Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 September 2018

Rahsia mudah bagaimana nak tingkatkan CGPA anda - Pastikan cukup tidur!

  Ano Nyme       25 September 2018


Khas untuk para pelajar di pusat pengajian tinggi terutamanya.

Rahsia mudah untuk tingkatkan keputusan CGPA anda adalah dengan pastikan anda sentiasa cukup tidur. Mudah sangat petua ini dan sepatutnya boleh diamalkan dengan amat mudah oleh semua pelajar di pusat pengajian tinggi negara kita.

Tetapi, walaupun amat mudah, ramai pelajar yang tak dapat amalkan petua cukup tidur ini. Para pelajar di pusat pengajian tinggi biasanya dikenali dengan masalah tak cukup tidur dan mengantuk ketika berada dalam kelas.

Urus masa untuk tidur secukupnya

Masalah utama yang menyebabkan pelajar tak cukup tidur mungkin berpunca daripada gagal menguruskan masa dengan baik. Pelajar tak cekap memilih aktiviti apa yang perlu di lakukan pada masa yang sesuai.

Biasanya, kerja rumah atau kerja projek akan dilakukan pada saat akhir lewat malam. Pada waktu siang atau awal malam, pelajar leka layan kawan-kawan atau layan aktiviti yang tak berapa penting seperti berdating dan lepak kosong.

Pelajar perlu semat dalam jadual seharian mereka kepentingan untuk cukup tidur. Pastikan tidur awal dan bangun awal pada jadual yang tetap supaya mudah untuk tidur.

Jangan leka sehingga kerja tak siap dan akhirnya terpaksa berjegil mata tak tidur untuk siapkan tugasan penting.

Kesan tak cukup tidur pada CGPA

Kajian yang dijalankan menunjukkan masalah tak cukup tidur memberikan kesan yang buruk pada keputusan CGPA para pelajar.

Setiap tambahan satu hari tak cukup tidur akan membuatkan keputusan CGPA anada merosot sebanyak 0.02

Setiap penambahan satu hari tak cukup tidur juga memningkatkan kemungkinan untuk anda drop satu kursus untuk semester itu sebanyak 10%. Dan bagi pelajar yang pada semester pertamanya yang drop satu subjek kursus, ia meningkatkan kemungkinan dia untuk tak grad dalam tempoh 6 semester sebanyak 16%.

Anda boleh rujuk semua kajian tersebut kat pautan di sini.

Mudah cakap, semakin banyak hari-hari yang anda lalui masalah tak cukup tidur, semakin meningkat kemungkinan anda hadapi masalah pelajaran. Keputusan akan lebih buruk dengan bertambahnya jumlah hari anda tak cukup tidur.

Jadi sila jaga aktiviti tidur anda bermula dari sekarang. Sama macam anda ambil perhatian pada stress dan perasaan risau dalam kehidupan anda.

Jika perlu pastikan anda ikuti kelas untuk meningkatkan kecekapan tidur supaya mudah tidur sepanjang waktu anda menjadi pelajar di IPT.

Petua mudah tingkat CGPA

Untuk pelajar yang mahukan petua mudah tanpa tekanan untuk tingkatkan CGPA anda boleh amalkan petua mudah kat bawah ni. Petua ini saya amalkan sendiri ketika jadi pelajar kat ITM dulu dan saya tamat belajar dengan CGPA 3.9 saja tak cukup sikit untuk dapat 4.0

  1. Tak payah nak sasar jadi pelajar terbaik. Paling penting faham ilmu yang dipelajari sebanyak mungkin. Bab keputusan CGPA tu hanya nak nilai tahap kefahaman saja. Tak ada jaminan hidup anda lebih bahagia dengan jadi pelajar terbaik.
  2. Jangan ponteng kelas. Sesekali jangan ponteng kecuali dengan alasan yang kukuh seperti sakit atau kecemasan. Selain dari itu wajib hadir dalam semua kelas yang anda ambil.
  3. Faham dalam kelas. Berikan perhatian dalam kelas. Tanya pensyarah kalau tak faham. Minta dia jelaskan sampai anda faham. Jangan takut dan jangan malu mengaku tak faham. Bukanlah satu kesalahan menjadi seorang pelajar yang lambat tangkap ilmu.
  4. Bersukan. Jangan abaikan aktiviti bersukan atau beriadah ni. Biasanya tak ada kelas waktu petang. Jadi ambil kesempatan itu untuk pergi bersukan. Main dan berkawan bersungguh-sungguh sampai letih supaya mudah tidur nanti malam.
  5. Tidur awal pada waktu yang tetap. Semasa tidur yang tetap dan konsisten. Kalau anda set pukup 11 untuk tidur, pastikan tiada kompromi dengan waktu tidur tersebut.
  6. Bangun waktu tetap. Begitu juga waktu bangun tidur pastikan sentiasa tetap dan konsisten. Kalau anda set pukul 6 untuk bangun, pastikan tak ada kompromi dengan waktu tersebut. 
Biasanya pelajar perlukan waktu yang lebih panjang dari orang dewasa untuk tidur. Kalau orang dewasa perlu tidur dalam linkungan 7 jam sehari, palajar mungkin perlukan 9 jam sehari. Jadi pandai-pandailah uruskan masa itu untuk cukup tidur.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Rahsia mudah bagaimana nak tingkatkan CGPA anda - Pastikan cukup tidur!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !