Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 October 2018

Kereta boleh lipat ini akan di perkenalkan di pasaran Eropah dan Israel

  Ano Nyme       02 October 2018


Kereta boleh lipat !

Pernah dengar wujudnya kereta yang boleh dilipat menjadi kecil bersaiz motosikal?

Setakat ini yang biasa kita dengar hanyalah basikal lipat. Basikal macam itu memang dah ada banyak terjual di mana-mana kedai basikal kat negara kita.

Basikal lipat memang dah popular di kalangan pencinta basikal. Mereka yang suka jadikan aktiviti kayuh basikal sebagai senaman atau aktiviti riadah dan dalam masa yang sama ada masalah ruang untuk simpan barang kat rumah, tentu akan pilih jenis basikal boleh lipat ini.

Keadaan rumah yang kecil, tak ada banyak ruang. Tinggal di apartment atau flat atau kondo pulak. Memang ada masalah ruang. Kalau ada basikal biasa yang besarpun akan jadi satu masalah nak simpan kat dalam rumah.

Kalau simpan basikal kat luar, kat bawah bangunan atau tempat parkir awam, kemungkinan basikal kena curi adalah tinggi. Kalau orang tak curi untuk naik basikal tu, akan ada orang yang curi untuk jual sebagai besi buruk.

Atau penagih dadah curi basikal yang elok untuk dapat duit bagi beli bekalan dadah mereka.

Jadi basikal lipat memang satu pilihan yang amat sesuai!

Kereta boleh lipat bakal diperkenalkan

Logiknya, selepas ada basikal boleh lipat, tentu orang akan reka motosikal boleh lipat pulak. Tapi saya tak pernah dengar lagi pasal motosikal boleh lipat. Kalau basikal kecil yang ada enjin dan boleh dikecilkan memang dah ada.

Sebuah syarikat dari negara Yahudi Israel nampaknya telah perkenalkan kereta boleh lipat. Maksudnya kereta tersebut boleh jadi besar atau kecil bergantung kepada keperluan.

Kereta boleh lipat rekaan syarikat City Transformer dari Israel itu merupakan gabungan antara kereta dengan motosikal. Dia boleh berfungsi sebagai motosikal, dengan saiz motosikal empat tayar. Kenderaan itu juga boleh berfungsi sebagai kereta yang bersaiz kereta kecil.

Dalam fungsi motosikal, kenderaan tersebut boleh pecut dengan kelajuan 45 km/sejam. Kalau dibesarkan jadi saiz kereta, ia boleh memecut dengan kelajuan 90 km/sejam.

Dalam keadaan kecil berfungsi sebagai motosikal, lepar kenderaan itu adalah 1 meter. Dan ia boleh dilebarkan lagi supaya lebih stabil dan berfungsi seperti kereta dengan lebar 1.44 meter.

Chasis kenderaan itu sahaja yang boleh dikecilkan atau dilebarkan. Kabin tempat pemandunya duduk kekal dengan saiz yang sama. Ia boleh bawa penumpang seorang. Dalam kabin itu semuanya lengkap termasuk sistem pendingn hawa. Macam kereta keadaannya.


Kereta boleh lipat di bandaraya

Kalau anda tinggal di tengah bandaraya yang sesak, kereta boleh lipat ini tentu amat menarik untuk dimiliki. Tak perlu beli kereta biasa lagi yang mahal harganya dan akan timbul masalah parkir pulak. Anda boleh gunakan kenderaan lipat ini untuk pergi ulang alik ke tempat kerja dengan mudah dan selesa.

Harga yang akan ditawarkan puak adalah dalam lingkungan USD10 ribu sahaja. Kalau tukar ke ringgit dalam RM40 ribu. Murahlah juga harga tu. Itupun tak masuk cukai kalau dikenakan di negara kita.

Tapi kenderaan itu amat mesra alam dan mudah untuk diselenggara tak seperti kereta biasa yang ada di pasaran sekarang.

Israel banyak cipta kemudahan untuk manusia

Suka atau tak suka, negara Yahudi yang orang islam benci tu nampaknya sejak sekian lama banyak mencipta berbagai kemudahan untuk manusia.

Ketika baca komen dari Youtube yang paparkan pasal kenderaan itu, saya terbaca satu komen berbunyi..

"Incredible. Go for it, Israel, the country that solves humanity's problems"

Ada juga kebenarannya dengan kenyataan itu walaupun negara yang sama juga banyak buat kerosakan kepada negara Palestin di sebelahnya. Tapi dalam masa yang sama, Israel banyak hasilkan berbagai ciptaan untk selesaikan masalah manusia dan pasrkan produk hebat mereka di seluruh dunia.

Macam mana agaknya nak bersaing dengan negara Yahudi kecil tu ya !

Sumber asal di sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kereta boleh lipat ini akan di perkenalkan di pasaran Eropah dan Israel

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !