Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 January 2019

3 sebab anda perlu pasang azam pergi melancong tahun 2019 ini supaya hidup lebih berjaya

  Ano Nyme       08 January 2019

Setiap kali menjelang Tahun Baru, mesti ada satu soalan yang paling selalu bermain dalam kepala …

‘Apa azam tahun baru aku kali ini?’

Apa pun azam anda, sama ada untuk belajar skill baru, nak amalkan gaya hidup sihat, nak makan diet seimbang, atau apa saja ...

Semua tu pasti untuk tambah baikkan kehidupan anda. Jarang sekali ada orang buat azam tahun baru untuk jadi lebih mundur.

Kepada yang belum buat azam tahun baru lagi, relaks, masih belum terlambat untuk anda mulakan. 

Dalam banyak-banyak, azam pergi melancong atau ‘travel’ ialah yang paling popular dalam kebanyakan orang.

Walaupun popular, tapi ini lah juga azam yang paling susah nak dibuat, selalunya atas alasan masa dan bajet yang tak mengizinkan.

Tapi anda tahu tak, travel ini lah sebenarnya azam yang paling mudah untuk bagi impak positif yang boleh bawa kejayaan dalam hidup anda.

Bagaimana?

Saya share sikit di bawah ni, apa dan macam mana travel ini boleh jadi satu azam yang paling mudah memberikan kesan hebat dalam hidup anda.

1. Perspektif baru

Bila travel, anda terpaksa tinggalkan rutin harian dan bersedia untuk ‘unlearn’ segala yang anda tahu.

Anda berada dalam mode ‘explore’ .

Meneroka tempat baru adalah seperti menjadi anak kecil yang baru pertama kali melihat dunia. Anda akan berhenti sejenak untuk melihat, menikmati dan berfikir mengenai pengalaman baru itu.

Perspektif ini yang banyak membantu anda pulang dengan segar ke kehidupan normal, selesaikan masalah di tempat kerja dengan lebih kreatif, tanpa anda sedari.

2. Belajar Skil Baru

Travel juga akan memberikan anda peluang untuk pergi keluar, dan berinteraksi dengan dunia luar yang terasing dan tak dikenali.

"No one will ever judge you."

Dalam tak sedar, anda akan paksa diri untuk percaya kepada persekitaran sekeliling, dan percaya kepada diri sendiri.

Sewaktu travel inilah, anda tak akan dapat elak dari berdepan cabaran dan peluang baru.

Disinilah baru anda perasan yang rupanya anda ada bakat bercakap bahasa asing, fit untuk panjat bukit, boleh memasak dan rupa-rupanya anda ni seorang budget planner yang bagus (baca: kedekut)! 

3. Pengurusan Masa

Walaupun travel itu tujuannya untuk bersantai dan berehat, tapi kalau masa tak diuruskan dengan baik, anda boleh terlepas flight, dikenakan denda sebab lambat pulangkan kereta sewa, dan terlepas ‘golden hour’ untuk ambil gambar sunset di tepi pantai!

Dalam tak sedar, aktiviti travel ini ‘ajar’ anda lebih berhati- hati dalam menguruskan masa.

Kenapa pentingnya urus masa?

Sebab masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga. Kalau nak jadi orang berjaya, anda wajib mahir mengurus masa.

Tak semestinya semua di atas ni hanya boleh dapat melalui travel.

Tapi, kami beritahu di sini, travel ialah cara paling cepat anda boleh belajar kesemua tersebut di atas.

Dan paling penting, anda belajar tanpa anda sedari!

Fun pula tu!

Jadi, pasang azam tahun 2019 ini untuk pergi travel.

Luar atau dalam negara tak jadi masalah, asalkan anda pergi travel.

Travel tak semestinya perlu mahal, tak semestinya perlu naik flight. Kalau anda buka minda, lokasi di belakang rumah sendiri pun boleh jadi tempat yg menarik untuk dilawat.

Lihat Carpedia Go di Facebook

Carpedia Go ditubuhkan untuk bantu anda

Kepada anda yang tak tahu nak pergi ke mana tahun ni, saya cadang mulakan dengan percutian dalam Malaysia dulu.

Paling mudah, buat roadtrip bersama keluarga ke Taiping dan Pulau Pinang.

Keluarga ramai?

Kereta tak cukup nak bawa semua orang sekali?

Jangan risau, anda boleh dapatkan servis kereta sewa dari Carpedia Go, kami jadikan impian anda untuk travel roadtrip bersama keluarga jadi kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Carpedia Go di Facebook atau boleh juga melalui nombor hotline di bawah:

Carpedia Go Hotline:  +6017-2618108.

Jadikan tahun 2019 ini tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya.


Get a life, go travel! ... Carpedia Go

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 3 sebab anda perlu pasang azam pergi melancong tahun 2019 ini supaya hidup lebih berjaya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !