Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 March 2019

Pemandu Grab lelaki Cina kahwin dengan wanita warga Indonesia

  Ano Nyme       24 March 2019

Pernah dengar sebelum ini pemuda berbangsa Cina negara kita berkahwin dengan wanita warga Indonesia?

Bagi saya, ini kali pertama saya dengar. Malah saya dengar sendiri dari mulut pemuda Cina tersebut. Dia sendiri yang mengaku bahwa isterinya warga Indonesia. Mereka dah mendirikan rumah tangga lebih dari 3 tahun.

Kalau cerita orang lelaki Cina negara kita pakat kahwin dengan warga Vietnam, itu dah selalu sangat dengar. Kat aman saya tinggal sekarang pun ada beberapa pasangan suami isteri yang macam tu. Laki Cina, isterinya pula seorang wanita warga Vietnam yang cantik.

Pemuda Cina kahwin wanita warga China

Orang lelaki Cina negara kita kahwin dengan perempuan warga China juga memang dah lama saya dengar. Anak tokeh Kedai Ah Nyuk kat kampung saya dulu dah lama buat. Masa tu saya masih sekolah dan sering ulang alik lalu kedai Ah Nyuk.

Setiap kali nak ke Pekan Penanti, saya akan ambil jalan pintas dari jalan belakang kat kampung Penanti tu. Kampung Penanti dengan Pekan Penanti hanya dipisahkan oleh deretan bangunan kedai lama menempatkan beberapa kedai kepunyaan majoritinya peniaga berbangsa Cina.

Untuk masuk ke Pekan, terus ke jalan utama yang membariskan deretan kedai-kedai yang beraneka jenis di Pekan penanti tu, saya akan ikut pintu belakang kedai Ah Nyuk. Itu saja kedai yang sentiasa terbuka untuk laluan para pelanggannya.

Kedai Ah Nyuk tu merupakan sebuah kedai Kopi Cina yang dikunjungi oleh majoriti pelanggan dari kalangan orang Melayu sekitar khariah Kubang Semang masa dulu. Paling kerap dan duduk lama dalam kedai tu adalah para peminat Mahjung.

Ah Nyuk sediakan bilik khas untuk peminat permainan Mahjung di belakang kedainya. Ramai orang Melayu, lelaki, yang taik Mahjung kat situ. Dari yang muda sampai ke tua pandai main Mahjung kat situ. Macam mana mereka baca segala tulisan cina kat buah Mahjung tu satu perkara yang saya kagum.

Saya lalu dari pintu belakang kedai Ah Nyuk tu saban hari dari kecil sekolah rendah sampai sekolah menengah. Anak Ah Nyuk ada dua orang lelaki. Seorang yang adik lebih kurang sebaya dengan saya. Dia ada abang yang jauh lebih tua yang saya tengok kadang kala bancuh kopi untuk pelanggan.

Satu hari, bila saya lalu, kelihatan seorang wanita muda yang cantik, putih melepak ada kat kedai tu. Wanita muda cina tu kelihatan membantu menguruskan kedai Ah Nyuk. Bila siasat tanya, baru saya dapat tahu yang anak Ah Nyuk dah kahwin dengan waniat dari negeri China.

Wanita itu sentiasa senyum. Dia lansung tak faham bahasa Melayu masa tu.

Semua itu imbasan zaman silam masa saya muda remaja. Sekarang hampir semua deretan kedai tu dan tditumbuhi belukar. Sejak pekan Penanti terbakar, pekan itu sudah idak dipulihkan lagi. Dengar kata memang sengaja di buat macam tu sebab tak berbaloi untuk dipulihkan. Semua pemilik kedai dan bangunan tu terikat dengan perjanjian sewa yang gila-gila murah. Itulah yang saya dengar, tapi tak pernah siasat untuk mengesahkannya.

Naik Grab pemandu Cina kahwin wanita Indonesia

Baru-baru ni saya pergi hantar kereta servis. Oleh kerana ada banyak benda nak kena buat, saya tinggalkan saja kereta kat Nissan Servis Center tu untuk 2 hari. Berikan masa yang mencukupi untuk mereka kenal pasti segala masalah yang ada dan kembalikan keadaan kereta saya supaya sedap kembali untuk dipandu.

Sekarang semuanya mudah. Selepas selesai mengadap Servis Advisor dan berikan kereta saya pada mereka, saya terus buka Apps Grab. Tekan tik tok tik tok, isi destinasi .. kelihatan update dari Apps Grab tu yang sebah kenderaan sedang datang menuju ke tempat saya tunggu.

Siap ada nombor kenderaan dan nama pemandunya sekali. Saya lihat tertera nama Cina pada Apps Grab tu.

Sebaik saja sampai saya terus masuk. Macam biasa saya mula temuramah pemandu Cina tu dengan soalan yang sambung menyambung. Kelihatan dia tak kisah menjawab semua soalan saya sambil tangannya yang pakai gelang tasbih kayu hitam besar tu memusing streeng kiri dan kanan.

Saya perasan kebanyakan lelaki Cina yang kuat anuti ajaran Buddha selalu suka pakai tasbih macam tu di pergelangan tangan mereka.

Pemuda Cina tu dah lebih 2 tahun bawa Grab. Sebelum ini dia kerja kilang katanya. Tapi tak seronok dengan mainan politik kerja kilang. Boss yang lebih banyak jaga kepentingan diri sendiri dari kebajikan orang bawah menambahkan meluatnya.

Akhirnya dia berhenti dan bawa Grab. Ada kebebasan katanya. Duitpun boleh tahan juga. Walaupun sekarang rata-rata pendapatan pemandu Grab katanya semakin mencabar. Mungkin terlalu ramai yang bawa Grab membuatkan persaingan lebih sengit untuk mendaparkan pelanggan.

Bila saya tanya pasal kahwin, dia kata dah lebih 3 tahun mendrikan rumah tangga dengan 2 orang anak. Isterinya suri rumah sepenuh masa. Dan paling megejutkan saya bila dia kata isterinya berbangsa Indonesia !.

Saya teruja dan bertanya sapa nama isterinya.

Tapi dia nampaknya rasa pelik tak mahu jawab. Dia rasa nama isterinya adalah soalan peribadi. Kenapa saya nak ambil tahu. Saya baru perasan ada orang yang anggap memberitahu nama Isteri adalah sesuatu yang amat peribadi. Jadi saya tak paksa untuk dia jawab.

Bila dia tanya kenapa saya nak tahu nama isterinya. Saya terangkan sebab berminat nak tahu macam mana bunyi nama wanita indonesia yang sudai kahwin dengan orang Cina Malaysia. Dia kata itu bukanlah benda pelik sebab walaupun isterinya warga Indonesia, tapi hakikat sebenar isterinya berbangsa Cina juga.

Cuma nama mereka saja wajib pakai nama Indonesia. Mereka pakai nama Kristian kata Pemuda Cina itu. memang isterinya beragama Kristian. Ayah isterinya pula menganut agama Buddha.

Memang kat Indonesia, satu keluarga boleh campur caca merba dengan berbagai agama. Pancasila amalan negara itu membolehkan semua itu berlaku tanpa masalah.

Bila saya tanya apa bahasa pertuturan mereka kat rumah, pemuda Cina itu jawab campur. Bahasa Melayu dan Cina. Isterinya masih boleh cakap Cina sikit-sikit katanya. Tapi dia lebih fasih dan selesa cakap Bahasa Indonesia, maka itulah bahasa dalam rumah mereka bercampur aduk.

Itu memang satu pengalaman menarik yang saya jumpa ketika naik Grab baru-baru ini. Mungkin itu juga satu penanda yang orang Cina negara kita sendiri terutamanya yang lelaki sama tertekan dengan kehidupan mereka sekarang.

Yang lelaki sudah tentu tertekan dengan masalah kos kahwin yang tinggi. Wanita Cina Malaysia sudah tentu lebih suka pilih lelaki Cina yang stabil dan kuat tarah ekonominya. Membuatkan lelaki cina yang miskin terpaksa cari wanita dari negara luar untuk dijadikan pasangan hidup mereka.

Nota: Gambar hanya hiasan ..
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pemandu Grab lelaki Cina kahwin dengan wanita warga Indonesia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !