MWTA atau Malaysia Watch Trade Association minta kerajaan pertimbangkan semula keputusan untuk tidak senaraikan jam tangan dalam senarai barangan yang dikecualikan dari SST (cukai jualan dan perkhidmatan).
Bila pihak Kastam keluarkan senarai semua barangan yang dikecualikan cukai setebal 292 mukasurat baru-baru ini, jam tangan tak masuk dalam senarai.
Mungkin ramai yang tak sedar perkembangan ini kat negara kita. Sebab tak ramaipun yang hargai status bebas cukai yang dimiliki oleh industri jam tangan selama ini. Kecuali mereka yang sezaman dengan saya atau lebih lama lagi hidup, tentu sedar betapa harga jam tangan lebih menarik selepas di berikan status bebas cukai.
Jam tangan bebas cukai 1981
Status bebas cukai terhadap jam tangan bermula pada tahun 1981. Kerajaan perkenalkan intensif tersebut untuk menggalakkan perkembangan industri jam tangan di negara kita. Sejak itu, ramai pelancong luar negara masuk ke Malaysia untuk beli jam tangan.Seingat saya, sebelum itu, orang Malaysia sendiri, kalau nak beli jam tangan akan pergi ke negara jiran Singapura. Kat sana harga jam tangan lebih murah sebab dapat keistimewaan pengecualian cukai.
Kalau ada kawan atau saudara mara nak ke Singapura sebelum tahun 1981, maka jam tanganlah jadi antara buah tangan paling menarik untuk di bawa balik ke Malaysia. Dengan kelebihan bebas cukai kat Singapura masa itu, harga jam tangan jadi lebih rendah.
Di tambah lagi dengan harga jam tangan berjenama terkenal yang mahal-mahal kat pasaran, pengecualian cukai antara 5% ke 10%, memberikan diskaun yang amat baik dari segi harga beliannya.
Nilai pasaran jam tangan besar kat Malaysia
Ramai yang tak tahu berapa besar nilai pasaran jam tangan kat negara kita selama ini. Menurut MWTA, saiz pasaran jam tangan adalah sejumlah RM3 billion setahun.Dalam jumlah tersebut sebanyak 40% adalah sumbangan dari pembeli luar yang datang ke negara kita untuk beli jam tangan yang murah sebab bebas cukai.
Jika status bebas cukai tiada, kemungkinan besar 40% daripada pendapatan tersebut akan hilang. Dan sudah tentu rakyat Malaysia juga akan cari jalan untuk pergi beli jam tangan kat luar di negara yang ada status bebas cukai dalam industri jam tangannya.
Jadi pasaran industri jam tangan tentu akan jatuh merudum dengan lebih teruk lagi.
Ini akan jejaskan peniaga yang menceburi perniagaan jam tangan kat negara kita. Ahli yang sertai MWTA saja ada seramai lebih dari 400 peniaga dan jumlah keseluruhan pekerja dalam industri tersebut lebih dari 10 ribu orang.
Beli jam tangan sebelum masuk September
Kalau kerajaan tak buat penilaian semula dan tak pertimbangkan permintaan MWTA, harga jam tangan akan mendadak naik selepas ini.Bagi mereka yang idamkan sebuah jam tangan mahal dan sedang merancang nak dapatkan sebuah bila duit dah cukup nanti, perlu segera beli sebelum masuk bulan September.
Bila SST diperkenalkan, habislah status bebas cukai pada jam tangan dan harganya akan naik lebih mahal berbanding sekarang.
Kalau lambat, alamat melepas harga istimewa bebas cukai untuk jam tangan.
Tapi tak perlu risau sangat kalau anda masih berminat nak beli jam tangan walaupun dah tak masuk dalam status bebas cukai. Anda masih boleh pergi samada ke Thailand atau Singapura kalau nakkan jam tangan yang lebih menarik harganya dari Malaysia.
Thailand dan Singapura masih kekalkan status bebas cukai untuk industri jam tangan mereka.
Nampaknya selepas ini, pengalaman yang otai-otai pernah alami satu ketika dahulu sebelum 1981 akan dapat dirasai oleh anak-anak muda sekarang bila nak beli jam tangan. Thailand dan Singapura akan jadi destinasi menarik semula untuk dapatkan buah tangan jam tangan untuk di bawa balik ke Malaysia.
Utk otai jam tangan aje yg terasa. Utk org macam saya yg pakai jam rm20 tak rasa apa pun. Kat pasar malam melambak
ReplyDeleteBetul juga !
DeleteLagi satu, cuba berhenti merokok. Anda akan rasa gst atau sst tidak akan memberi sebarang kesan pun.
ReplyDeleteCadangan yang amat baik !
Delete