Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 August 2018

4 jenis pekerjaan yang tak ada orang mahu minta kerja di US sekarang

  Ano Nyme       13 August 2018


Buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika sejak sekian lama jumlah kerja kosong yang ditawarkan dalam industri pekerjaan melebihi jumlah orang yang tak ada kerja.

Dalam data statistik terbaru yang dikeluarkan, terdapat sejumlah 6.7 juta peluang kerja kosong yang ditawarkan kepada orang ramai. Sedangkan jumlah orang yang tak ada kerja di Amerika sekarang hanya seramai 6.37 juta orang sahaja.

Itu masalah pertama yang sedang dihadapi oleh Amerika.

Masalah keduanya pulak adalah kekosongan jawatan dalam 4 industri yang orang tak mahu minta kerja. Kerja kosong banyak tapi tak ada sesiapa yang sudi memohon untuk masuk kerja.

Masalah ini lebih parah sebab walaupun ada keperluan, tapi tak ada orang yang mahu. Macam mana nak selesaikan masalah tu ?

4 jenis pekerjaan yang orang tak mahu

Berikut adalah 4 jenis pekerjaan yang tak ada orang mahu minta di Amerika sekarang:

  1. Pembinaan - Orang muda Amerika tak mahu kerja dalam sektor pembinaan disebabkan tak ada syarikat yang mahu sediakan peluang latihan dalam sektor pembinaan. Baca sini
  2. Pertanian - Tak ada orang muda yang mahu kerja dalam sektor perladangan. Masalah utama adalah disebabkan ia jenis kerja yang bermusim. Peladang terpaksa bergantung pada buruh haram asing sahaja sekarang. Baca sini
  3. Pemandu lori - Terdapat kekosongan sebanyak 51 ribu pemandu lori sekarang kat Amerika. Jumlah itu dijangka bertambah ke 100 ribu menjelang tahun 2021 nanti. Punca orang tak mau kerja ni sebab tak tahan dengan kerja lama dan terpaksa berjalan jauh. Baca sini
  4. 911 Call centre - Ada banyak kerja kosong di pusat panggilan kecemasan ini. Tapi tak ada orang yang mahu mohon disebabkan tak ada yang tahan dengan tekanan kerja tersebut. Baca sini.
Kesemua kerja kosong di atas itu sebenarnya menghadapi kesukaran untuk menarik minat anak-anak muda sekarang. Mereka samada tak tahan keadaan kerja sedemikian dari segi fizikal mahupun mental.

Kerja apa yang orang malaysia tak mahu

Apa yang saya kongsikan kat atas tu sedang berlaku di Amerika.

Adakah masalah yang sama sedang berlaku di negara kita Malaysia?

Kalau kerajaan ketatkan kemasukan para pekerja asing. Ketatkan juga kemasukan buruh haram tanpa permit dari luar samada dari Bangladesh atau Indonesia, saya rasa masalah yang sama akan meletup kat negara kita.

Anak muda kita tak ada yang mahu kerja dalam industri pembinaan, pertanian atau jadi pemandu lori sekarang. Budak mellineum zaman sekarang tak kebuloq nak buat semua kerja teruk macam drebar lori atau tanam padi.

Main video game yang boleh dapat duit lebih menarik buat dia orang rasanya.

Dalam semua industri yang memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran sedang hadapi masalah sekarang. Industri workshop, industri, pest control, industri pembinaan, industri plumbing, industri welding dan lain-lain lagi seumpamanya mengeluh tak ada pekerja yang mencukupi.

Nak tunggu robot masuk jadi pekerja mungkin masih tak sampai lagi kat negara kita. Kalau Amerika yang majupun masih terkial-kial tak dapat selesaikan masalah kekurangan pekerja, apatah lagi negara kita.

Lambat lagi nak tunggu lori pandu sendiri, robot petik hasil pertanian atau robot ikat bata rumah. Lambat lagi juga rasanya untuk mesin AI ganti manusia di pusat panggilan kecemasan.

Tapi dengan tekanan masalah tak ada pekerja yang berlanjutan, tak mustahil semua itu akan berlaku dalam masa yang lebih pantas daripada apa yang kita semua bayangkan...


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 4 jenis pekerjaan yang tak ada orang mahu minta kerja di US sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !