Ini memang menarik!
Bermula sejak 5 October yang lalu, doktor di Shetland, Scotland telah mendapat kebenaran dari lembaga kesihatan negara tersebut untuk menggunakan alam sekitar sebagai ketetapan ubat.
Biasanya kalau pesakit pergi jumpa doktor, setelah dibuat pemeriksaan, doktor akan berikan ketetapan ubat berunsur dadah sebagai ubat bagi merawat pesakit. Itu memang dah jadi amalan yang dah lama berakar umbi dalam sistem kesihatan hampir semua negara di dunia ini.
Tapi bayangkan, apabila anda pergi jumpa doktor, dia buat pemeriksaan kesihatan, lalu tulis ketetapan seperti berikut,
"Bercuti seminggu di dalam Taman Negara, Pahang, menikmati alam semula jadi"
Anda terpaksa balik berkemas, masukkan segala keperluan ke dalam beg kembara. Apa yang perlu dibawa bersama juga sebenarnya telah diberikan panduan dalam ketetapan ubat dari doktor tadi.
Kemudian anda perlu bertolak ke Taman negara, menginap di Kampung Kuala Tahan. Dan anda akan berada di sana selama seminggu, dibantu oleh juru pandu pelancong, untuk teroka keindahan flora dan fauna selama seminggu.
Kelebihan Alam semula jadi menjaga kesihatan manusia
Kajian tentang keberkesanan menggunakan alam semula jadi sebagai teknik menjaga kesihatan manusia memang dah banyak dilakukan dan dibuktikan keberkesanannya.Tapi menggunakan alam semula jadi sebagai ketetapan ubat memang satu perkara baru yang berani diguna pakai oleh negara Scotland.
Kalau anda ada masalah kesihatan seperti,
- Tekanan jiwa atau apa masalah berkaitan mental
- Masalah kencing manis
- Masalah jantung
- Dll
Sudah tentu ubat-ubatan moden yang dah biasa di berikan akan diteruskan juga. Tapi tambahan kepada mendekatkan diri pesakit kepada alam semula jadi boleh menjadi pelengkap terhadap rawatan biasa. Kesannya dijangka akan jauh lebih baik dan lebih berkesan untuk pesakit.
Komitmen kerjaya halang masuk hutan
Rasanya ramai yang dah tahu keberkesanan alam semula jadi untuk rawatan masalah kesihatan. Tapi nak buat macam mana. Desakan kerjaya membuatkan orang ramai yang ada komitmen tinggi tak boleh amalkannya.Kalau anda kerja makan gaji, nak minta cuti setiap bulan untuk masuk hutan dua atau tiga hari bagi tujuan rawatan, tentu majikan akan bosan dan pertimbangkan untuk anda disingkirkan atas alasan banyak main-main dan abaikan kerja.
Tapi kalau anda sebenarnya ada surat dari doktor, suruh masuk hutan lepak kat alam semula jadi selama seminggu setiap bulan sebagai ubat rawatan kesihatan, tentu majikan ta boleh nak buat apa-apa.
Masuk hutan tak perlu tunggu sakit
Bagi anda yang masih sihat wal afiat, janganlah nak tunggu sakit kronik baru terhegeh-hegeh nak menghargai dan menikmati alam semula jadi.Kat negara kita terlalu banyak lokasi yang indah dan menarik anugerah Tuhan kepada penduduk Malaysia. Ada laut, ada pulau, ada hutan dara, ada gunung -ganang, ada sungai dan jeram dan macam-macam lagi.
Jadikan aktiviti menikmati dan meneroka semua kejadian alam semula jadi anugerah Tuhan itu sebagai aktiviti berjadual.
Paling mudah, pergi saja pindah duduk kat kampung yang agak terpinggir dari kesibukan kotaraya. Duduk kat kampung yang masih tidak tercemar alam semula jadinya dan anda akan sentiaa dapat nikmati kesihatan tubuh badan yang lebih baik.
Jom kita cuba mula amalkannya !
Sumber maklumat di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !