Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 June 2018

Ini satu lagi cara kurangkan kemurungan disokong oleh kajian - angkat berat

  Ano Nyme       26 June 2018



Ada banyak cara rupa-rupanya untuk kurangkan masalah kemurungan. Sebelum ini saya dah kongsikan bagaimana masuk tidur awal kemudian bangun awal, mampu kurangkan masalah kemurungan. Baca kat sini kalau masih belum baca laporan tersebut.

Kali ini saya dapat satu lagi petua untuk kurangkan masalah kemurungan yang disokong oleh kajian. Caranya adalah dengan buat senaman angkat berat. Dalam terma biasa Bahasa Inggeris, aktiviti tersebut dipanggil sebagai Resistance Exercise Training (RET).

Sejak zaman kanak-kanak saya dah terbiasa dengan terma angkat berat. Atau boleh juga sebut angkat besi. Ada beberapa orang kat kampung yang saya tengok masa zaman kanak-kanak dulu suka buat senaman angkat berat ni.

Kegemaran angkat berat dikampung

Biasanya orang yang berada, mereka ada bajet untuk sediakan peralatan sendiri. Ayah kepada salah seorang kawan saya masa sekolah dulu merupakan salah seorang penggemar aktiviti angkat berat ni. Saya tak mahu sebut namanya sebab tak minta izin. Cukup saya kisahkan secara umum saja.

Oleh sebab ayahnya ada kelengkapan penuh segala jenis besi angkat berat, maka tak dapat tidak anaknya juga terikut dengan aktiviti angkat besi tu. Walaupun dia ada dua orang anak lelaki, hanya seorang saja yang ikut, dan itulah kawan saya masa kat sekolah menengah dulu.

Dalam zaman semua orang kurus melidi ketika tingkatan 4 dan 5, kawan saya tu tegap macam hero kungfu cina. Saya kawan dan buat semua aktiviti mengarut dengan dia.

Bila kena tangkap saya akan duduk belakang kawan tu sebab biasanya dia akan tempis segala cubaan cikgu nak penampar. Dan memang cikgupun rasa cuak nak buat tak tentu hala dengan dia. Yang pentingnya saya akan sentiasa selamat.

Sekali sekala saya turut sama pergi ke rumahnya buat senaman angkat berat tu. Tapi memang tak ke mana sebab kerja angkat berat ni kalau nak jadikan badan berulas, perlu istiqamah. Tapi sekurangnya saya banyak belajar teknik angkat besi yang betul dari kawan saya tu.

Bagi orang kampung yang tak ada modal lebih, tapi masih minat nak buat aktiviti angkat berat, mereka akan tuang simen dalam 2 buah timba kecil. Ambil satu besi galang dan masukkan ke tengah simen dalam dua timba itu di kedua-dua hujungnya. Bila simen mengeras, maka jadilah alat angkat berat.

Ada beberapa orang yang saya lihat buat macam tu dan badan mereka berulas berketul-ketul tak kurang hebatnya juga. Bagi yang serius, mereka akan masuk kelab angkat berat yang ada kemudahan gymnasium.

Badan berketul macam Conan

Sebut pasal badan berketul sasa, saya akan teringat badan sasa pelakon Conan The Barbarian. Kalau tak silap saya ada filem lakonan Arnold Schwarzenegger jadi Conan masa zaman awal dia menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Mereka gunakan kelebihan badannya yang besar berulas dan berketul untuk menggambarkan kehebatan pahlawan yang bernama Conan tu.

Pertandingan bina badan merupakan satu pentas khas untuk mereka yang cintakan aktiviti bina badan. Saya suka juga tengok dan ikuti perkembangan bina badan ni dan ada sedikit terpengaruh pada sukan tersebut.

Tapi nasib baik saya sentiasa ada pandangan yang tak selesa dengan bentuk badan sasa macam itu. Badan besar gabai tetek berketul dengan pinggang ramping dan peha bulat nampak macam tidak natural pada pandangan mata saya.

Saya lebih suka punya bentuk badan kejap seperti ahli sukan lumba lari, pemain bolasepak, perenang dan seumpamanya. Tak payah punya badan besar macam ahli bina badan yang sebenarnya agak menyusahkan terutamannya dalam bab nak berpakaian.

Tapi anda masih boleh angkat berat secara konsisten sekadar untuk kekalkan kekuatan otot dan jaga kesihatan. Bukan untuk jadi badan Conan. Itulah yang terbaik dan ianya jelas dapat bantu kurangkan masalah kemurungan.

Maklumat tentang kesan angkat berat terhadap mengurangkan kemurungan boleh dilihat di sini.

Banyak bergerak supaya anda sihat

Secara umumnya, kalau anda banyak gunakan badan untuk bergerak, buat kerja, gunakan otot secara konsisten, kesemua aktiviti itu mampu kurangkan masalah kemurungan. Itulah yang saya faham dari banyak kajian yang melibatkan masalah kemurungan.

Tubuh badan kita dibina dan dicipta untuk semua aktiviti bergerak dan buat kerja. Jadi bila anda lebih banyak duduk saja layan media sosial atau komputer yang cuma perlu lebih banyak gerakkan jari saja, tubuh badan dan otak akan tertekan dan tak dapat berfungsi dengan baik.

Anjing yang kena kurung tanpa dibawa berjalan keluar dalam tempoh yang lama juga boleh jadi gila kemurungan. Sebab anda tak bantu dia jadi sebagaimana yang sepatutnya berlandaskan tujuan ia dijadikan.

Jadi banyakkan aktiviti bergerak dan buat kerja, insyaallah anda akan dapat elakkan masalah kemurungan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ini satu lagi cara kurangkan kemurungan disokong oleh kajian - angkat berat

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Bersukan, berinteraksi dgn rakan dan jiran, pelbagaikan aktiviti harian, berkebun, ke masjid / surau, dgrkan kuliah dan ceramah agama, baca Quran beserta terjemahannya, zikrullah jahar, membantu saya mengurangkan dan mengelakkan stress.

    Mungkin dpt membantu teman teman yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ! terima kasih sudi berkongsi..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !