Siapa agaknya yang sanggup keluarkan duit RM788 ribu hanya untuk beli sebuah trak pikap 4x4?
Tapi itulah harga yang ditawarkan kepada peminat pikap gergasi yang memang kuat kuasanya. Ford F-150 Raptor yang sebenar. Ini bukan Ford Ranger Raptor yang ada dilancarkan sebelum ini di negara kita pada bulan November 2018 yang lalu.
Sebelum masuknya Ford F-150 Raptor sebenar ini, memang Ford Ranger Raptor tu dah jadi antara yang paling mahal dalam semua versi trak pikap 4x4. Harga tak termasuk cukai jalan untuk Ford Ranger Raptor dalam lingkungan RM199,888 seunit.
Kalau setakat kontraktor kelas F, RM199,888 untuk sebuah trak pikup rasanya dah agak tinggi. Nak guna pakai untuk buat kerja kontrak tentu rasa macam tak berapa berbaloi sangat. Apatah lagi kalau nak beli Ford F-150 Raptor official dengan harga RM788,000 !!!.
Kontraktor kelas A yang dulu selalu dapat kontrak secara direct nego tentu mampu beli sebuah dengan harga RM788 ribu tu. Itupun kalau sekarang masih ada jenis kerja direct nego.
Beza antara Ford F-150 dengan Ford Ranger Raptor
Kenapa harga Ford F-150 Raptor tu mahal sangat?Tentu punca utamanya adalah disebabkan dia memang masuk dalam kelas kenderaan mewah khas untuk orang yang gila pakai 4x4 berkuasa tinggi. Kalau ada hasrat nak naik dan turun hutan Banjaran Titiwangsa untuk dijadikan jalan utama, tentu Ford F-150 berbaloi untuk digunakan. Tak payah nak masuk jalan atau lebuh raya utama.
Satu lagi kalau nak naik jalan biasa, untuk tunjuk kat orang ramai dia banyak duit, Ford F-150 Raptor memang sesuai sangat.
Dari segi saiz, memang dia jauh lebih besar dan tinggi berbanding Ford Ranger biasa. Nak masuk petak parkir biasa memang tak muat. Kena bayar 2 petak parkir baru selesa dan ganggu orang lain.
Ford F-150 Raptor ini dibawa masuk oleh syarikat Hamawangsa Kredit. Dia diubah dari pemanduan sebelah kiri kepada sebelah kanan terlebih dahulu di UK oleh Sutton Bespoke. Kemudian di bawa ke massk Malaysia secara CKD dan dipasang semula di Gurun.
Kalau anda beli Ford F-150 Raptor ni anda akan dapat enjin petrol 3.5 litre, EcoBoost turbocharged V6 dengan 450 hp dan 691 Nm serta dilengkapi dengan gearbox 10 kelajuan automatik.
Ford Ranger Raptor hanya diberikan enjin dengan spesifikasi enjin diesel 2.0 litre EcoBlue twin-turbocharged berkuasa 213 PS and 500 Nm dan juga gearbox automatik dengan 10 kelajuan.
Dengan semua kehebatan yang ditawarkan oleh Ford F-150 Raptor tu, mereka sasarkan untuk menjualnya kepada rakat Malaysia sebanyak 20 ke 30 unit setahun. Mungkin anda salah seorang dari orang kaya yang 20 ke 30 orang tu agaknya?
Kat bawah ni ialah gambar Ford anger Raptor untuk anda lihat rupa bentuknya
Kat bawah ni pulak adalah rupa bentuk Ford F-150 Raptor sebenar yang anda boleh beli dengan harga RM788 ribu seunit. Tapi gambar ini adalah versi US punya.
Kalau nak tengok dengan lebih jelas lagi versi yang ada kat Malaysia, anda boleh pergi tengok dan baca laporannya kat Paul Tan di sini.. saya ambil gambar dari situ sekeling untuk tunjukkan rupanya yang sebenar available kat Hamawangsa Kredit.
Kalau ada yang dah beli dah bermurah hati nak kasi saya cuba bawak sekali, bolehah komen kat bawah ni. Kalau tak bagi bawakpun, dapat duduk di sebelahpun dah kira ok.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !