Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 August 2018

Bila ubah suai rumah teres elok buat sekali rawatan cegah anai-anai

  Ano Nyme       06 August 2018


Seorang wanita berbangsa Cina tiba-tiba telefon pada pagi ahad baru-baru ini. Dia perkenalkan dirinya sebagai Miss Tan.

Soalan pertama dia tanya adalah, "you ada buat itu servis taruk ubat whiteant ka?".

"Ya!", saya jawab ringkas.

"Berapa harga kalau buat satu rumah teres aa?" tanya Miss Tan sebaik saja saya kata ya.

"Bergantung pada keluasan rumah. You punya rumah di mana dan besar mana?" tanya saya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut sebelum memberikan harga.

Miss Tan terangkan di mana rumahnya dan berapa besar saiz rumah yang dia ada. Dia mahu tahu secara pantas untuk menyediakan bajet buat rawatan anai-anai di rumahnya itu.

Sebenarnya, rumah Miss Tan sedang diubah suai penuh oleh kontraktor. Dia baru saja beli rumah tersebut dan membuat pembaikan besar. Maklumlah rumah second hand di penempatan yang sudah matang. Tentu dah terlalu lama rumah itu tidak dibuat pembaharuan.

Antara whiteants dan anai-anai

Miss Tan tanya pasal ubat untuk rawatan cegah anai-anai. Itu yang dia maksudkan bila sebuat perkataan 'Whireants'.

Dah jadi kebiasaan ramai orang terutamanya orang Cina yang bercakap bahasa inggeris untuk sebut anai-anai sebagai whiteants. Kalau diterjemahkan secara terus, ertinya 'semut putih'.

Memang ramai yang silap meletakkan anai-anai sebagai sejenis semut yang berwarna putih. Mereka sangkakan anai-anai masuk dalam kumpulan semut dengan bentuk dan saiznya macam semut itu.

Tapi mungkin ramai yang akan terkejut kalau dikatakan anai-anai lebih dekat masuk dalam kumpulan lipas berbanding semut. Serangga pemakan celulos dari bahan kayu itu bukan dalam kumpulan semut. Dan sebutan white ants itu sebenarnya adaah tidak betul.

Kalau nak sebut dalam Bahasa Inggeris kena sebut sebagai "Termites". Itu perkataan yang paling tepat untuk anai-anai.

Lupa rawatan anai-anai bila ubahsuai rumah

Orang Cina yang duduk di bandar amat takut dengan serangan anai-anai. Mungkin sikap mereka yang lebih peka kepada kos selenggaraan masa hadapan membuatkan mereka ambil berat terhadap potensi serangan anai-anai.

Mereka tak mahu bila dah terantuk baru nak mengadah. Bila dah nak terberak baru nak korek lubang. Mencegah anai-anai masuk dalam rumah dan makan struktur kayu dan perabut secara diam-diam adalah pertimbangan terbaik yang orang celik kos selenggara boleh buat.

Itu yang berlaku pada Miss Tan. Dia terlupa untuk pastikan rawatan cegah anai-anai dibuat pada rumahnya serentak dengan aktiviti ubah suai rumahnya itu. Kontraktor dah bagi tahu tapi dia pula terlupa untuk cari syarikat pest control.

Akhir sekali bila teringat, dia dapat nombor saya dari seorang kawan. Dia terus call dan mahu saya buat rawatan cegah anai-anai pada hari isnin. Rumah tu dah nak pasang tile isnin nanti dan kalau dah pasang nanti takkan nak kena tebuk tilis yang baru tu untuk buat rawatan anai-anai.

Dia telefon hari ahad dan mahu keesokkan harinya kerja dilaksanakan. Memang mencabar dan menguji samada saya punya kumpulan syarikat pest control yang berwibawa atau tidak.

Bila dia dah setuju dengan harga yang saya anggarkan dia terus minta saya segera buat. Saya minta 20 minit untuk susun dan berikan kepastian samada boleh atau tidak boleh.

Dan memang saya berjaya juga selitkan kerja baru untuk hari isnin walaupun semua kerja sudah dijadualkan untuk seminggu. Itulah beza antara syarikat yang baru dengan syarikat yang dah lama berpengalaman serta punya rangkaian yang baik.

Memang tepat dia telefon saya!

Cegah anai-anai bila ubah suai rumah

Cara konvensional cegah anai-anai untuk rumah adalah dengan membina sekatan bahan kimia di sekeliling slab rumah anda.

Untuk buat sekatan bahan kimia itu, lubang perlu ditebuk di sekeliling rumah pada lantai disepanjang dinding rumah. Jarak antara dinding dengan lubang adalah dalam 6 inci dan jarak dua lubang adalah antara satu ke 2 kaki.

Kalau rumah dah siap, akan ada kesan lubang yang ditampal bila buat rawatan anai-anai. Itu yang membuatkan ramai orang tak mhu buat rawatan cegah anai-anai secara konventional iini. Walaupun cara itu amat berkesan sebab ia mencegah anai-anai masuk dalam rumah dari bawah tanah.

Tapi kalau anda ubah suai rumah, nak tukar semua tile dan buang semua tile lama, elok sangatlah untuk tebuk lubang dan masukkan bahan kimta menghalang anai-anai masuk.
Kelebihannya adalah ia tidak lansung mencacatkan keadaan rumah anda.

Bagi kawasan tambahan yang baru dibina pulak, sebelum pasang simen lantai, sembut dan tabur dulu bahan kimia anai-anai pada tanah lantai. Bahan kimia akan kekal beberapa tahun antara 2 ke 5 tahun bergantung pada jenis bahan kimia yang diguna pakai.

Ingat!

Setelah buat rawatan anai-anai dari syarikat pest control, pastikan anda minta sijil jaminan dari syarikat tersebut. Dalam sijil jaminan mestilah ada alamat dan nombor perhubungan syarikat. Supaya mudah anda hubungi mereka bila anai-anai masuk sebelum habis tempoh jaminan.

Jika anda perlukan khidmat rawatan cegah anai-anai dari syarikat saya Easelife Services Sdn Bhd, anda boleh hubungi Puan Siti 012-2067357 atau En Joe 019-2300665 untuk maklumat lanjut.

Syarikat Easelife Services Sdn Bhd merupakan syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah dalam industri pest control ini. Syarikat juga merupakan ahli kepada Pest Control Association of Malaysia sejak berbelas tahun yang lalu.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bila ubah suai rumah teres elok buat sekali rawatan cegah anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !