Petua macam mana nak pilih ikan yang segar bila pergi beli ikan di pasar borong atau pasar malam mungkin dah ramai orang yang tahu. Orang lama yang makan makanan masakan sendiri sudah tentu amat arif dalam bab ini.
Untuk orang muda yang baru kahwin pula, kalau anda dah biasa sangat pergi ke pasar untuk beli ikan, sayur dan lain-lain barang dapur, anda tentu tergerak untuk belajar macam mana nak pilih ikan yang elok.
Orang yang tak tahu macam mana nak beli ikan segar dan elok dari pasar borong atau pasar malam adalah mereka yang tak pernah masak sendiri kat rumah. Baik lelaki mahupun perempuan. Bila nak makan, hanya pergi kedai makan atau restoran duduk dan order makanan.
Mula beli ikan di pasar dan masak sendiri
Bagi yang dah berkahwin, eloklah biasakan diri untuk beli ikan di pasar borong dan masak sendiri lauk pauk untuk makanan tengahari dan malam anda.Kalau tak kahwin lagipun digalakkan untuk beli ikan di pasar dan balik masak sendiri. Dengan berbuat begitu insyaallah anda akan cepat bertemu jodoh dan cepat kahwin.
Ada banyak kelebihan makan makanan yang anda masak sendiri ini. Paling utama adalah jaminan kebersihan dan kehalalannya. Anda tak perlu nak rasa ragu-ragu lagi dengan semua makanan yang masuk ke dalam pertu anda itu.
Kalau tak reti masak, itu bukan lagi masalah besar. Buka saja internet dan google apa saja resepi yang anda nak cuba. Semuanya ada tersedia dalam internet, dalam blog atau dalam media sosial. Ikut saja semua tips dan panduan yang ada.
Kalau tak ada internet, pergi ke kedai buku MPH. Cari bahagian masakan dan beli buku resepi untuk masak apa saja jenis masakan yang anda suka. Dari barat, cina, melayu atau india. Semuanya ada.
Seronok beli ikan segar di pasar
Sebelum masak sendiri, kenalah pergi ke pasar. Tak kisah samada pasdar borong, pasar malam atau pasaraya besar yang ada jual ikan segar.Ini bahagian yang sangat saya suka sebenarnya. Pergi ke mana-mana saja pasar yang saya sebutkan tadi boleh dijadikan macam satu terapi kehidupan untuk mendapatkan ketenangan. Bergerak, berjalan, berkomunikasi, melihat orang ramai, aktiviti, berbagai barang dan berbagai ragam, memang sangat mengasyikkan.
Bila anda pergi ke pasar borong untuk beli ikan, perkara pertama yang anda perlu tahu sudah tentu adalah macam mana cara nak pastikan ikan yang anda pilih itu adalah ikan segar.
Sebenarnya kalau tak tahupun tak apa. Main belasah ambil dan masukkan ke dalam bakul, timbang dan bayar, pun boleh. Jarang sangat orang nak jual dan kenakan anda jika pergi beli ikan di pasar borong.
Tapi kalau anda tahu cara dan teknik pilih ikan segar, nampaklah yang andfa ni dah berpengalaman sikit. Jadi akan timbul rasa keyakinan diri yang tinggi dalam diri dan orang tak akan mudah-mudah nak kenakan anda.
4 cara pilih ikan segar di pasar
Berikut aksi yang anda perlu buat yang pasti akan mempamerkan gaya berpengalaman jika anda pergi ke pasar borong atau pasar malam untuk pilih dan beli ikan segar;- Tengok pada mata ikan yang segar dan cerah - Ini perkara pertama yang anda terus boleh lihat dengan mudah. Jika mata ikan tu cerah dan segar berkilat, itu adalah tanda ikan segar. Kalau sembam, lembab, lebam, pudar dan tak segar, itu tanda tak segar lah.
- Tengok pada keseluruhan badan ikan yang segar dan berkilat - Ini juga amat mudah untuk anda lakukan. Tengok saja pada badan ikan tersebut. Kalau segar, berkilat, tandanya segar lah tu. Kalau lembab dan pudar tidak bermaya, itu tak bagus. Tekan sikit pada isi ikan tu dan rasa kepejalannya. Kalau sembam masuk ke dalam tak naik dah, itu tak segar.
- Angkat dan hidu kesegarannya - Biasanya tak sukar untuk anda ambil dan pegang ikan kat pasar tu. Ambil dan cuba hidu sikit. Jika berbau macam air segar, atau bau masin, ataupun bau macam mentimun. Itu tanda segar.
- Tengok pada insang yang merah segar - Akhir sekali, anda perlu selak insang ikan tersebut dan lihat warnanya. Pastikan insangnya merah segar untuk ikan yang segar. Kalau warna insang macam warna ketul bata merah yang pudar, itu tak bagus.
Cara simpan ikan dan kekalkan kesegaran
Bila dah pilih semua ikan yang anda nak beli, penjual akan timbang dan berikan harga. Bila anda setuju, mereka tanya samada nak bersiang atau tidak.
Biarkan saja mereka siangkan ikan itu untuk anda sebab mereka jauh lebih cekap dari anda atau isteri anda sendiri. Lagipun pisau mereka tajam dan kelengkapan mereka cukup.
Suruh buang semua perut dan pastikan ikan tersebut jangan dibasuh.
Bila anda balik nanti kat rumah, ambil ikan mana yang nak di masak dan bakinya boleh simpan dalam peti ais. Jangan basuh yang anda nak simpan tu. Bungkuskan dengan surat khabar, kemudian barulah simpan ke dalam peti ais.
Biar sejuk beku kat situ. Bila nak masak nanti baru ambil semula dari peti ais. Basuh dengan bersih dan masak.
Cara hilangkan bau tangan hanyir
Bila anda dah basuh ikan nak masak, tentu rasa lemas sikit bila tangan berbau sedikit hanyir.Inipun tak perlu nak risau sebab ada petu mudah untuk selesaikan masalah bau hanyir itu. Apa yang anda perlu buat adalah basuh tangan sampai bersih dengan sabun. Selepas itu ambil sedikit serbuk teh dan lumurkan pada tangan.
Selepas lumurkan dengan serbuk teh tu, barulah basuh semula tangan sampai bersih. Insyaallah bau hanyir akan hilang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !