Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd (SDAC), satu-satunya pengedar Ford di Malaysia tentu makin seronok dengan perkembangan jualan Ford Ranger tahun lepas.
Jumlah jualan Ford Ranger sepanjang tahun 2018 naik sampai 19% berbanding jumlah jualan sepanjang tahun yang sebelum itu, 2017.
Nampaknya jumlah orang yang beli dan pakai Ford Ranger kat negara kita Malaysia setiap tahun makin bertambah dengan agak pantas. Jika berterusan macam ni, mungkin Ford Ranger akan menduduki tangga teratas pikap trak paling laris di Malaysia.
Pikap Paling laris terjual di Malaysia
Dengan meningkatnya jualan Ford Ranger kat Malaysia tahun lepas, agak-agaknya, Ford Ranger duduk nombor berapa dari segi jumlah jualan di negara kita?Kalau betul maklumat yang saya dapat dari sini, Ford Ranger berada di kedudukan nombor 4 dari segi jumlah jualan berbanding dengan jenis kenderaan yang sama dengannya kat Malaysia.
Kalau disusun ikut kenderaan pikap paling laris orang Malaysia pakai sekarang ini, susunannya akan jadi macam ni:
- Toyota
- Isuzu
- Nissan
- Ford
- Mitsubishi
Ford Ranger menang berbagai anugerah. Antaranya adalah seperti;
- "Pickup Truck of the Year” - Malaysia Car of the Year 2018
- "Pickup Truck of the Year” - DSF.my Allianz Vehicle of the Year 2018
- “Pickup Truck of the Year” - Carlist.my People’s Choice Awards dan Editors’ Choice Awards 2018
Toyota tetap jadi pilihan pembeli
Secara peribadi, saya memang suka Ford Ranger. Kalau tak ada lagi sebuah pikap atau 4x4 kat rumah tu, sudah tentu saya tak akan fikir panjang lagi untuk beli Ford ranger. Dapat pulak Ford Ranger Raptor!.
Tapi disebabkan dah pakai Toyota Hilux yang saya beli beberapa tahun sudah, takkan nak pi tukar pulak dengan Ford Ranger.
Tak ada apa-apa perbezaan sangat antara Hilux dan Ranger tu yang ketara. Ada lah sikit-sikit di sana sini dari segi penampilan, kesedapan memandu, ketahanan, keselamatan dan lain-lain lagi. Tapi sebagai pemandu amatur yang tak guna pikap secara maksimum, tak akan ada perbezaan yang ketara sangat.
Memang tak terasapun.
Apa yang paling terasa bagi seorang pengguna biasa yang bukan hardcore, adalah dari segi harga nak beli dengan harga nak menyara selenggara kenderaan yang anda dah beli.
Siapa yang pakai Hilux tentu tahu bahawa kos selenggara Hilux tu amat berpatutan. Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Nak selenggara juga amat mudah dan kualiti pusat servis Toyota kesemuanya memang sangat memuaskan.
Ramai yang bagi tahu kos selenggara Ford Ranger lebih mahal berbanding Hilux. Bila nak kena servis tau nak kena repair, sangat terasa berat hati nak keluarkan duit dari poket.
Jadi sebab itulah Toyota masih kekal jadi pilihan ramai !
Ford ranger byk di beli utk projek Rapid petronas di pengerang johor...kat sini saje beribu ford ranger..cuba tanya sime darby...
ReplyDeleteSebab? Ford ranger selama beberapa thn kat sini jarang kena curi...
Kalau hilux rasanya ada kena curi tiap2 minggu kut