak dimansuhkan. Ada kenyataan yang sebut tak akan mansuhkan GST semudah itu.

Saya kata memag tak mansuh, tapi telah di kosongkan kadarnya. Ertinya tak perlu bayar GST la. Tapi orang berniaga masih kena lapor semua maklumat macam biasa. Cuma kadarnya sahaja berbeza.

Dia dengan yakin kata itupun telah dinafikan oleh kerajaan baru!

"Itu abang salah tu. Cuba semak tengok. Itu saya tak setuju... oka bang assaamualaikom!", saya tamatkan perbualan dan beredar ke kereta.

Terfikir juga saya rupanya kalau dah set tak suka dalam minda. Tak payah nak tunjuk baik atau buat baik dengan orang yang begitu. Semua hanya buang masa saja jika cuba yakinkan orang yang tak pahu berhenti sejenak dan berfikir dengan waras dan saksama.

Tapi itu mungkin kata saya saja. Mereka mungkin akan andaikan yang mereka rasional dan sedar lebih daripada para penyokong kerajaan baru ini. Mungkin juga mereka anggap semua yang sedang berlaku hanyalah mainan politik untuk kepentingan peribadi...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tak ada apa-apa perubahan yang berlaku pada pemerintahan negara - orang Pas

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Ok ak x setuju dgn abang kuat pas tu. Tp ak sgt2 happy bl PH tmbangkan kn BN. Tp pe pum ak sokong pas.reason pas memerintah bersyariatkn islam. X nfikan x smua calon pas tu perfect. Ade je x follow betul contoh few calon y kluar pas. Ke 2 sbb PH berdalih pasal hukum hudud, try tny ustaz apa hukum berdalih aka x setuju dgn hukum hudud. ke3 kesan pemerintahan y x bersyariatkn islam y ni mendalam skit. So kena kji sndiri ke 4 sbb mahathir. Ak suka mahathir bnyk jasa dia kt negara. Tp smasa PAS memerintah tganu utk 5 tahun dulu dia mnarik smua royalti mnyak tganu.n tingalkan bnyk hutang. Mase pas memrintah tganu dgn bnyk hutang dieorg still hapuskan tol n bantu rkyat2 mskin bg sumbgan soklah mahhad/agama/pasti dgn sumbangan org ramai. Try compare pmbelajaran pasti/taska*since mse bn memerintah under mahathir dh ade taska ni. N just imagine mcm mane Pasti beroperasi tnpa duit dr bntuan krjaan.bntuan kewangan dieorg ialah duit yuran n sumbangan je. *ak tau sbb mak ak prnah kerja skejap kat pasti. Dr jaga makanan smpai cikgu pasti.mak ak x de cert pun tp nk jd cikgu*up gji skit dr sratus-pmbntu ke 200 lbih cikgu.jgn pndang dieorg di hntr training bagai.tp mklumla mse tu kluarga susah mak syukur sgt dpt kerja. Note: ak x tay brapa gj cikgu pasti skrang sbb mase mak ak kije beberapa taun lepas. Mase pas memerintah. Skrang mak ak dh x larat. So cuba ko kaji n think + ak x suruh ko sokong pas. Just think about it. As a Muslim :)

    ReplyDelete
  2. Utk tmbahan y ak post td. Kalau ko bagi pilihan antara BN vs Ph. Ofcoz ak pilih PH.slowly la bg PH buat perubahan kt negara. Tp antara PH vs Pas. Ak pilih PAS sbb reason y ak bgitau tdi..tp skrang smpaikan ank tok guru sndiri x yakin dgn PAs..pe pum ak tetap dgn pilih ak dan ak pilihan org lain ak respect sbb tu hak memasing. Tp... Try fkirkan mndalam. Bg ak komen pnjang lebar ak ni 1 'ibadah'..:p sbb smua y kita buat 'disoal' nnti. At least ak y jahil ni ade la skit sumbangan kot2 tuhan tny nnti. 'knape ko x memberi penerangan/pncerahan/mnyeru kpd si A tu utk memilih islam' harap ko jnis y open minded ak bukan ustaz or ustazah.ak jahil part agama, n bnyk dosa. Cewah mngaku tu.. N ak still dlm usaha mnhgelak dr buat dosa. (⌒o⌒)
    Note: pas memrintah tganu bukan 5 tahun lepas. Dak lupa pilihan raya ke berapa prnah la skejap PAS pgang tp tlar BN balik sbelum tu. Bnyk issues slah satu BN rampas balik tanah rkyat y pas bagi kpd org2 mskin, rmpasan royalti. Dll.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !