Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 November 2018

Waspada terhadap 3 kumpulan manusia yang mudah percaya berita karut - Berdasarkan kajian

  Ano Nyme       24 November 2018

Untuk anda yang tak mudah percaya dengan berita karut, sila waspada dengan 3 kumpulan manusia yang terlalu mudah percaya segala berita karut ini.

Kenapa anda perlu waspada?

Adakah 3 kumpulan manusia ini boleh mendatangkan mudarat kepada semua orang?

Jawapannya adalah "Ya!".

Sudah tentu 3 kumpulan manusia ini boleh datangkan mudarat. Sebab mereka mudah percaya berita karut yang biasanya tak masuk akal. Mereka akan haru harakan masyarakat. Paling kurang, mereka akan timbulkan pertelingakahan dan perbalahan dalam pertahankan cerita karut yang mereka mudah percaya itu.

Bila bertembung dengan mereka, jangan lawan dan cuba berhujah dengan mereka. Kepercayaan mereka akan jadi semakin kuat. Abaikan saja dan jangan buang masa betekak dengan mereka supay anda tidak bazirkan tenaga.

Bila ada berita karut pula, jangan layan dan suka-suka nak share dalam media sosial. Sebab kumpulan ini akan mudah percaya dan bersungguh-sungguh sebarkannya pulak.

Terlalu banyak cerita karut tersebar

Berita karut ini memang sejak dahulu lagi dah banyak timbulkan masalah. Tapi zaman tak ada internet dulu, penyebarannya agak terbatas.

Kalau nak sebar juga berita karut secara besar-besaran, kena keluarkan kos yang agak tinggi. Contohnya, kalau nak sebarkan kisah palsu keramat hidup melalui surat berantai, terpaksa keluarkan duit untuk aktiviti cetakan.

Kalau tak duit, tentu tak boleh nak cetak. Kalau nak salin semula pakai tulisan tangan sendiri atas kertas kajang, perlu keluarkan duit juga untuk beli kertas kajang. Lagipun, berapa helai sangat anda boleh salin tangan surat berantai tu untuk disebarkan kepada kawan dan kenalan.

Tapi sekarang, sejak muncuonya internet. Digabungkan plak dengan media sosial yang amat galak digunakan orang ramai dari budak kepada mak dan bapak budak. Aktiviti sebaran berita karut jadi tak terkawal lagi.

Dalam FB saja jenuh nak tempis dengan segala berita karut marut dan palsu. Semuanya boleh dikongsikan secara hampir percuma. Untuk sebarkan apa saja berita palsu dan karut, yang sensasi pulak, hanya ambil masa beberapa saat saja. Share dan share, terus jadi Viral atau Tular!.

3 kumpulan manusia mudah percaya berita karut

Sebelum kita gebang lagi masalah yang boleh ditimbulkan oleh orang yang suka percaya berita karut ini, elok tengok dulu siapa kumpuln manusia yang secara kajian, amat mudah percaya segala benda cerita karut.

Secara umumnya, ada 3 kumpulan manusia yang amat mudah percaya berita karut:

  1. Fundamentalis agama - Baca kat sini kalau nak faham siapa kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai fundamentalis agama. Bagi saya, fundamentalis agama adalah mereka yang tolak kemajuan sains dan dunia moden yang pesat berkembang. Mereka terus kekal statik dengan amalan dan kepercayaan agama mereka secara tradisi secara 100% tanpa boleh dicabar.
  2. Kumpulan yang cenderung kepada pemikiran khayalan - Baca kat sini untuk faham apa itu pemikiran khayalan. Bagi saya kumpulan ini adalah mereka yang campur adukkan antara fakta, realiti dengan khayalan imaginasi. Tak tahu nak bezakan antara kenyataan atau realiti sebenar dengan imaginasi.
  3. Kumpulan manusia yang cenderung ke arah dogmatis - Boleh tengok kat sini untuk faham apa itu makna dogmatis. Secara asasnya mereka yang cenderung kepada dogmatis punya pemikiran degil dan sempit. Percaya bulat-bulat apa yang diperturunkan tanpa perlu ada hujah dan bukti dan tolak terus orang lain punya pendapat.
Kalau tengok ketiga-tiga kumpulan di atas, anda yang tidak termasuk ke dalam salah satu kumpulan tersebut di atas akan faham kenapa kumpulan ini bahaya.

Bayangkan juga apa berita dan cerita karut yang akan mereka mudah percya dan terus sebarkan dengan mudah tanpa rasa bersalah. Sebab mereka memang percaya secara jujur. 

Akal tertutup dan kena blok terus untuk pertimbangkan semula secara cerita. Asalkan ia selari dengan anutan mereka, dalam masa yang sama perkuatkan kepercayaan mereka, akan terus disebarkan dengan pantas.

Kajian terhadap kumpulan tersebut di atas dalam kecenderungan untuk mudah percaya berita karut boleh dirujuk dalam pautan 1, pautan 2 dan pautan 3.

Jadi orang yang tak mudah percaya cerita karut

Bagaimana nak hadapi masalah dari terjebak mudah percaya kepada segala berita atau cerita karut yang ada banyak tersebar dengan mudah sekarang?

Anda perlu ada 2 keupayaan berfikir yang penting:
  • Kekuatan berfikir secara analitik - Tak mudah buat rumusan. Pertimbangkan sebab musabab dan akibat terlebih dulu. Pertimbangkan semua maklumat secara logik terlebih dahulu. Mencari hubung kait maklumat dari ingatan waras yang jelas dalam akal. Sebelum membuat keputusan dan rumusan yang padu, tepat dan logik.
  • Berfikiran terbuka - Walaupun nampak macam sama dengan kat atas, tapi agak berbeza sikit. Orang yang berfkiran terbuka ini biasanya bersedia untuk pertimbangkan semula maklumat yang dah ada dengan mencari alternatif lain untuk penyesuaian. Mereka bersedia untuk mencabar semula kepercayaan yang dah terbentuk dalam diri dengan mengambil kira maklumat baru.
Secara mudah, mereka yang berfikiran seperti di atas akan dilabelkan sebagai golongan liberal.

Itu tidak menghairankan sebab kumpulan ini biasanya akan keluar dari anutan oleh 3 kumpulan kat atas tadi. Yang mudah percaya dengan berita karut dan palsu. Biasanya kumpulan ini akan bertembung dengan para agamawan dan para penganut kepercayaan karut yang tidak berasas.

Bukti akan kuatkan lagi kepercayaan karut mereka

Ini satu masalah besar yang dihadapi oleh 3 kumpulan di atas tadi.

Apabila diberikan hujah beserta dengan pembuktian yang bernas dan real dalam menolak cerita karut yang mereka percaya, mereka bukannya akan terima dan berfikir semula.

Malah pembuktian penolakan itu akan kuatkan lagi kepercayaan karut mereka!. Jadi terbalik kot dan ketidak warasan mereka semakin menjadi-jadi.

Kat negara kita sekarang ada ramai kumpulan yang masuk dalam alah satu dari 3 kumpulan tersebut di atas. Mungkin juga ramai yang punya kesemua 3 pemikiran tersebut kat atas tadi. Bercampur aduk antara kepercayaan agama, kepercayaan dogmatik dan cenderung kepada perkara khayalan.

Dalam group whatsapp yang saya ada yang terdiri dari berbagai jenis manusia, muda dan tua, penuh dengan kumpulan ini. Hampir kesemua group whatsapp wujud individu mudah percaya kepada berita karut ini.

Mereka mudah sebarkan semua berita karut dan palsu. Bila ditempis, terus melenting dan mula tuduh orang yang menempisnya dengan berbagai tuduhan. Sesat, kapiaq, liberal, dan sebagainya.

Saya tak berikan contoh berita karut yang saya maksudkan kat sini. Sengaja biarkan ianya terbuka dan diberikan secara umum sahaja. Biarlah anda yang baca artikel ini fikirkan sendiri dan buat tafsiran sendiri.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Waspada terhadap 3 kumpulan manusia yang mudah percaya berita karut - Berdasarkan kajian

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Saya boleh katakan ramai juga yang mudah terpengaruh dan menyebarkan berita tanpa semak sekiranya dalam berita itu tertulis perkataan HADITH atau AL-QURAN tanpa menyemak kesahihan HADITH dan ayat tersebut dan adakah ianya digunakan dengan benar dalam berita tersebut. Begitu juga dengan video ceramah, laju sahaja di forward kan tanpa semak kesahihannya.

    ReplyDelete
  2. tiada ilmu dan tidak mahu membaca..memudahkan mereka percaya,mudah dihasut ditambah lagi dengan media massa yang serba canggih..memudahkan sesuatu cerita ditokoktambah..bermula dengan satu unit kecil...dua atau tiga orang berkumpul..kemudian merebak dan menjadi kumpulan besar...satu niat ...mengumpul bahan dan bermulalah sesuatu peristiwa ..kecil dan membiak ..jika tidak dikawal..terus jadibarah dan kanser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai jenis pemalas membaca.. malas nak stretch akal supaya lebih berfungsi lagi

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !