Sekarang tengah demam cerita hantu kat panggung wayang. Ada cerita Hantu Kak Limah dan ada cerita Munafik 2. Kedua-dua cerita hantu itu berjaya kutip berpuluh-puluh juta ringgit sebab ramai yang pergi tengok wayang tu.
Ada satu lagi cerita seram. Tapi bukan filem tempatan. The Nun juga satu cerita seram dan ngeri yang sedang ditayang sekarang. Mungkin semua bangsa pergi tengok cerita seram ini.
Tapi awas!
Berlaku serangan pepijat pada pasangan penonton yang sedang asyik tengok The Nun. Pasangan kekasih berbangsa cina itu sedang 'dating' untuk tonton cerita The Nun di salah satu panggung di KL.
Ada pepijat di kerusi panggung
Pei En mulanya rasa pelik juga bila tengok boyfriend asyik garu kat belakang pinggangnya. Sat sat garu dan sat sat garu. Mereka masih biarkan saja sebab sangkakan itu gigitan nyamuk kat dalam panggung waang tu.Kemudian Pei En sendiri mula rasa gatal kat tangan. Dia juga mula garu dan kejap garu.
Untuk lihat apa sebanarnya sedang berlaku, apa yang suka ketit anggota mereka, lalu pasangan itu buka lampu suluh dari telefon pintar. Mereka tengok habis bahagian yang gatal tu merah dan bengkak kecil.
Bila mereka suluh kat kerusi, rupa-rupanya ada pepijat sedang merayap merata tempat kat kerusi tu. Barulah mereka sedar yang kerusi kat dalam panggung wayang tu ada pepijat.
Apa lagi, mereka berdua terus keluar tinggalkan filem tu tak tonton sampai habis. Mereka pergi komplen dan minta balik duit.
Memang biasa berlaku serangan pepijat
Yang bestnya, pekerja tu siapa kata memang benda ni kerap berlaku!Eh! macam tu lah pulak!
Habis apa pihak panggung wayang tu buat selama ini?
Selesaikan masalah pepijat tu. hapuskan semuanya sampai mati supaya tak aniaya orang ramai yang nak pergi berehat hiburkan diri tonton wayang.
Maklumat asal boleh dibaca di sini.
Bukan mudah hapuskan pepijat
Mungkin panggung waang tu pernah cuba hapuskan masalah pepijat kat kerusi mereka. Tapi mungkin tak berkesan.Memang susah sebenarnya nak hapuskan terus pepijat 100%.
Kalau setakat pakai bahan kimia, mungkin tak akan berjaya hapuskan pepijat 100%. Kalau pepijat dewasa mati, masih adalah lagi banyak telur pepijat yang tunggu masa saja untuk menetas.
Bahan kimia tak matikan telur pepijat.
Kalau pakai Methyl Bromide mungkin berjaya hapuskan pepijat 100%.
Tapi bahan gas beracun itu amat merbahaya. Perlu tutup keseluruhan panggung tu untuk lepaskan gas. Bukan sedikit punya dos gas yang perlu dilepaskan. Kalau tak jaga keselematan pulak, mahu ada orang yang mati terkena gas beracun yang tak ada ubat tu.
Lagipun gas tu boleh meresap pada span kat kerusi tu dan terperangkap kat situ pulak. Bila ada orang masuk dan duduk atas kerusi tu, gas akan tertolak keluar dan orang yang ada mungkin terhidu gas beracun tu ketika tonton wayang. Kalau banyak gasnya boleh membawa maut!
Hapuskan pepijat guna Haba
Cara paling berkesan dan selamat untuk hapuskan pepijat dan bunuh semua sekali dengan telurnya adalah dengan menggunakan rawatan haba.Wap panas akan disalurkan pada setiap penjuru kerusi dan setiap celahan kerusi. Semua pepijat dan sekali dengan telurnya akan habis mati. Wap panas tu amat panas dan pepijat tak akan sempat lari. Wap tu juga akan masuk habis ke dalam celahan pada kerusi tu dan memang tak kasi can untuk mereka lari.
Itu jauh lebih berkesan dan amat selamat untuk bunuh pepijat kat dalam panggung wayang.
Jika anda perlukan rawatan haba untuk hapuskan pepijat, sila hubungi Easelife Services Sdn Bhd. Telefon Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !