Kalau anda seorang yang rabun dan kena pakai kacamata untuk betulkan rabun supaya terang semula, adakah ianya sesuatu yang menyeronokkan?
Saya rabun sejak zaman belajar dulu. Itupun lambat tahu. Masa sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, lansung tak sedar yang mata ni rabun jauh. \
Hanya bila masuk universiti saja baru sedar yang mata rabun jauh.
Kenapa seronok kena pakai kacamata
Bila dah tahu rabun jauh, nak kena buat kacamata, masa muda tu rasa seronok juga. Tak tahu kenapa dan sebab apa yang best sangat kalau dapat pakai kacamata.Mungkin persepsi terhadap orang yang pakai kacamata tu positif. Saya masa kanak-kanak dan masa remaja memang lihat orang yang pakai kacamata tu segak. Kalau perempuan yang pakai kacamata, nampak cantik.
Saya rasa rupa paras kelihatan menarik pada mereka yang pakai kacamata adalah disebabkan kacamata itu tonjolkan pemandangan yang bersih pada si pemakainya. Cermin biasanya licin, bersinar, berkilat dan kelihatan amat bersih macam air. Jadi bila diletakkan pada muka, tertonjollah rupa yang bersih lalu nampak segak pada si pemakainya.
Pakai kacamata nampak bijak
Satu lagi persepsi yang kebanyakan orang percaya pada mereka yang pakai kacamata ini adalah bijaksana. Orang yang pakai spek mata dianggap kelihatan bijak.Orang yang pakai spek mata bulat akan dipanggil professor.
Pemakai spek mata dikaitkan dengan kebijaksanaan sejak lama dahulu. Bukan saja dikalangan masyarakat kita. Malah didalam masyarakat lain juga punya persepsi yang sama.
Pakai kacamata memang bijak - Kajian
Dalam kajian terbaru yang anda boleh baca pada pautan di sini, rupa-rupanya andaian orang yang pakai kacamata itu bijak memang betul.Ada kaitan antara rabun kena pakai spek mata dengan kebijaksanaan yang ada pada orang tersebut. Semua itu disimpulkan dalam satu kajian yang dilakukan terhadap lebih 300 ribu orang.
Jadi kalau anak anda didapati rabun dan kena pakai spek mata, jangan risau dan sedih sebab mata dia bermasalah. Lihat disebalik rabun itu. Anak anda berkemungkinan tinggi seorang yang bijaksana. Jadi bergembiralah.
Suap dan galakkan anak anda itu dengan budaya cintakan ilmu sebab dia tentu lebih mudah untuk serap ilmu berbanding dengan yang lain, insyaallah.
Dalam keluarga hanya saya seorang yang rabun kena pakai spek mata. Dan dalam semua, saya seorang saja yang skor SPM dulu dan boleh ke luar negara. Jadi memang ada betul juga nampaknya kajian tu.
Ada pula macam mana?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !