Lama dulu, tahun 2013 saya ada tulis pasal kesedapan roti canai di Restoran Cathay, Bukit Mertajam. Kalau nak baca artikel tu boleh pergi baca kat sini. Masa tu bahang PRU-13 amat panas, jadi bila saya tulis artikel tu ada yang kecam sebab up makanan mamak.
Mamak terutamanya mereka yang sertai persatuan peniaga kedai mamak ketika itu nyatakan sokongan terang-terangan mereka terhadap BN. Akibatnya ramai di kalangan pembangkang boikot kedai mamak.
Tapi rasanya hanya boikot kat mulut saja. Bila lapaq, mereka pergi balun nasi kandaq dan roti canai serta teh tarik juga.
Restoran Cathay BM tutup
Entah bila saya tak sedar bila balik kampung dan nak singgah pekena roti canai kat restoran Cathay tu, kedai tu dah tak wujud. Bukan saja restoran, bangunan yang menjadi panggung wayang cathay satu ketika dulu itupun dah dirobohkan.Saya pusing sekeliling kawasan itu dan cuba tanya orang kat mana perginya restoran cathay tu. Terutamanya roti canai dia yang sedap dan sempoi. Tapi semua orang bagi tau yang kedai tu ditutup terus dan tak pindah ke mana-mana.
Mungkin dah kaya dan tak mahu susah payah berniaga lagi. Itulah andaian saya. Cuma terfikir pulak kenapa dia tak mahu hidupkan dan sambung populariti roti canai nya yang memang dah ada pelanggan tetap sejak lama dulu lagi.
Restoran Cathay buka semula
Ketika balik raya puasa sebelum ini, saya diberitahu oleh kawan-kawan yang Restoran Cathay tu dah dibuka semula.Tapi bukan kat tempat asalnya, dia pindah ke depan sikit dan tak boleh dilihat dari sebelah jalan di sekolah Jit Sin tu. Kalau nak lihat restoran tu kena ambil jalan dari Kulim dan terus. Jangan kona simpang kanan tu.
Tapi memang tak jauh dari lokasi asalnya dahulu.
Bila balik baru-baru ini, saya teringat nak cuba pi makan roti canai kat restoran cathay tu yang dah diubah lokasinya. Apa perbezaan agaknya antara yang dulu dengan yang sekarang.
Saya pergi pada pagi ahad. jadi tak banyak kenderaan sangat dan parkir pun senang. Saya parkir kat tempat biasa juga iaitu kat depan bekas bangunan Cathay tu. Kemudian berjalan kaki masuk ke dalam restoran Cathay dari pintu dapur di belakang kedainya.
Sengaja saya masuk ikut situ sebab nak lihat tahap kebersihan dan susunan kedainya. Juga nak tengok siapa pekerjanya. Macam mana rupa para pekerjanya dan bagaimana keadaan kebersihan dan kerapian para pekerjanya kat dapur.
Suasana Restoran Cathay tak macam dulu
Sekali masuk dan melihat suasana restoran cathay tu sekarang memang tak ada lagi aura menarik macam restoran lamanya dulu. Meja klasik dah tak ada. Kerusi klasik juga dah tak ada. Susunan yang lebih luas mungkin membuatkan restoran itu jadi macam tak sibuk lagi.Dari segi kebersihan juga dah berbeza. Memang saya nampak dah tak berapa bersih. Malap dan berdebu keadaan kedai itu tak segar macam dulu lagi.
Para pekerja juga saya tengok tak berapa menyelerakan. Rasanya mungkin Bangla atau mungkin warganegara India. Tukang masak yang saya rasa bukan muslim, tapi perempuan India yang mungkin beragama Hindu.
Oleh sebab dah biasa dan ramai orang Melayu yang duduk pekena roti canai kat kedai itu. Saya duduk dan order sebiji rati kosong dengan kuah Parpu campur Kari. Tunggu kat kerusi nampak macam mereka tak layan. Mungkin perasan yang kedai depa glamour macam dulu lagi kot.
Saya bangun ke kaunter untuk minta order. Tukang kira duit kat kaunter tu masih tetap India yang sama. Dah tua, dengan hidung mancung, kepala botak, pakai kemeja dan kain sarung. Dia ambil order dan suruh saya duduk nanti sampai katanya.
Tak lama kemudian, sampai roti canai tu dengan kuah banjir parpu campur kari.
Rasanya roti canai nya yang tebal dan lembut lebih kurang macam dulu juga. Tapi kuah dah agak berkurangan macam ceroi sikit kepekatan parpunya. Dah tak best sangat. Mungkin kesan psikologi kedai yang kelihatan tak ceria dan tak bersin serta tak tersusun kemas membuatkan keseronokan makan manjadi pudar.
Apa kata admin try plak makan roti canai kt Cafe LHDN Damansara Perdana. Roti canai lembut kuah pon sempoi, peniaga org melayu. Menjadi tumpuan pelanggan pelbagai bangsa. Buka setiap Isnin - Jumaat, 7am - 12 tghari jer.. Blh usha2 FB dorg, Rileez Roti Canai & Murtabak Kedah. :)
ReplyDeleteOwh ! tak tahu pulak ada roti canai best kat situ. Nanti ke LHDN boleh cuba sekali!.
DeleteTerima kasih sudi beritahu ya!