Bagi saya, memang apa yang Lim Guan Eng buat, guna Bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan di kementerian kewangan yang diterajuinya adalah melampau dan keterlaluan.
Memang ramai orang yang kritik LGE bila dia buat macam itu. Tapi apa jawab LGE?
"Apa? Ini ‘Malaysia barulah’!"
Itu jawapan yang beliau berikan.
Agaknya boleh terima ke jawapan yang LGE bagi tu. Dia siap tambah lagi dengan menggunakan hujah perlembagaan Malaysia membenarkan tindakannya itu. Ini kata LIm Guan Eng,
“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?”
Nampak sangat LIM Guan Eng tak boleh nak bezakan antara kebolehan bertutur dalam apa saja bahasa di Malaysia ini dengan urusan rasmi pihak kerajaan bagi mendaulatkan bahasa rasmi negara.
Siapa yang larang Lim Guan Eng cakap Mandarin?
Malah kalau dia nak cakap Urdu, Tamil, Kadazan, Arab, Berber atau apa saja, tak ada halangan untuk dia buat macam tu. Memang itu dibenarkan dalam perlembagaan negara. Tapi tak ada pulak termaktub dalam perlembagaan itu bahawa bahasa rasmi negara Malaysia adalah Bahasa Mandarin.
Bosan dengan sikap kerajaan dari dulu lagi
Kalau nak diikutkan, saya juga tak setuju penggunaan Bahasa Inggeris pun dalam sebarang urusan rasmi kerajaan Malaysia.Kalau dah nak iktiraf Bahasa Melayu sebagai rasmi, kenapa nak pakai selain dari Bahasa tersebut. Samada surat pekeliling kepada agensi kerajaan, kepada swasta atau apa saja, pakai terus Bahasa Malaysia.
Tapi sebaliknya yang berlaku sejak dahulu sampai sekarang. Bahasa Inggeris secara sengaja menjadi Bahasa yang jauh lebih utama berbanding Bahasa Melayu. Orang yang tak pandai Bahasa Inggeris terus jadi cacat keupayaannya. Persaingan jadi tidak sama rasa sebab percaya kerajaan akan nobatkan Bahasa Melayu paling atas sekali dalam semua urusan negara.
Bukan saya anti Bahasa Inggeris, tapi saya anti sikap lidah bercabang. Kata lain buat lain. Kata Bahasa Melayu itu Bahasa Agong, bahasa rasmi, tapi sebaliknya Bahasa Ingeris lebih diagongkan dalam semua urusan.
Kami yang bodoh percaya pada pejuang melayu dalam kerajaan tak ambil pot tentang bahasa inggeris sangat dan akhirnya hidup jadi susah sebab rupa-rupanya tak ada orang pandang pada orang yang hanya pandai cakap melayu tapi bodo bahasa inggeris.
Jadikan B Inggeris bahasa rasmi
Kalau dah nak buat macam itu, kenapa tak masukkan juga dalam perlembagaan bahawa bahasa resmi kerajaan adalah Bahasa Inggeris macam Singapura buat?Saya lansung tak kisah kalau kerajaan buat macam itu. Sudah tentu itu akan jadi kelebihan pada semua rakyat Malaysia termasuk melayu atau cina atau siapa saja. Bila bahasa rasmi negara adalah Bahasa Inggeris, maka bahasa pengantar sekolah, universiti, dan semua urusan akan dibuat dalam bahasa inggeris.
Jadi semua orang akan terdedah dan mengamalkan bahasa ingeris dalam urusan profesional mereka. Barulah hebat negara. Barulah hebat Melayu.
Bahasa Melayu masih boleh terus diguna pakai dalam urusan harian sesama masyarakat. itu jauh lebih baik.
Mandarin bukan Bahasa rasmi
Sekarang LGE nak tambah lagi Bahasa Mandarin. Bahasa yang bangsa dia guna pakai yang majoriti besar rakyat Malaysia terutamanya yang bukan Cina tak akan faham satu habukpun. Dan tak salahpun kalau orang Melayu tak tau Bahasa Mandarin.Tapi memang agak banggang kalau ada seorang Cina yang tak tau dan tak faham Bahasa Melayu. Sebab Bahasa rasmi kerajaan ada bahasa melayu. Jadi logiknya sudah tentu semua urusan kerajaan wajib dalam Bahasa melayu sahaja.
Tak timbul isu, nanti ada orang Cina tak faham... kamu tak faham Melayu sebab apa? kamu duduk kat negara mana? mak bapak kamu tak ajar ke yang bahasa rasmi negara kamu duduk ni adalah bahasa melayu. Sekolah kamu tak ada subjek bahasa melayu ke dan macam lagi soalan yang boleh dipersoalkan.
Sudahlah LGE, jangan berlebihan sangat. Nanti rosak lagi orang Melayu tak dapat bersaing dalam satu pertandingan yang sama level macam yang dah berlaku sekarang di Malaysia.
Apa komen che det akan hal ni?
ReplyDeleteBagi Tun M... itu benda kecik sajaaaa!
Delete