Adakah anda kerap minum air setiap hari?
Ada orang yang tak ambil peduli sangat pasal minum air ni. Al-maklumlah negara kita kaya dengan air. Kebanyakan tempat di negara kita punya sumber air yang bersih untuk digunakan buat minum.
Sistem air bersih yang disalirkan di seluruh negara di setiap negeri memang perlu dipuji. Perlu bersyukur sangat dengan apa yang pemerintah kita buat selama ini untuk rakyat Malaysia. Itulah yang saya nampak sejak kanak-kanak dulu.
Kalau pi jalan kat manapun terutamanya di bandar dan pinggiran bandar di seluruh negara kita, sumber air amat mudah dan mewah. Semua itu membuatkan kita ambil mudah pasal bab kewujudan air bersih serta kepentingan minum air ni.
Kalau tak mahu minum air paip yang biasanya ada sedikit perbezaan dari segi rasa di setiap negeri yang berbeza, anda boleh beli air botol dengan harga yang amat murah. Berhenti kat R&R di mana-mana lebuhraya, anda boleh beli 2 liter air untuk disimpan dalam kenderaan buat minum ketika memandu.
Disebabkan benda air ni amat mudah kat negara kita, maka ada orang ambil mudah. Tak perhatikan jumlah atau kekerapan minum air untuk kesihatan tubuh badan. Sebab ramai tahu bila nak air, mudah saja nak dapatkan. Sampai lupa dan tangguh untuk minum air.
Walau macam manapun, air memang satu anugerah buat rakyat Malaysia sekarang.
Bersyukurlah!
Berapa banyak kena minum air sehari
Agak-agaknya, berapa banyak yang air yang anda perlu minum setiap hari ya?Pakar ada cadangkan jumlah air yang sepatutnya diminum oleh setiap orang berumur melebihi 19 tahun. Jumlahnya berbeza untuk lelaki dan wanita.
Kalau anda seorang lelaki lebih 19 tahun, jumlah air yang anda kena minum sehari adalah sebanyak 3.7 liter. Dalam 15 ke 16 cawan sehari.
Kalau anda seorang wanita yang lebih dari 19 tahun pula, jumlah air sebanyak 2.7 liter sudah mencukupi. Lebih kurang 11 ke 12 cawan sahaja sehari.
Rujuk maklumatnya kat sini.
Baik ke tak kalau minum air sejuk
Ada banyak kepercayaan yang minum air sejuk dari peti ais tu tak bagus untuk tubuh badan. Saya selalu juga dengar tentang nasihat macam tu.Tapi betul ke macam tu?
Bila saya buat carian maklumat, sebenarnya, kebanyakan sangkaan tentang buruknya minum air sejuk tu tak ada asas atau bukti kajian saintifik sangat.
Samada air suam atau air sejuk gedik, kedua-duannya ada baik dan tak baiknya. Bergantung kepada keadaan.
Kajian menunjukkan kalau anda minum air sejuk gedik, cecair pada saluran pernafasan anda akan jadi lebih pekat dari biasa. Jadi, kalau anda selsema atau hidung tersumbat. Minum air sejuk memang tak berapa digalakkan. Rujuk maklumatnya kat sini.
Kalau anda ada masalah migrain juga, tak bagus untuk minum air sejuk. Ada kajian yang menunjukkan orang migrain yang minum air sejuk akan lebih teruk lagi migrain mereka. Rujuk maklumatnya kat sini.
Walau bagaimanapun, minum air suam memang jauh lebih bagus dari minum air sejuk. Terutamanya selepas makan. Ia dapat bantu pencernaan dan percepatkan proses buang tosik dari dalam badan.
Minum air suam juga melegakan rasa dahaga dengan lebih bagus berbanding minum air sejuk. Tapi waspada sikit sebab bila minum air suam, anda cepat rasa hilang dahaga sedangkan mungkin jumlah air masih tak cukup maka anda berhenti minum. Tak bagus juga kalau macam tu.
16 sebab kenapa air penting
Kenapa agaknya kerajaan ambil berat pasal mengadakan sumber air bersih yang mencukupi buat rakyat Malaysia?Sudah tentu ada banyak sebabnya. Buat mandi, buat basuh dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Yang paling penting adalah untuk bekalan minuman semua orang. Anda perlu sedar betapa pentingnya minum air ni. Jadikan amalan untuk sentiasa pastikan tubuh badan ada bekalan minuman yang mencukupi setiap hari.
- Bantu pembentukan air liur - Air liur sangat penting untuk anda. Biasanya, kalau anda minum air yang mencukupi, badan akan keluarkan air liur yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda.
- Bantu kawal suhu badan - Bahaya kalau air kering dalam badan atau dihidrasi. Badan anda berpeluh untuk kekalkan tahap suhu badan yang sesuai. Bila berpeluh, air berkurangan. Kalau anda tak gantikan semula, suhu badan akan naik. Jadi minum air kalau anda banyak berpeluh.
- Melindungi tisu, saraf tunjang dan sendi - Pengambilan air yang mencukupi bantu melicinkan sambungan sendi, sarah tunjang dan tsu badan. Ini akan melegakan pergerakan dan aktiviti seharian anda.
- Melancarkan perkumuhan - Air bantu segala aktiviti perkumuhan dalam badan anda dari berak berpeluh sampai kencing semuanya perlukan air yang mencukupi supaya ianya lancar dan cekap.
- Maksimumkan prestasi aktiviti fizikal - Kalau anda buat banyak aktiviti fizikal, perlu banyak minum air untuk elak dihidrasi. Air kering akan buatkan keupayaan fizikal anda berkurangan.
- Elak sembelit - Makan makanan banyak fiber saja tak cukup untuk elak sembelit. Anda perlukan air yang mencukupi juga untuk berak dengan selesa.
- Bantu pencernaan - Minum air sebelum, semasa dan selepas makan akan bantu pemecahan makan yang anda makan jadi lebih cekap dan mudah.
- Bantu penyerapan nutrien - Air juga diperlukan untuk larutkan segala zat dan vitamin dari makanan yang anda ambil.
- Bantu kurangkan berat - Kalau anda nak kuruskan atau nak kurangkan berat badan, air adalah jawapannya. Minum banyak air sebelum makan dan ketika bersenam akan bantu anda kurus dengan mudah dan pantas.
- Bantu pengedaran oksigen darah - Air bantu bawa segala nutrien dan oksigen mengalir ke seluruh badan anda. Dengan jumlah air yang mencukupi, aliran darah akan jadi lebih lancar dan cekap.
- Bantu lawan penyakit - Air dapat bantu beberapa penyakit seperti sembelit, batu karang, tekanan darah tinggi dan lain-lain. Air juga bantu penyerapan mineral, nutrien dan vitamin agar anda sentiasa sihat.
- Bantu tingkatkan tenaga - Dengan minum air mencukupi, metabolisma anda akan meningkat. Ini akan bantu tingkatkan tenaga anda. Kajian mendapati, dengan minum air 500 mililiter, metabolisma akan naik sebanyak 30%. Kesan itu kekal sehingga sejam lamanya.
- Bantu keupayaan kognitif - Air yang mencukupi amat diperlukan untuk tingkatkan keupayaan kognitif anda. Kurang air dalam badan akan beri kesan kepada keupayaan daya tumpuan, ingatan jangka pendek dan kepekaan diri.
- Timbulkan mood baik - Mood anda juga akan ada kesan kalau kurang air. Kekurangan air akan buatkan anda rasa risau, keliru dan keletihan.
- Cantikkan kulit - Minum air yang mencukupi akan kekalkan jumlah air pada kulit. Ini akan menggalakkan pengeluaran kolagen.
- Elakkan dehidrasi - Jangan sampai badan anda hilang banyak air. Risikonya sangat tinggi. Anda boleh jadi sawan, otak boleh bengkak dan buah pinggang juga akan rosak jika dibiarkan berterusan. Jadi minum air dengan mencukupi untuk elakkan masalah berat tu.
Kalau anda ada orang tua, perhatikan jumlah air yang dia ambil setiap hari. Pujuk dan pastikan dia tak mengelak dari minum banyak air. Ini akan bantu jaga tahap kesihatannya supaya lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !