Dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, Richemont, pemilik jam-jam tangan mewah berjenama terkenal dari Swiss telah belanjakan sejumlah USD567 juta untuk beli semula semua jam tangan mewah mereka dari pengedar.
Kenapa Richemont terpaksa beli balik semua jam tangan mewah dari para pengedar mereka?
Punca utama adalah hasil jualan jam tangan mewah yang didapati agak merosot sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Jadi banyak jam tangan mewah berjenama Swiss mereka tak terjual dan tersadai di outlet para pengedar mereka.
Beli balik jam mewah dari pengedar
Sejak tahun 2016, Richemont beli banyak jam tangan mewah mereka terutamanya dari jenama Cartier.Mereka bayar dan ambil semula jam tangan Cartier yang tidak terjual terutamanya dari para pengedar mereka di Hong Kong dan tanah besar China.
Penjualan jam tangan mewah merosot teruk kat sana bila kerajaan China mula memburu para pegawai kerajaan yang didapati menerima hadiah berupa jam tangan ultra mewah dari pemberi rasuah. Bila jadi macam itu, orang takut nak beri rasuah dan jam tangan mewah kurang mendapat permintaan.
Beri rasuah jam tangan mewah
Baru saya tahu macam itu rupanya pasaran jam tangan mewah kat Asia ni terutamanya di China dan Hong Kong. Mungkin kat negara kita Malaysia ada kecenderungan yang sama agaknya. Jam tangan super ultra mewah dijual kepada pemberi rasuah yang suka memberikan hadiah jam tangan mewah kepada para pegawai kerajaan dan mungkin juga termasuk para menteri.Dengan bertukarnya kerajaan baru PH yang diambil alih dari BN, nampaknya ada kemungkinan pasaran jam tangan mewah kat Malaysia akan turut suram. Tak ramai yang akan pergi beli jam tangan mewah lepas ini untuk dihadiahkan kepada para menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Harapnya begitulah.
Beli dah lupuskan jam tangan mewah
Bayangkan jam tangan yang berharga beratus ribu ringgit dihancurkan dan dilupuskan begitu saja. Bukannya jam tangan tu rosaka tau tak elok. Tapi hanya disebabkan tak terjual dalam pasaran.Itulah yang Richemont buat sejak dua tahun lepas bila mereka beli balik jam tangan mewah dari para pengedar mereka.
Alasan mereka adalah untuk pastikan tidak ada jam tangan mewah mereka masuk ke dalam pasaran tidak sihat yang menawarkan harga diskaun yang berlebihan.
Bila pegedar tak boleh nak jual semua jam tangan mewah mereka yang amat mahal tu dalam tempoh yang lama, sudah tentu mereka perlu cash balik duit yang terpendam itu. Jadi mungkin mereka akan tawarkan diskaun harga runtuh pada peminat jam tangan mewah.
Itulah yang Richemont tak mahu berlaku.
Kalau jadi macam itu, nama baik jenama jam tangan mewah mereka akan merosot dan jadi tak berapa hebat lagi.
Demi nak jaga reputasi dan jenama baik semua jam tangan mewah, mereka terpaksa beli dan lupuskan saja. Pelerai dan ambil balik semua komponen atau parts yang ada untuk digunakan pakai balik dalam pembuatan jam tangan mewah yang baru.
sumber maklumat dari sini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !