Pernah terjadi, sedang bersemangat bancuh teh atau kopi, bila nak masukkan gula ke dalam minuman yang tengah anda bancuh itu, ambil balang gula, penuh dengan semut!.
Kalau jadi macam tu memang rasa sakit hati juga. Balang yang penuh diisi gula pasir kasar itu dipenuhi oleh semut. Kalau ceduk satu sudu gula, mungkin akan turut sama ceduk seekor atau 2 ekor semua.
Bagi orang yang tak kisah sangat masukkan gula bercampur semut ke dalam air kopi atau teh panas tak apalah. Mereka masukkan juga dan kacau air itu. Biasanya semut yang kena air panas itu akan timbul mati. Buang saja semut mati itu dfan dah boleh hirup kopi atau teh panas anda.
Makan semut hati jadi benak
Betul atau tidak saya tak dapat pastikan kata-kata orang tua-tua ini.Kononnya, kalau anda makan atau telan semut masuk ke dalam perut. Otak anda akan jadi benak atau bodoh. Itulah yang saya dengar masa zaman kanak-kanak. Membuatkan pesan itu melekat dalam kepala dan tak akan minum air atau makanan yang ada semut di dalamnya.
Bila rujuk pada masalah halal dan haram, baru terdengar tentang kedudukan semut dari segi najis atau tidak. Kalau najis, tentu tak bleh makan. Juga kalau masuk ke dalam makanan, tentu makanan atau minuman juga akan jadi najis.
Baru sedar rupanya ia lebih dari sekadar makan jadi bodoh. Semut yang masuk dalam balang gula, mati kat dalam tu. kemudian masuk ke dalam minuman pula, ada implikasi dari segi halal atau haram meminumnya.
Hukum minum air masuk semut
Paling jelas saya dengar dan faham dalam masalah semut ini adalah ianya tidak masuk dalam kategori najis. Ia serangga yang tidak ada darah mengalir di dalamnya.Macam lalat juga, tak ada darah. Masuk dalam air, rendam, angkat dan buang. Boleh minum air tu. Jadi kalau semut, masuk dalam air, angkat dan buang saja. Boleh minum air atau makanan tersebut. Itulah pendapat yang saya dengar dan amalkan.
Perlu ditambah lagi lenjelasan dalam masalah itu. Pastikan serangga yang masuk tu masih hidup sebelum masuk. Bila masuk dan kemudiannya mati, maka tak ada masalah pada air atau makanan tersebut. Itulah yang Sheikh saya ajar.
Tapi ada lagi pendapat yang kata samada hidup kemudian masuk dalam air atau makanan lalu mati. Atau dah mati kemudian masuk, tak kisah. Tetap tak jadi najis sebab serangga yang tak ada darah tak masuk dalam kategori najis.
Ada yang kata semut mati najis
Memang ada pendapat yang berikan penjelasan dari segi samada masuk disebabkan ikhtiar manusia atau masuk secara tak sengaja. Kalau ikhtiar manusia, najis. kalau masuk tak sengaja seperti ditiup angin, tak najis.Tapi pendapat atas tu saya tak ambil pakai sebab tak ada beza samada sengaja atau tidak sengaja dari segi najis atau kotor atau tidak. Kalau bab batal atau tidak dalam ibadah, memang ada beza samada anda sengaja atau tidak sengaja.
Contohnya racun. Kalau anda masukan dalam air, samada sengaja atau tertiup dek angin, air tersebut sah akan jadi beracun kot manapun. Bukan bergantung samada ikhtiar manusia atau tidak. Jadi kalau benda dah najis, masuk dalam air samada sengaja atau tidak, tetap jadi najis.
Cumanya kalau najis masuk, tapi anda tak tahu. Lalu belasah minum air tu sampai habis. Apa nak buat. Tentulah tak berdosa. Tapi kalau ianya memberikan udarat, sudah pasti tetap ada mudaratnya pada diri samada berdosa atau tidak.
Petua halang semut masuk balang gula
Panjang lebar pulak melalut pasal bab hukum hakam makan semut. Pada hal nak bagi petua halang semut masuk balang gula.Jadi tanpa berpanjang lagi celotehnya, saya berikan petuanya kat bawah ni:
- Masukkan cengkih - Ambil bunga cengkih masukkan sekali dalam balang gula tu. Bau cengkih tu tak akan ubah apa-apa rasa gula.
- Masukkan asam keping - Kalau ada asam keping, anda boleh gunakan asam keping untuk masukkan ke dalam balang yang berisi gula. Tak ada ubah apa-apa rasa gula, jangan risau.
- Masukkan bawang merah - Jangan kupas bawang merah tu, biarkan saja macam itu dan masukkan beberapa ulas ke dalam balang gula
- Guna cili kering - ambil dua atau tiga cili kering letakkan ke dalam balang gula. Letak kat atas supaya semut tak masuk.
- Minyak masak - Ambil kain bersih, celupkan ke dalam minyak masak dan ikat pada balang. Elok ikat pada leher balang tu.
- Guna daun sirih - Ambil daun sirih, koyakkan dan tabur pada kawasan anda simpan balang gula.
Kalau anda tak mahu rumah ada semut, dan tak mahu guna apa-apa petua mudah sebab tak mahu buat sendiri semua kerja tu. Anda sibuk dan punya bajet. Maka gunakan saja syarikat pest contol bertauliah dan berlesen.
Syarikat pest control akan kawal bukan saja semut untuk anda. Malah lipas dan tikus juga akan dikawal dengan baik supaya tak ada dalam rumah anda tu. Gunakan saja syarikat pest contol.
Gunakan khidmat pest control dari Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat berlesen sejak 1998. Call Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !