Apakah minuman yang sesuai untuk diminum jika anda dah terkena masalah kencing manis?
Tentu soalan tersebut amat penting bagi pesakit kencing manis. Penting! . Sebab kencing manis ni bila dah kena perlu kawal apa yang anda makan dan minum. Itu saja cara untuk kekalkan semula tahap kesihatan dan tahap kesihatan anda supaya jadi normal.
Itulah bagusnya kalau kena diabetes atau kencing manis ni. Bagus sebab kencing manis tak membuatkan anda terus nazak meninggal dunia. Ia cuma satu penyakit amaran agar anda ubah segera gaya hidup.
Kalau masih degil dan nak kekalkan juga cara hidup lama, yang anda dah buktikan bahawa salah dan telah mengakibatkan anda kena kencing manis, ertinya anda memang tak mahu jaga kesihatan dan tak sudi untuk hidup cergas dalam tempoh yang lama lagi.
Kencing manis sampai kena potong kaki
Banyak kes yang berlaku orang kena kencing manis sampai akhirnya terpaksa dipotong kaki. Ada juga yang sampai mata buta tak boleh lihat seperti biasa.Puncanya adalah bila dah kena kencing manis, gaya hidup masih dikekalkan seperti gaya hidup lama juga. Lantak makan dan minum ikut selera tekak yang selama ini ternyata membawa padah.
Bila anda lantak makan ikut selera seperti masa sihat dahulu, anda akan sumbat kandungan makanan yang ada banyak gula ke dalam badan. Kebanyakan dari makanan yang anda makan akan ditukarkan atau dipecahkan menjadi glukosa.
Glukosa diperlukan oleh tubuh badan anda. Glukosa ini merupakan bekalan tenaga untuk semua otot, organ dan otak anda supaya semua itu dapat berfungsi dengan sempurna. Tapi glukosa tak dapat digunakan sebagai tenaga jika ianya tak masuk terserap ke dalam sel.
Kat situlah insulin memainkan peranannya. Insulin yang dikeluarkan oleh pankreas boleh dibayangkan sebagai kunci untuk membuka pintu sel supaya glukosa dapat masuk.
Orang yang kena kencing manis ni tak dapat guna insulin dengan sempurna. Bila insulin gagal digunakan dengan baik, maka gula atau glukosa itu akan kekal dalam darah. Semakin ditambah semakin pekat jadinya jumlah glukosa itu.
Jika dibiarkan berlarutan dalam keadaan glukosa berkumpul makin pekat dalam darah, organ, saraf dan urat darah anda akan rosak.
Bila dibiarkan begitu tidak dirawat dengan segera dengan turunkan kandungan gula dalam darah tu, akhirnya boleh bawa kepada masalah seperti buta, sakit jantung, kerosakan teruk buah pinggang dan mungkin sel kaki atau jari mati.
Nampak tak betapa bahayanya kalau tak jaga makan dan minum bila dah kena masalah kencing manis ini. Lebih bahaya lagi sebab semua itu anda tak dapat lihat depan mata berlaku dalam sel darah kat dalam badan tu. Jadi leka sampai ada yang kena potong anggota jari atau kaki atau jadi buta.
5 minuman yang sesuai untuk pesakit diabetes
Kalau anda dah sedar betapa pentingnya jaga makanan dan minuman, maka sila ambil perhatian terhadap maklumat yang nak dikongsikan kat bawah ini.Maklumat tentang 5 minuman yang sesuai untuk diminum jika anda dah terkena masalah kencing manis.
5 minuman berikut adalah amat sesuai untuk anda:
- Air kosong - Ini merupakan minuman paling utama dan paling baik untuk pesakit kencing manis. Minum air kosong dengan banyak boleh membuatkan kandungan glukosa dalam darah anda itu dikeluarkan melalui kencing. Dinasihatkan supaya lelaki minum sekurangnya 13 cawan air kosong sehari. Perempuan pula paling kurang 9 cawan.
- Teh kosong - Air teh banyak kebaikannya. Ia boleh turunkan tekanan darah dan boleh kurangkan kolestro jahat. Kajian juga menunjukkan minum teh dalam 6 cawan sehari boleh kurangkan risiko kencing manis. Teh merah ke hijau ke, hitam ke semua boleh asalkan tak ada gula.
- Kopi O kosong - Kopi juga dikatakan boleh bantu kurangkan risiko kencing manis. Kalau dah kena kencing manis, anda masih boleh minum macam biasa jangan berlebihan. Pastikan tak ada gula, tak tambah kreamer atau susu.
- Jus sayuran - Kalau nak ada perbezaan sikit, anda boleh cuba minuman jus sayur-sayuran. Bukan jus buah-buahan sebab buah masih ada banyak gula. Anda boleh gantikan dengan jus tomato, jus timun atau jus celery. Tambah sikit berry untuk ada sedikit perasa.
- Susu rendah lemak - Susu juga baik untuk anda. Tapi susu ada kandungan karbohidrat yang tak sesuai untuk pesakit kencing manis. Carilah jenis yang rendah lemak, atau ditulis jenis 'skim'. Pastikan tak ada gula dan 2 cawan sudah mencukupi sehari.
Memang ada perubahan terutamanya kena minum semua minuman kosong tanpa ada gula. Tapi itu perkara enteng yang anda akan selesa bila dah terbiasa amalkan minuman sedemikian.
Yang petingnya perlu degil untuk ubah gaya hidup. Dapatkan maklumat lebih mendalam dari doktor anda supaya lebih yakin dan faham.
Nota: Kalau nak rasa sedap sikit minum air kosong tu, tambah sikit lemon atau limau kasturi atau herba yang sesuai. Bagi ada sedikit perasa supaya sedap.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !