Ini memang satu berita yang amat baik untuk umat manusia di muka bumi sekarang!
Saintis telah berjaya temui teknologi yang mudah dan berkesan untuk tukarkan Karbon Dioksida (CO2) yang banyak kat udara sekarang kepada ketulan arang keras.
Sebelum ini, untuk tukarkan CO2 kepada ketulan arang keras memerlukan tenaga haba yang amat tinggi. Cara tersebut tidak berkesan dari segi kos dan tak boleh dilaksanakan dalam perindustrian biasa sebab kosnya mahal.
Tapi dengan cara baru, dengan kos yang berkesan dan boleh dilakukan dengan mudah, CO2 boleh dikurangkan dari udara di bumi.
Ini satu berita baik untuk mereka yang risau dengan keadaan mukabumi yang semakin lama semakin panas. Sasaran yang dibuat oleh UN adalah untuk kurangkan jumlah CO2 dari udara sebanyak 100 billion ke 1 Trillion Tan Metrik menjelang pertengahan abad ini. Jika jumlah itu berjaya, bumi dapat mengelak dari berlakunya keadaan cuaca bahang panas yang teruk.
Dan dengan teknologi baru yang berjaya ditemui para saintis itu, nampaknya usaha tersebut boleh dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Penemuan tersebut dilakukan oleh saintis dari RMIT University di Melbourne.
Anda boleh maca maklumatnya dari sini untuk faham macam mana santis buat semua kerja tukarkan CO2 di udara kepada arang keras tu.
Guna semula ketul arang untuk tenaga
Banyak juga perkara lain yang boleh dilakukan daripada ketulan arang yang terbentuk hasil dari proses tukar CO2 kepada arang tersebut.Hasil sampingan dari proses tersebut adalah sejenis bahan bakar sintetik. Ianya boleh dijadikan bahan tenaga untuk kegunaan industri.
Selain dari itu, bahan ketulan arang yang terhasil itu boleh juga digunakan sebagai bahan penyimpan charge letrik yang bertindak sebagai 'supercapasitor'. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai salah satu dari komponen kenderaan di masa hadapan.
Macam-macam ilmu ditemui
Keupayaan manusia menggunakan akal mereka dalam dunia zaman sekarang sangat ajaib. Macam-macam manusia reka untuk cuba selesaikan segala masalah yang mereka sendiri buat.Tak terbayangkan dek akal orang biasa untuk cari jalan tukarkan gas CO2 yang banyak kat udara tu kembali kepada ketulan arang. Tapi saintis terus menerus belajar dan belajar untuk memahami segala kejadian alam yang dicipta oleh Tuhan.
Perubahan kepada kemajuan dalam dunia sekarang berlaku amat pantas. Dalam satu buku yang saya baca, penganalisi teknologi berkata bahawa dunia sedang masuk dalam era perkembangan teknologi yang bergerak secara eksponen (exponential).
Bagi orang yang faham ilmu matematik, boleh bayangkan pergerakan perkembangan secara eksponen itu. Ia adalah satu pergerakan menaik bermula secara perlahan mendatar, naik sikit-sikit, dan pada satu tahap akan mula bergerak naik secara laju secara menegak.
Saintis berpendapat bahawa era sekarang, kita sedang berada pada titik mula untuk kenaikan secara mendatar. Ertinya, tak lama lagi, perkembangan dan kemajuan akan bergerak tersangat laju yang tak pernah kita bayangkan dalam masa yang sangat pantas.
Contohnya, kalau hari ini, seorang saintis berjaya cipta kenderaan yang boleh bergerak dengan selamat sepantas bunyi, dalam masa 3 atau 4 bulan kemudiannya, kenderaan selamat yang boleh bergerak sepantas 2 atau 3 kali kelajuan cahaya akan menyusul pulak.
Sudahkan anak-anak dan cucu-cucu kita bersedia agaknya?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !