Ada ramai-ramai pelancong diseluruh dunia, agaknya pelancong dari negara manakah yang paling banyak songeh atau paling cerewet dan sukar untuk dipuaskan hati mereka?
Dan pelancong dari negara manakah yang paling mudah untuk berpuas hati dan gembira dengan layanan yang anda berikan kepada mereka ketika berkunjung ke negara kita?
Bagi anda yang menceburkan diri dalam industri pelancongan, dan sering berhadapan dengan berbagai bangsa yang berbeza, maklumat ini tentu amat menarik. Mungkin anda dah dapat rasakan mana negara yang pelancong darinya mesra alam dan mana negara yang memang tak mesra alam.
Senarai top 10 pelancong paling cerewet di dunia
Ini merupakan senarai negara yang mana pelancong yang datang darinya amat sukar untuk dilayan. Mereka terlalu cerewet dan sukar untuk puas hati dengan tahap layanan yang diberikan.Negara yang paling teruk cerewetnya adalah Sepanyol. Dalam bancian kepuasan, biasanya orang Sepanyol amat sukar nak berikan point yang bagus. Kalau diminta berikan 5 bintang penuh, mereka biasanya hanya akan berikan satu atau 2 bintang saja. Punya lah kemut.
- Spain
- Ireland
- Iceland
- Italy
- Bulgaria
- Zimbabwe
- Denmark
- Turkey
- Iran
- Lithuania
Kalau terpaksa ambil jugapun, rate harga yang akan diberikan kepada mereka sudah tentu akan lebih mahal 30% daripada kebiasaan. Padan muka mereka dan kerja saya juga akan jadi lebih mudah
Senarai top 10 pelancong paling bahagia di dunia
Ini pula adalah negara dari mana pelancongnya amat udah untuk bersyukur dan berpuas hati dengan segala layanan yang diberikan. Mereka amat mudah untuk berikan 4 atau 5 bintang penuh jika bancian kepuasan dilakukan.- Russia
- Serbia
- Lebanon
- Australia
- Belarus
- Israel
- Georgia
- Jordan
- USA
- Colombia
Senarai pelancong di atas sudah tentu akan saya jadikan top priority untuk diburu dan dijadikan pelanggan utama untuk diterima segala tempahan mereka. Malah saya sudah tentu tak akan segan-segan untuk tambahkan berbagai lagi nilai tambahan khas untuk kesemua pelanggan tersebut.
Sumber maklumat dari sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !