Adakah anda masuk dalam kategori lelaki botak?
Secara jujurnya, cuba tanya apa perasaan anda yang sebenarnya? Rasa tertekan? Atau rasa ada kekurangan? Sedih sebab sering kali diejek atau dijadikan bahan lawak sesama kawan-kawan lelaki yang lain?
Kalau begitu yang anda rasa, ini satu berita yang amat baik dan menarik untuk anda.
Jangan nak sedih. Jangan nak habiskan duit cuba berubat untuk terbalikkan hakikat yang ranbut anda dah nipis dan menuju kepada kepala botak. Tak ada keperluan sedikitpun untuk buat semua itu. Membaziakan masa dan tenaga sahaja.
Maklumat tentang bagaimana jadi lelaki botak
Berdasarkan kajian, proses untuk menjadikan kebanyakan lelaki botak mengambil satu tempoh masa yang panjang. Tak sama dengan kes lelaki yang ke kedai gunting rambut untuk botakkan kepalanya. Kita bercakap tentang kepala botak sebab rambut menipis dan gugur sedikit demi sedikit sehingga membawa kepada keadaan kepala menjadi botak.Kebanyakan orang lelaki, bila masuk saja umur 35 tahun, 66% daripada orang lelaki akan gugur dan hilang sebahagian besar dari rambut di atas kepalanya.
Bila masuk saja umur 55 tahun, 90% daripada orang lelaki akan hilang kebanyakan dari rambut di kepalanya. Itu kajian yang dilakukan di barat sana. Samada sama atau tidak di negara kita terutamanya untuk orang Melayu, saya tak pasti. Entah ada kajian atau tidak dibuat di negara kita berkenaan lelaki yang botak kepala.
Biasanya tak ada kejian yang serius. Budaya buat kajian terhadap berbagai perkara bukan lagi jadi satu amalan biasa di Malaysia. Kajian pasal politik memang sangat banyak. Sokongan Melayu terhadap parti tertentu, dan seumpamanya sangat menarik perhatian kebanyakan orang.
Kajian dalam perubatan juga mungkin banyak. Untuk kenal pasti masalah penyakit, untuk benteras wabak penyakit dan sebagainya terpaksa dibuat untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.
Samada kes lelaki botak adalah penting atau tidak di Malaysia, saya rasa ramai yang boleh jawab. Tentu tidak sepenting kajian politik antara berbagai bangsa dan keturunan dan agama yang ada di Malaysia.
Walau apapun, saya andaikan apa yang berlaku di barat lebih kurang sama saja dengan di negara kita. Mudah sangat nak jumpa kat luar sana lelaki yang botak. Makin berumur, makin besar kemungkinan seseorang lelaki itu botak.
Apa perlu buat bila rambut makin nipis
Ada kawan-kawan seangkatan dengan saya yang jelas kelihatan rambut mula menipis. Paling ketara, pada bahagian depan atau bahagian tengah kepala. Kulit kepala akan lebih jelas kelihatan pada bahagian itu.Tapi ramai yang macam tak sedar atau tak mahu terima kepala dah mula ak botak. Apa yang mereka buat adalah dengan panjangkan bahagian rambut yang masih lebat, lalu disikat untuk menutup bahagian yang dah nipis itu.
Kononnya dengan berbuat demikian, rambutnya tidak kelihatan botak. Tapi hakikatnya, terima sajalah. Semua orang boleh nampak bahagian tertentu dah jelas botak.
Jadi, perkara terbaik yang anda boleh buat kalau kepala dah semakin jelas kelihatan kulit kepala tu, botak saja keseluruhan kepala tu. nampak lebih menarik dan hebat. Ini berdasarkan kajian dan bukan berdasarkan syok sendiri.
Biarlah kawan-kawan ejek atau buat lawak. Terima saja kenyataan dan biarkan mereka gembirakan hati mereka dengan lawak sedemikian.
Bahaya buat lawak pasal kepala botak
Saya antara orang yang masuk dalam kategori kepala botak. Mungkin keturunan samada dari sebelah bapak atau emak. Walaupun mak dan bapak masih sihat rambut mereka bila berumur, tapi mungkin gen kepala botak memang ada dalam susur galur keturunan mereka.Ada sekali jiran kampung yang lama tak jumpa buat-buat hairan bila menegur kepala saya yang dah botak. Saya memang sentiasa cukur kepala sejak awal 30-an lagi sebagai jalan mudah untuk tak perlu fikir pasal rambut yang dah mula menipis.
Jiran kampung tu bandingkan rambut atas kepalanya yang masih lebat dan hitam walaupun dia jauh lebih tua dari saya 20 ke 30 tahun.
Saya kata itu bukan kehendak saya. Apa yang Tuhan anugerahkan dalam gen saya, terpaksa saya terima dengan hati yang terbuka. Kalau dia tak puas hati, tanyalah sendiri pada Tuhan kenapa saya botak.
Dia terus terdiam tak tahu nak jawab apa.
Beza gemuk dan kepala botak
Dalam banyak kes lain ketika bersama saudara mara, mereka juga akan tembak isu kepala botak bila saya tegur keadaan diri mereka yang berlebihan gemuk.Teguran terhadap badan gemuk itu bukannya bermaksud ak buat lawak dan mengejek. Ianya lebih kepada cadangan untuk menjaga kesihatan badan dengan bersenam dan jaga jumlah makanan yang dimasukkan ke dalam perut.
Kesihatan perlu dijaga. Dan banyak bukti gemuk membawa kepada banyak maslaah kesihatan. Jadi eloklah kita saling tegur menegur pada orang yang kita ambil berat.
Namun begitu, ramai yang tak boleh terima nasihat supaya jaga berat badan dan berusaha untuk kuruskan badan yang gemuk tu. Bila tak boleh terima, mereka akan serang kepala botak saya yang menegur.
Bukan nak marah ejekan kepala botak. Tapi saya jelaskan pada mereka bahawa masalah gemuk dengan kepala botak ada 2 isu yang amat berbeza.
Gemuk boleh diusahakan untuk dikawal dengan menjaga makanan, jaga tidur dan banyakkan aktiviti fizikal. Kalau mereka tak buat semua itu, ertinya, gemuk itu adalah pilihan yang mereka sendiri buat. Walaupun memang ada juga kajian yang mengatakan gemuk juga adalah faktor gen. Tapi masih boleh dibahaskan samada boleh berusaha kawan gemuk atau tidak.
Masalah kepala botak pula adalah isu keturunan atau genetik. Tak sama dengan masalah gemuk. Nak berusaha macam mana lagi untuk hindari kepala botak akibat dari rambut yang mula menipis? Takkan nak tanam rambut palsu kot? tak perlulah buang duit macam tu. Lagipun botak memberikan impak yang positif kepada mereka yang alaminya.
Kelebihan lelaki botak berdasarkan kajian
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Frank Muscarella dari Florida’s Barry University, lelaki botak didapati lebih menarik berbanding lelaki yang lebat rambutnya.Dia buat kajian terhadap persepsi orang ramai terhadap dua keadaan.
Lelaki yang lebat rambutnya ditunjukkan pada satu kumpulan orang ramai dan diminta pandangan mereka terhadap lelaki tersebut dari segi daya tarikan, kelasakan, kejujuran dan daya intelektualnya.
Satu lagi kumpulan orang ramai ditunjukkan gambar leaki yang sama. Tetapi kali ini, gambar lelaki tersebut diubah dengan menggunakan teknologi koputer untuk menjadi seorang lelaki botak.
Hasil dari kajian mendapati, lelaki botak dinilai sebagai lebih menarik, lebih lasak, lebih jujur dan lebih bijak berbanding lelaki yang lebat rambutnya.
Jadi, jika anda seorang lelaki yang nipis rambutnya, botakkan saja kepala itu supaya kelihatan lebih lasak, lebih menawan, lebih jujur dan lebih bijak. Ini adalah pandangan secara tidak sedar yang tercetus dalam pemikiran orang ramai yang melihat dan berurusan dengan anda.
Ada banyak manfaatnya tu!
Jadi tak payah nak rasa kekurangan. Bersyukurlah!
Biarkan orang ejek nak buat lawak. Hakikatnya mereka yang ejek itu sendiri secara tak sedar menyimpan rasa hormat pada diri anda yang kelihatan sasa, tampan, jujur dan bijak !.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !