Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 October 2018

Urus perniagaan dengan mudah guna sistem online paling murah dan mudah

  Ano Nyme       29 October 2018

Macam mana anda uruskan perniagaan anda sekarang?

Tak kisah samada perniagaan kecil atau besar sikit dari kecil. Juga tak kisah samada anda buat bisnes secara fulltime atau secara parttime.

Yang pentingnya, kalau anda ada membuat jualan sesuatu yang boleh menjana keuntungan. Seterusnya dari duit untung itu, dapat menambahkan sedikit lagi jumlah duit yang dibawa pulang ke rumah. Anda dah masuk dalam golongan orang yang berniaga.

Kalau anda dah berniaga, perlu mula uruskan perniagaan anda dengan bersistematik. Alang-alang berniaga biarlah ia boleh membesar.

Vniaga !, Transformasi digital yang pasti melonjakkan perniagaan anda

Niatnya, kalau sekarang buat perniagaan secara part time, tak lama lagi, jika hasil dari perniagaan bertambah dan mencukupi, bolehlah berhenti kerja makan gaji. Boleh berikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan anda sendiri.

Itu semua idaman semua orang. Samada yang dah berniaga, mahupun yang masih tak mulakan apa-apa.

Peniaga perlu pantau hasil niaga

Masalah paling besar yang berlaku pada golongan peniaga adalah tak berusaha pantau dengan baik hasil perniagaan mereka.

Hasil perniagaan yang dimaksudkan kat sini sudah tentu adalah duit.

Macam mana nak uruskan perniagaan dengan baik kalau benda paling penting yang membuatkan anda berniaga, tidak di berikan perhatian yang penuh?

Ada yang dah lama berniagapun masih uruskan duit secara agak-agak saja. Dapat hasil perniagaan, kira dan digunakan kembali untuk modal perniagaan berikutnya. Baki yang lebih tu dijadikan belanja kehidupan.

Itu amalan ramai orang.

Ramai yang tak mencatatkan kesemua hasil duit yang masuk dan keluar tu. Ramai yang campur adukkan belanja perniagaan dengan belanja peribadi. Kalau perniagaan yang anda jalankan tak ada persaingan, masih ok lagi.

Vniaga !, Transformasi digital yang pasti melonjakkan perniagaan anda

Tapi kalau ada persaingan, lambat laun anda akan hadapi masalah. Bila ada masalah, untung akan merosot teruk. Kalau masa untung tebal dulu tak kisah nak pantau duit keluar dan masuk, masa untung perosot mengecil tak boleh buat macam tu.

Seringgi dua jadi amat penting.

Perlu diingat bahawa apa saja perniagaan yang anda buat pasti akan ada persaingan. Kecuali anda kerajaan dan ada kuasa untuk kenakan halangan terhadap persaingan.

Jadi sebelum jadi macam tu, sebelum perniagaan diserang pesaing dan untung mula mengecil, segera uruskan perniagaan anda dengan betul.

Sistem mudah pantau hasil niaga

Kalau anda malas nak pantau hasil niaga selama ini sebab nak kena catit secara manual dalam buku, anda boleh saja guna sistem mudah Vniaga.

Sistem Vniaga ini bantu anda simpan semua maklumat juaan yang telah anda buat. Berapa jumlahnya, produk apa dan kepada siapa anda jual. Semua maklumat itu akan tersimpan kemas dan akan dijumlahkan secara automatik supaya anda dapat tengok berapa dah jumlah jualan.

Anda boleh mula masukkan produk atau servis satu persatu. Kemudian masukkan harganya untuk setiap satu produk yang anda ada. Bila dah jual, hanya klik saja produk itu dan inbois akan dijana dari situ. Kan mudah?

Masukkan maklumat pembeli, masukkan nombor telefon mereka, isi demografik mereka supaya mudah anda teruskan perhubungan nanti.

Vniaga !, Transformasi digital yang pasti melonjakkan perniagaan anda

Yang paling menarik adalah anda boleh buat blasting kesemua pelanggan anda untuk hebahkan sebarang maklumat berkenaan perniagaan atau produk anda jika perlu.

Katakan anda seorang penaman dan penjual sayur dari ladang anda sendiri. Jika setiap kali anda rekodkan maklumat jualan yang berlaku. Anda akan mula kumpulkan kesemua pelanggan yang ada siapa dengan maklumat perhubungannya sekali. Juga lengkap dengan sayur apa yang dia dah beli.

Bila anda ada tanam sayur baru dan tahu bila nak tuai hasilnya, anda dah boleh beritahu pada kesemua pelanggan yang sesuai dari maklumat pelanggan anda di Vniaga. Maklumkan supaya mereka boleh mula datang beli bila dah ada nanti.

Anda juga bleh maklumkan tentang adanya sayur baru yang anda sedang usahakan dan bila ianya sedia untuk dijual. Jika mereka berminat, tentu mereka akan datang. Bukankah itu cara buat kerja yang amat cekap dan bijak?

Jadi, jangan buang masa lagi untuk cuba Vniaga.

Anda boleh masukkan ke pautan itu dan daftarkan secara percuma untuk digunakan selama sebulan. Masa tempoh percubaan itu, anda akan dibantu secara online oleh petugas sistem supaya anda faham dan kemudahan jadi lancar.

Kalau rasa sesuai dan teruja nak teruskan, anda hanya perlu bayar RM35 sahaja sebulan. Lebih kurang RM1.20 sahaja sehari.

Murah tu bai!

Murah lebih lagi dari segelas teh tarik. Kalau anda telan teh tarik sehari 3 kali kat kedai mamakpun dah lebih RM5.

Ini nak mudahkan urusan perniagaan supaya lancar dan mudah membesar. Takkan nak kedekut dengan kos yang semurah itu.

Anda tak wajib terus guna sentiasa. Pakai sebulan dan katakan bulan depan anda nak pergi haji atau jalan-jalan selama sebulan dan tak buat bisnes masa tu. Anda boleh tangguh dan tak payah bayar untuk bulan itu.

Bila dah mula bisnes balik, sambung bayar dan semua maklumat akan kekal untuk anda teruskan guna.

Vniaga !, Transformasi digital yang pasti melonjakkan perniagaan anda

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Urus perniagaan dengan mudah guna sistem online paling murah dan mudah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !