Dah lama juga tak ikut perkembangan jenama telefon pintar paling top di seluruh dunia. Sejak dunia telefon bimbit bertukar jadi telefon pintar, sejak jenama Nokia ke laut, dan digantikan oleh jenama Samsung, dah tak follow sangat pasal telefon pintar ni.
Kalau tanya kebanyakan orang Malaysia dalam tempoh 3 ke 4 tahun sebelum ini, hampir semua orang akan biasa sangat dengar Samsung atau Apple. Tapi mungkin tak berapa ramai yang peduli sangat dengan jenama telefon pintar Huawei.
Tapi dalam masa yang amat pantas, jenama Huawei sekarang dah berjaya potong Apple dari segi jumlah jualan telefon pintar mereka di pasaran dunia.
5 jenama telefon pintar paling banyak terjual
Data terbaru yang dikeluarkan dalam membandingkan pasaran telefon pintar di seluruh dunia menunjukkan telefon Huawei keluaran negara China dah potong kedudukan Apple di kedudukan ke-2.Jumhlah jualan telefon pintar Huawei setakat suku ke-2 tahun 2018 meningkat 40.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dengan jumlah jualan sebanyak 54.2 juta telefon pintar Huawei, jenama telefon pintar tersebut menduduki tangga ke-2 selepas Samsung.
Samsung masih kekal berada di tangga pertama dengan jumlah jualan telefon pintar sebanyak 71.5 juta unit. Tapi jumlah jualan itu nampaknya turun 10.4% berbanding tahun lalu.
Berikut senarai 5 telefon pintar paling banyak dijual di seluruh dunia untuk suku ke-2 tahun 2018:
Jualan Apple tak berubah sangat berbanding tahun lalu. tapi jumlah nilai jualan Apple setakat Q3 melonjak sehingga 53.3 billion dollar!.
Jumpha keuntungan Apple juga meningkat sebanyak 32% sejak tahun 2017!. Dah untung sejak dulu dan naik lagi keuntungannya!.
Apa yang menarik dari senarai kat atas itu, jenama telefon pintar paling banyak terjual di tangga ke-4 dan ke-4 juga dari jenama negara China. Kalau kumpul semua nampaknya barang telefon pintar dari negara China dah mula membanjiri seluruh dunia!.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !