Pelik tetapi benar!
Apa kaitannya antara sifat keusahawanan seseorang dengan Parasit dari Tahi Kucing?
Memang ada satu kaitan yang rapat antara orang yang didapati, ada parasit yang berasal dari tahi kucing, dengan sifat keusahawanan yang ada pada dirinya.
Kalau anda seorang pelajar, yang ada parasit dari tahi kucing dalam badan, kemungkinan untuk anda ambil kursus berkaitan perniagaan adalah 1.4 kali ganda lebih tinggi.
Kalau anda seorang profesional pulak, jika ujian mendapati anda ada parasit tahi kucing, kemungkinan untuk anda punya perniagaan sendiri adalah 1.8 kali ganda tinggi berbanding mereka yang tak ada.
Ertinya, orang yang ada parasit tahi kucing lebih cenderung untuk jadi usahawan!
Itu semua adalah rumusan berdasarkan kajian yang dinyatakan dalam pautan di sini.
Apa dia Parasit tahi Kucing
Parasit yang ada dari tahi kucing dipanggil sebagai Toxoplasma gondii. Untuk memudahkan cerita, kita panggil parasit itu dengan nama T.gondii sahaja.Anda boleh terkena jangkitan parasit T.gondii jika makan daging tercemar yang kurang masak. Kalau anda minum air tercemar juga boleh membuatkan jangkitan parasit T.gondii ini.
Jangkitan itu di panggil sebagai 'Toxoplasmosis'.
Satu lagi cara untuk terkena 'Toxoplasmosis' adalah dengan terpegang tahi Kucing yang mengandungi T.Gondii.
Kesan parasit Tahi Kucing kepada keputusan
Apa yang menarik daripada kajian yang saya berikan pautan kat atas tadi adalah, mereka yang positif terhadap jangkitan 'Toxoplasmosis' lebih cenderung untuk mengambil risiko yang tinggi.Ertinya mereka menjadi lebih berani berbanding orang biasa dalam mengambil risiko.
Perniagaan sentiasa dikaitkan dengan peratusan kegagalan yang amat tinggi. Itu membuatkan ramai orang tak berani terjun ambil risiko untuk gagal.
Mungkin itu membuatkan mereka yang ada parasit tahi kucing lebih cenderung untuk jadi usahawan.Sebab rasa takut dalam membuat keputusan mereka adalah lebih rendah berbanding kebiasaan.
Keputusan manusia tidak rasional
Ramai yang sangkakan setiap keputusan yang manusia ambil adalah berdasarkan rasional atau kewarasan akal.Tapi tak siapa sangka bahawa apa yang kita rasa sebagai rasional itu sebenarnya sering dipengaruhi oleh parasit yang ada dalam tubuh badan manusia.
Parasit T.gondii ini adalah salah satu dari contoh bagaimana ia mempengaruhi anda buat keputusan berbeza. Dalam keadaan biasa anda mungkin kurang berani. Tapi apabila terkena jangkinatn parasit tahi kucing, anda akan menjadi lebih berani dari pada biasa tanpa anda sedari.
Mungkin boleh kita cuba selepas ini petua menarik ini.
Katakan anda rasa takut bangun berucap di khalayak ramai.
Cuba pegang tahi Kucing terlebih dahulu. Atau paling mudah pegang Kucing kat rumah tu, belai punggungnya sedikit supaya anda terkena jangkitan parasit T.gondii.
Mungkin selepas itu anda tiba-tiba rasa lebih berani nak berceramah pulak !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !