Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 February 2019

Boleh kah orang kena penyakit kencing manis makan buah pisang?

  Ano Nyme       14 February 2019


Selalu saya dengar kawan-kawan yang dah kena kencing manis tak mahu makan pisang. Mereka tolak untuk makan buah pisang sebab takut memudaratkan kesihatan mereka yang dah tak berapa elok.

Kalau anda kena kena kencing manis, anda perlu jaga jumlah gula yang anda ambil dalam makanan. Hanya dengan cara mengawal pengambilan jumlah gula sahaja mampu membuatkan tubuh badan anda bertahan dari kesan kesihatan lain akibat kencing manis.

Oleh sebab buah pisang tu manis, maka kawan-kawan takut nak makan. Tapi betulkah pesakit kencing manis tak boleh makan buah pisang. Sedangkan umumnya orang sakit kencing manis digalakkan makan buah.

Untuk dapatkan jawapannya, saya buat pencarian sikit pasal buah pisang ni. Betul atau tidak betul orang kena diabetes tak boleh makan.

Kandungan karbohidrat dalam buah pisang

Tahukah anda bahawa 93% daripada kalori yang ada dalam buah pisang datang dari kandungan karbohidrat yang ada di dalamnya. Ertinya buah pisang ada banyak karbohidrat rupanya.

Karbohidrat yang ada dalam buah pisang itu ada dalam bentuk Gula, Kanji dan Serat.

Patut lah kawan-kawan elak kan diri dari makan buah pisang. Banyak karbohidrat daam bentuk gula rupanya. Memang karbohidrat akan membuatkan kandungan gula dalam darah akan naik lebih tinggi bila anda makan. Kalau makan nutrein lain kandungan gula dalam darah tak akan naik setinggi karbohidrat.

 Tetapi, dalam buah pisang, ada juga Serat.

Serat diketahui amat baik untuk dimakan oleh pesakit kencing manis. Serat ini dapat melambatkan proses pencernaan dan penyerapan karbohidrat ke dalam tubuh badan. Ini dapat membantu menghalang kenaikkan tahap gula secara mendadak di dalam darah.

Itu amat bagus untuk pesakit kencing manis.

Adakah pisang buatkan gula naik dalam darah

Biasanya, untuk tahu samada makanan yang banyak kandungan karbohidrat itu memberi kesan kepada level gula dalam darah, anda boleh lihat pada bacaan Glycemic Index atau GI. Bacaannya adalah dari 0 ke 100 dan dipecahkan dalam 3 kategori.
  • Kurang dari 55 - Rendah
  • Antara 56 ke 69 - Sederhana
  • Lebih dari 70 - Tinggi
Dari bacaan di atas anda boleh tahu samada buah pisang akan buatkan gula naik dalam darah cepat, sederhana atau tinggi.

Untuk maklumat anda, buah pisang sebenarnya duduk dalam kategori Rendah atau Sederhana sahaja dalam menyumbang kenaikkan level gula dalam darah.

Sama da buah pisang yang anda makan itu masuk kategori rendah atau sederhana pula bergantung pada tahap masak buah pisang yang anda makan.

Semakin masak ranum buah pisang tu, makin mudah ia menyumbang kenaikkan level gula dalam darah anda. Namun begitu, kadarnya masih ditahap sederhana.

Jadi rumusannya: Buah pisang walaupun memang ada banyak karbohidrat, ia tidaklah menyumbang kepada kenaikkan gula dalam darah secara mendadak. Gula akan di cerna dan di serap secara perlahan-lahan bila anda makan buah pisang.

Makan pisang tak berapa masak

Makin muda hijau buah pisang, makin banyak kandungan kanji.

Sama juga macam fiber, kanji ini membuatkan proses pencernaan karbohidrat jadi lambat dan proses penyerapan gula juga jadi perlahan-lahan. Ia dapat bantu menghalang gula naik dalam darah secara mendadak.

Kandungan kanji yang banyak ini ada satu lagi manfaat untuk tubuh badan anda. Ia memberi sumber tenaga kepada bakteria baik yang ada dalam usus anda. Ini akan bantu tingkatkan kesihatan metabolisme dan kecekapan kawalan gula dalam darah juga. rujuk sini.

Kandungan kanji yang ada dalam buah pisang muda atau tak berapa masak itu didapati amat baik untuk pesakit kencing manis. Ia juga didapati perbaiki kepekaan insulin dan lain-lain lagi. Rujuk maklumat di sini dan sini.

Pisang macam mana nak makan

Satu lagi faktor yang menentukan kandungan karbohidrat dalam buah pisang adalah saiz buah piang itu sendiri. Makin kecil saiz buah pisang, makin kurang kandungan karbohidratnya.

Jadi kalau anda suka buah pisang dan dalam masa yang sama ada kencing manis, tak perlu risau lagi. Anda boleh makan buah pisang dalam kuantiti yang sedikit. Pilihlah buah pisang yang ..
  • Saiznya kecil. Jangan makan yang besar sebab lagi besar lagi tak bagus. Kalau anda suka buah pisang  Berangan, pilih yang kecil saiznya.
  • Kurang masak. Jangan makan yang masak ranum sebab lagi muda lagi bagus. Kalau beli pisang berangan, pilih yang baru masak atau baru bertukar dari hijau ke kuning. Lebih banyak hijau lebih baik
Lagipun pisang ada fiber, potassium, Vitamin B6 dan Vitamin C. Pisang juga ada antioksidan dan banyak lagi kompoun lain yang bagus untuk kesihtan. Jadi elok sangat makan buah piang tu.

Kalau anda masih tak ada kencing manis, sudah tentu lebih baik lagi untuk makan pisang secara sederhana. Makanlah buah keluaran tempatan !!!.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Boleh kah orang kena penyakit kencing manis makan buah pisang?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Pisang tanam sendiri belakang rumah..adalah yang paling baik

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !