Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 June 2018

Ini yang berlaku bila sekolah di Singapura lewatkan waktu masuk dari 7.30 ke 8.15

  Ano Nyme       09 June 2018



Pukul berapa anak-anak anda masuk ke sekolah di awal pagi?

Biasanya waktu masuk sekolah sesi pagi adalah dalam pukul 7.30 pagi. Mungkin ada juga yang lebih awal seperti 7.20 pagi.

Bagi kanak-naka yang sekolah Kafa, samada sesi sekolah kebangsaan mereka apagi atau petang, mereka tetap perlu pergi ke sekolah Kafa di waktu pagi atau petang selepas atau sebelum sekolah kebangsaan.

Masuk sekolah awal pagi memang dah jadi perkara biasa yang diamalkan oleh semua orang di negara kita. Bukan saja di Malaysia sebenarnya, di kebanyakan tempat di seluruh duniapun perkara yang sama di amalkan.

Lewatkan waktu masuk sekolah sesi pagi

Pernah ada perbincangan rancak netizen cadangkan agar waktu masuk sekolah sesi pagi di anjakkan supaya lebih lewat sedikit dari biasa. Cadangannya adalah masuk pukul 8 pagi.

Apa yang berlaku sekarang adalah kanak-kanak terpaksa bangun awal, bersiap awal dan perlu keluar dari rumah seawal pukul 6.15 pagi. Itulah waktu bas sekolah datang biasanya.

Waktu subuh pulak biasanya dalam lingkungan pukul 6 pagi. Jadi memang tergocoh-gocohlah ibu bapa dan anak-anak antara nak siapkan sekolah, nak solat subuh dan nak pergi sekolah.

Jika dilewatkan sikit, tentu lebih selesa kepada semua orang.

Lewatkan dari 7.30 ke 8.15 pagi

Jika waktu dilewatkan bukan saja ibubapa selesa dan dapat banyak manfaat, kanak-kanak juga akan mendapat manfaat yang jauh lebih baik.

Itulah hasil kajian yang telah dilakukan di Singapura.

Mereka telah cuba lewatkan waktu masuk sekolah dari 7.30 pagi ke 8.15 pagi. Mereka buat begitu tanpa ubah apa-apa kurikulum dan waktu balik.

Sebelum perubahan waktu dilakukan, para pengkaji terlebih dahulu melihat keadaan para pelajar dengan satu bancian. Kemudiannya satu lagi bancian dibuat setelah sebulan perubahan masa di lakukan.

Dan selepas 8 bulan, satu lagi bancian dilakukan terhadap kanak-kanak pelajar tersebut.

Apa yang berlaku?

Kanak-kanak didapati mendapat waktu rehat tidur yang lebih mencukupi. Mereka juga dikesan lebih kurang tertekan daripada biasa. Mereka juga didapati lebih sedar dah mudah terjaga dan tidak mengantuk dalam kelas.

Bukan saja kanak-kanak yang suka dengan perubahan waktu tersebut. Malah para ibubapa juga turut menyokong kelewatan waktu masuk sekolah sebegitu.

Anda boleh baca maklumat kajian tersebut kat sini.

Panduan tempoh tidur berdasarkan umur

Berikut diberikan panduan jangka panjang waktu tidur anda berdasarkan umur. Ini adalah cadangan yang diberikan oleh American Academy of Sleep Medicine.

  • Umur bawah 1 tahun - 12 ke 16 jam
  • Antara 1 ke 2 tahun - 11 ke 14 jam
  • 3 ke 5 tahun - 10 ke 13 jam
  • 6 ke 12 tahun - 9 ke 12 jam
  • 13 ke 18 tahun - 8 ke 10 jam
  • 18 tahun ke atas - Tidak kurang dari 7 jam
Pastikan anda jaga tempoh waktu tidur untuk kesihatan tubuh badan. Tidur diperlukan untuk kerja pembaik pulih tubuh badan kecerdasan akal anda.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ini yang berlaku bila sekolah di Singapura lewatkan waktu masuk dari 7.30 ke 8.15

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !