Malaysia punya kadar pesakit diabetes atau kencing manis paling tinggi di Asia ! itu fakta yang semua orang perlu ambil tahu.
Semenjak dua menjak ni, saya jumpa ramai kawan-kawan yang dah terkena masalah diabetes. Ada yang masih muda dan ada yang sebaya dengan saya.
Itu bukanlah satu berita yang mengejutkan kalau dilihat pada fakta yang negara kita punya kadar diabetes paling tinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia.
Itu belum lihat lagi pada jumlah mereka yang ada masalah prediabetes.
Apa dia prediabetes tu?
Dari namanyapun dah boleh agak. Ia merupakan satu keadaan yang bakal membawa kepada sakit kencing manis. Kalau tak jaga, alamat tak lama lagi akan kena diabetes. Biasanya, dalam 70% dari mereka yang ada masalah prediabetes akan kena diabetes.
Pada akhir artikel ini, akan saya kongsikan panduan macam mana anda boleh kenal pasti jika anda ada masalah prediabetes.
Memandangkan betapa seriusnya kes diabetes tu. Elok juga untuk anda mula ambil tahu bagaimana nak jaga diri dari terkena masalah diabetes. Paling tindakpun, tangguhkan masa terkena masalah tersebut.
Jangan sampai kena masa awal muda. Tak indah hidup jadinya kalau kena kencing manis awal-awal.
Samada anda dah kena diabetes. Atau dah ada warning melalui prediabetes, hidup masih boleh jadi normal semula kalau anda jaga apa yang masuk ke dalam perut anda tu.
Berikut adalah 11 makanan dan minuman yang perlu anda elak untuk kekalkan kesihatan walaupun ada masalah diabetes. Dan paling penting, kalau dah ada prediabetes, dengan mengelak dari makanan dan minuman tersebut, anda boleh cuba elakkan dari jadi diabetes.
11 makanan dan minuman perlu elak
Kita semua perlukan makanan untuk hidup. Bekalan tenaga kita biasanya akan dibekalkan oleh samada Karbohidrat, Protein atau Lemak. Ketiga-tiga sumber itu merupakan makronutrien yang mampu bekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.Dalam ketiga-tiga sumber makronutrien tu, pesakit kencing manis perlu berjaga-jaga dengan Karbohidrat. Ini disebabkan karbohidrat akan berikan kesan paling besar terhadap jumlah gula dalam darah.
Karbohidrat akan dipecahkan kepada gula atau glukos dan diserap masuk ke dalam darah anda. Karbohidrat boleh didapati pada makanan berkanji, gula atau fiber. Dalam kesemua tu, karbohidrat dari makanan berserat atau fiber paling selamat untuk di makan.
Cara tubuh badan proses karbohidrat dari makanan berserat tak sama dengan yang lain. Jumlah gula dalam darah tak akan naik kalau anda makan makanan berserat. Jadi tak bahaya untuk pesakit kencing manis.
Tapi kalau anda belasah karbohidrat dari sumber gula atau makanan berkanji. Kalau masuk banyak sangat dalam perut tu dalam satu masa, ia akan naikkan gula dalam darah jadi tinggi. Ini boleh beri kesan bahaya membawa kepada risiko terkena masalah jantung, masalah buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan yang bahaya.
Oleh itu, kawal jumlah karbohidrat yang anda makan. Ini mampu mengawal masalah kencing manis yang sedang anda hadapi.
Berikut ialah makanan yang elok untuk anda elak atau kurangkan jika anda ada masalah diabetes atau masalah prediabetes.
- Minuman manis bergula - Elakkan terus dari minum segala minuman yang manis ada gula. Paling tak guna ialah minuman tin bersoda yang manis-manis belaka kat pasaran tu. Dalam minuman tin tu pulak ada fructose. Ia berkait rapat dengan masalah 'insulin resistance' dan diabetes. Ia juga menyumbang kepada perut boroi, kolestrol dan triglycerides yang tinggi. Minum saja air kosong atau teh kosong, lagi bagus. rujuk sini dan sini
- Trans Fat - Bahan ini banyak digunakan dalam industri buat makanan. Margerin, mentega, mentega kacang, krimer dan lain-lain seumpamanya memang ada trans fat. Banyak juga makanan segera dan kek atau muffin umpamanyayang dibubuh trans fat untuk tahan lama. Baca ingrediant pada makanan yang anda beli. Kalau tertulis "partially hydrogenated", tak payah ambil. rujuk sini
- Nasi putih, pasta dan roti putih - Kesemua makanan tu tak ada banyak fiber. Makan nasi, pasta atau roti putih akan tingkatkan tahap gula dalam darah anda. Kalau nak makan roti, elok cari roti yang tinggi kandungan fiber. rujuk sini
- Yogurt berperisa buah - Kalau anda suka makan yogurt, elakkan dari makan yang ada perisa buah-buahan. Ada banyak gula dalam yogurt jenis tu. Makanlah yogurt kosong saja yang memang bagus untuk kesihatan anda. rujuk sini
- Bijirin sarapan - Banyak dakwaan kononnya bijirin atau cereals tu bagus untuk sarapan. Hakikatnya, ada banyak karbohidrat kat cereals tu. Terlalu sikit kandungan protein pada kebanyakan cereals. Kalau ada diabetes, elok tak payah makan lah bijirin tu. Pilihlah sarapan yang tinggi kandungan protein dan rendah karbohidrat. rujuk sini
- Kopi berperisa - Kopi asli memang bagus. Tapi kalau ada perisa tambahan elok elakkan saja. Contohnya seperti perisa caramel frappuccino dari Starbucks, 454 ml minuman tu ada 67 gram karbohidrat. Minum saja kopi kosong asli. rujuk sini
- Madu atau sirap maple - Mungkin anda elak dari ambil gula putih, bagus dah tu. Tapi ganti manis dengan cecair manisan semula jadi seperti madu atau sirap maple. Sebenarnya, madu atau sirap maple tu tinggi kandungan karbohidratnya. Silap hari bulan, lebih tinggi dari gula putih. rujuk sini. Lihat fakta kandungan karbohidrat kat bawah ni:
- Gula putih: 12.6 grams
- Agave nectar: 16 grams
- Honey: 17 grams
- Maple syrup: 13 grams
- Buah kering - Kandungan karbohidrat pada buah yang dikeringkan biasanya lebih tinggi sampai 3 kali ganda berbanding buah segar. Jadi elakkan makan buah kering macam kismis umpamanya. Lebih bagus makan yang segar dan rendah kandungan karbohidratnya. rujuk sini
- Jajan - Apa saja makanan snek jajan elok tinggalkan saja. Kandungan karbohidratnya biasanya lebih tinggi dari yang dinyatakan pada label. Dari makan segala snek crackers, lebih baik makan kekacang atau sayur saja. rujuk sini
- Jus buah - Jus buah nampak macam bagus. Tapi walaupun tak dicampur dengan gula, jus buah sebenarnya tinggi kandungan gula dan ada fructose juga. Jadi kalau nak minum seumpamanya juga, minum saja air kosong dimasukkan sepotong lemon. Jauh lebih bagus. Rujuk sini
- French fries - Kalau anda suka pergi McD makan kentang gorengnya yang memang sangat enak, elok elakkan terus bermula dari sekarang. Kandungan karbohidratnya memang tinggi. Kentang biasa saja dah ada banyak karbohidrat. Kalau digoreng dalam minyak pulak akan tambah lagi tak bagusnya. Makanan yang digoreng dengan minak pada umumnya memang tak berapa bagus. rujuk sini
Macam mana nak tahu ada prediabetes
Kalau nak tahu samada anda ada prediabetes atau tidak, kena pergi jumpa doktor buah ujian darah. Anda perlu puasa 8 jam kemudian ambil darah untuk uji plasma glucose.
- Normal kalau gula dalam darah kurang dari 100
- Prediabetes kalau gula dalam darah antara 100-125
- Diabetes kalau gula dalam darah lebih dari 126
Selepas puasa 8 jam, buat ujian kat atas tu, kemudian anda minum minuman manis melecas. Selepas 2 jam buat ujian darah sekali lagi.
- Normal kalau gula dalam darah kurang dari 140
- Prediabetes kalau gula dalam darah antara 140-199
- Diabetes kalau gula dalam darah lebih dari 200
Kalau takut ada prediabetes atau mungkin diabetes, elok pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan. Elok tahu daripada terus tak ambil tahu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !