Kalau itu soalannya, macam mana nak himpun harta, duit, sumbangan hadiah, barang aksesori mewah dan lain-lain sampai mencecah nilai melebihi RM1 billion, hanya Najib suami isteri sahaja yang mampu menjawabnya kat Malaysia ini.
Setakat ini macam itulah. Belum ada sesiapa lagi yang boleh lawan mereka. Tak ada lagi kat Malaysia koleksi barang mewah, duit tunai, barang kemas dan lain-lain seumpamanya disimpan dalam rumah sebegitu banyak sampai mencecah lebih RM1 Billion.
Bandingan antara Rosmah dan Imelda
Sebaik saja BN kalah, Najib terlucut kuasanya, dan pihak polis dengan pantas mula buat siasatan dan mula merampas satu demi satu barang siasatan, gambar dan cerita barang mewah berbeg-beg yang dihimpun polis mula menjadi viral.Mula muncul laporan dalam portal berita yang cuba bandingkan antara Rosmah dengan Imelda Marcos. Sarawak report punya kenyataan lebih menonjol. Dia kata Imelda kelihatan seperti makcik tengik yang amatur saja kalau nak dibandingkan dengan Rosmah.
Komen dari seorang pakar jiwa di dalam laporan The Star pulak kaitkan jumlah pemilikan barang mewah sebanyak tu dengan masalah kecelaruan jiwa 'Narsistik'. Sikap cenderung melihat keadaan diri dan pemilikan diri untuk merasa puas hati.
Memang ada orang yang bermasalah macam itu. Dia perlu beli dan memiliki banyak barang kemas, aksesori, dan seumpamanya untuk merasa puas dan bahagia. Dan sikap itu berakhir dengan lambakan barang sebab manusia tak akan pernah puas dengan apa yang dia miliki.
Tapi tak tahulah pulak samada jumlah keseluruhan pemilikan Najib Rosmah boleh lawan pemilikan Marcos Imelda. Dilaporkan jumlah keseluruhan nilai yang pemimpin Filipina tu songlap melebihi USD10 billion !!!.
Kerajaan Filipina baru berjaya dapatkan balik hanya separuh sahaja dari jumlah keseluruhannya. Segaa barang kemas intan berlian, emas permata, tiara dan lain-lain disimpan dalam Bank Pusat Kerajaan Filipina. Kasut koleksi Imelda pulak disimpan dalam sebuah muzium di Marikina.
Banyak mana RM1 Billion
RM1 billion tu bersamaan dengan seribu duit RM 1 juta. Terlalu sedikit orang Malaysia yang boleh bayangkan duit sebanyak RM 1 juta. Apatah lagi untuk bayangkan duit sebanyak RM1 billion.Macam mana nak bayangkan jumlah duit sebanyak RM 1 Billion tu?
Saya ada sebuah rumah yang dibeli dengan harga RM150 ribu. Rumah yang terletak di Puchong Selangor itu ada dalam kawasan penempatan rendah mampu milik. Ada pelbagai bangsa mendiami kawasan rumah tersebut.
Saya beli masa tahun 2007 kalau tak silap, mungkin sebelum itu. Tapi lebih kurang masa itulah. Ertinya dah lebih dari 10 tahun saya beli. Sudah tentu nilainya dah berubah. Sekarang saya tengok orang jual rumah yang sama tanpa ada buat apa-apa ubah suai dengan harga melebihi RM350 ribu.
Jadi elok kita katakan saja nilai rumah itu dalam lingkungan RM350 ribu. Sekarang memang tak ada lagi rumah di Selangor terutamanya Kuala Lumpur rumah yang rendah nilainya dari RM350 ribu.
Dengan duit RM1 billion itu, saya boleh beli rumah yang saya ada kat Puchong itu sebanyak 2,857 buah lagi. Habis satu taman tu akan jadi hak saya dengan nilai RM 1 billion tu. Malah nak kena borong lebih luas lagi kawasan yang ada kat Puchong untuk kumpulkan jumla rumah sebanyak 2,857 buah.
Tapi itulah jumlah yang berjaya Najib suami isteri berjaya kumpulkan hanya dalam bentuk barang-barang mewah dan duit daam banyak nilai matawang.
Senarai barang bernilai RM1 billion lebih
Apa sebenarnya barang-barang yang Najib suami isteri kumpulkan sampai nilainya mencecah melebihi RM1 billion tu?Jom kita lihat senarainya,
- Wang tunai RM116.7 juta daripada 26 jenis matawang - Polis dibantu oleh 22 orang pegawai bank negara menggunakan 6 mesin kira duit untuk uruskan kiraan semua duitu itu. Mereka ambil masa 3 hari untuk selesai semua kerja kiraan.
- Permata dan barang kemas - Ada sebanyak 12,000 items di dalam 25 buah beg. Nilainya dianggarkan antara RM660 juta hingga RM880 juta. Benda paling mahal yang ditemui adalah rantai emas dengan berlian bernilai lebih dari RM6.4 juta.
- 1,400 rantai
- 2,200 cincin
- 2,100 gelang
- 2,800 pasang subang
- 1,600 keronsang
- 14 mahkota atau tiara
- Beg Tangan - Sebanyak 567 begtangan mewah dari berbagai jenama hebat dunia termasuk Hermes, Prada, Channel, Judith Leiber dan Bijan. Jumlah beg jenama Hermes saja dinilaikan sebanyak RM51.3 million. Polis kata setiap beg bernilai lebih kurang RM1.6 juta seunit.
- Jam Tangan - Ada 423 unit jam tangan mewah dari koleksi 100 jenamatermasuklah Rolex, Chopard dan Richard Mille. Kesemuanya bernilai lebih kurang RM78 million. Jam paling mahal, Paul Newman Rolex Daytona berharga RM3.5 million.
- Kacamata hitam - Orang biasa sebut sebagai sunglasses. Ada sebanyak 234 pasang dianggarkan bernilai RM374,000 dari jenama seperti Versace, Gucci, Cartier dan Dior
Hangpa tengok punya banyak barang yang depa simpan dalam rumah! Nak buat apa entah kesemua tu. Nak buka butik barang mewah kot?
Nota: Gambar jam tangan Vintage Paul Newman Rolex Daytona kat atas tu hanya hiasan di ambil dari sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !