Baru-baru ini pihak polis berjaya tumpaskan sindiket curi dan seludup kenderaan pacuan 4 roda Toyota Hilux. Pihak polis tahan 5 orang yang disyaki terlibat dalam sindeket itu.
Pihak polis juga berjaya merampas sebanyak 20 kenderaan pikap Toyota Hilux dan juga sebuah Mini Austin Morris. Semuanya kenderaan tersebut dijumpai di sebuah premis kenderaan terpakai di Bandar Kinrara Puchong.
3 dari suspek ditangkap di premis kenderaan terpakai itu dan 2 orang lagi ditangkap kemudiannya pada hari yang sama di Sri Muda Shah Alam. Semua tangkapan adalah hasil dari maklumat orang ramai.
Kesemua kenderaan Toyota Hilux itu merupakan keluaran dari tahun 2014 hingga 2017. Maksudnya masih baru lagi dan mendapat permintaan tinggi terutamanya di Timur Tengah. Menurut pihak Polis, kesemua yang tertangkap disyaki terlibat secara aktif mencuri dan menyeludup kenderaan curi ke Timur Tengah.
4 dari Hilux yang dirampas ada rekod di JPJ. Kesemua 4 kenderaan itu di curi di Cheras, Damansara, Sri Petaling dan Machang Bubok. 6 daripada Hilux tersebut tidak ada rekod di JPJ, memang menghairankan.
Baki kesemua Hilux yang lain sudah dirosakkan nombor Chassis dan tak dapat dikesan asal usulnya. Dipercayai sudah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kontena dan dihantar ke Timur Tengah.
Timur Tengah jadi pusat himpun kenderaan curi
Selalu juga saya dengar kawan-kawan beritahu yang timur tengah ni jadi pusat kumpul kenderaan curi. Banyak kenderaan curi dari negara kita diseludup ke Timur Tengah sana. Dari kenderaan mewah sampai ke kenderaan lasak yang laris seperti pacuan 4 roda ini terutamanya Toyota Hilux.Pelik juga. Timur Tengah jadi pusat kumpul kenderaan curi. Timur Tengah tu dikenali sebagai tempat yang mempunyai majoriti orang Islam. Namun begitu, tak dinyatakan pulak area mana kat Timur Tengah tu.
Mungkin kawasan yang ada padang pasir lebih mudah untuk dijadikan stor simpanan kenderaan curi. Tak ada orang yang saja-saja nak pergi merayau kat padang pasir tu. Jadi mudah untuk sorok barang tercuri kat sana.
Apakah Tok Arab yang beragama Islam ada teribat dalam kegiatan jenayah sebegitu? jadi satu tanda tanya la pulak. Harap-harap tak macam itu. Berkemungkin geng-geng pengganas dari kalangan orang arab (ISIS atau Daish) punya kerja. Untuk dijadikan sebagai salah satu dari sumber pendapatan mereka bagi membiayai kegiatan mengganas menghuru harakan dunia.
Berhati-hati jika ada Hilux
Saya ingat kes curi dan seludup Toyota Hilux dah reda. tapi rupa-rupanya masih berlaku seperti biasa sebelum ini.Rasa risau juga pakai Toyota Hilux.
Bagi yang ada Hilux, sila berhati-hati. Jangan leka terutamanya ketika isi minyak kat stesen minyak. Kalau berhenti kat mana-mana, keluar kenderan sedangkan engin masih hidup, pastikan orang yang ada kat dalam kenderaan itu lock semua pintu.
Tapi kalau boleh jangan buat macam itulah. jangan berhenti di kawasan tak ada orang, tepi jalan atau di tempat terpencil. Anda perlu sedar bahawa ada mata yang sentiasa memerhatikan Toyota Hilux anda.
Sumber gambar dan berta di sini.
Jangan cepat sangat nak tuduh orang arab Islam suka beli barang curi. Ada tulis ke pada kenderaan itu: "Ini kereta curi". Klau ada boleh le tuduh.........
ReplyDeleteTak logik cara fikir Anon 10:08 ni!
DeleteKalau dah tulis macam tu nak tuduh buat apa lagi?
ReplyDeletemungkin bukan timor tengah
ReplyDeletesebab...
TT steering belah kiri (LHD)
Hilux Malaysia ni steering belah kanan (RHD)
nak convert...mahal dan quality akan jatuh.rasanya hilux -hilux ni antar ke negara RHD je (komenwealth country)
Mungkin hanya jadi pusat pengumpulan saja kat situ kemudian diedarkan ke negara lain pulak yang sesuai
Delete