Macam mana cara paling mudah untuk kesan samada kawan yang anda ada sekarang adalah seorang Narsis?
Tapi tentu lebih menarik kalau anda dapat kenal lebih awal samada kenalan baru anda itu seorang yang Narsis atau tidak. Kalau dapat dikesan dari awal, bolehlah anda jauhinya dan tidak berikan kesempatan untuk dia menjadikan hidup anda lebih sukar di kemudian hari.
Sebelum itu, apa makna Narsis?
Mungkin ada yang tak tahu dan tak pernah dengar lagi perkataan baru tersebut.
Ciri-ciri orang yang Narsis
Narsis ini asalnya adalah dari perkataan Bahasa Inggeris, Narsist. Perkataan tersebut juga berasal dari perkataan Belanda.Ia membawa maksud seseorang yang mempunyai sikap mencintai diri sendiri secara berlebihan. Orang pertama yang menggunakan perkataan Narsis ini adalah ahli psikologi terkenal bernama Sigmund Freud.
Sigmund Freud ambil perkataan Narsis ini pula dari mitos Yunani. ia mengisahkan perihal seorang lelaki yang bernama Narcissus. Dia ialah seorang lelaki tampan yang pada satu hari melihat bayang dirinya sendiri di dalam air.
Bila dia tengok bayangnya, dia mula rasa kagum pada dirinya sendiri. Dia cuba menggapai bayang-bayang tersebut dan terjatuh lalu tenggelam ke dalam kolam.
Itu saja ceritanya bagaimana Sigmund Freud reka perkataan Narsis ini.
Secara mudahnya, orang yang narsis bersifat seperti di bawah:
- Merasa dirinya lebih unggul daripada orang lain
- Ingin selalu dianggap lebih hebat walaupun tidak berprestasi
- Punya sikap yang sombong dan merendahkan orang lain
- Amat obses dengan kecantikan dan kesempurnaan diri sendiri
- Suka iri hati terhadap orang lain
- Selalu melebih-lebihkan diri sendiri
Bahaya paling besar kawan yang Narsis
Kalau dilihat semua ciri-ciri orang yang narsis kat atas tu sudah cukup untuk buatkan anda rasa tak selesa kalau ada kawan yang perangainya macam itu. Memang rasa meluat dan meloyakan.
Tapi ada lagi bahaya yang perlu dijauhi ada pada orang narsis ni.
Orang yang narsis biasanya akan sentiasa suka salahkan orang lain, sering mengeksploitasi persahabatan untuk kepetingan dirinya dan dia juga gamak pijak kepala semua orang lain untuk naik ke atas.
Itu jenis kawan yang perlu dijauhi. Kawan jenis macam itu memang tak guna untuk dijadikan kawanpun. Buang masa dan membuatkan hidup kita haru biru kalau rapat dengan mereka.
Cara mudah kesan seorang yang Narsis
Kalau teruk sangat orang yang ada perangai narsis ni, tentu bermanfaat jika kita boleh kesan dari awal samada seseorang itu narsis atau tidak.
Memang ada cara mudah sebenarnya.
Anda boleh kenal seseorang itu ada potensi narsis hanya dengan melihat pada mukanya sahaja. Atau lebih tepat lagi, hanya dengan melihat pada bulu keningnya sahaja.
Ini bukan saya yang kata. Ini merupakan pemerhatian dari satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik yang berminat untuk melihat ciri-ciri yang ada pada seorang narsis.
Dari kajian yang dijalankan yang anda boleh rujuk kat sini, orang yang narsis biasanya punyai bulu kening yang lebat. Setiap kali seseorang itu dikesan sebagai narsis, dia kebetulan akan ada bulu mata yang lebat.
Malang sikit la kalau anda jenis berkening lebat selepas ini.
Nak buat cam mana. Ada pulak kajian yang membuktikan ada sedikit kaitan antara bulu kening seseorang dengan sikap narsis yang ada pada dirinya.
Walau bagaimanapun, anda tak boleh buat rumusan pasti kalau bulu mata lebat tentu dia seorang narsis. Tak betul tu.
Begitu juga kalau bulu kening tak lebat, dia tentu bukan jenis narsis. Juga tak betul.
Kedua-dua rumusan tersebut adalah salah sama sekali.
Yang anda boleh ambil hanyalah sekadar berhati-hati kalau kawan atau orang yang ada jumpa punya bulu kening yang sangat lebat. Itu saja. Sekadar berhati-hati dan berikan sedikit pemerhatian supaya anda sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Dan paling penting, pergi kat cermin dan tengok samada anda punya bulu kening lebat atau tidak. Dan tengok juga kawan-kawan yang ada yang punya bulu kening lebat. Lihat samada mereka narsis atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !