Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 March 2019

Tanda-tanda yang anda perlu tahu bila badan kurang air dan perlu minum

  Ano Nyme       22 March 2019

Cuaca panas sekarang memang sangat terasa. Bukan saja waktu siang. Malah waktu malam juga bahang panas masih tetap terasa.

Bagi anda yang tak ada pasang pendingin hawa kat rumah tu, memang rasa lemas duduk dalam rumah. Nak tidur waktu malam agak mencabar juga bila badan melekit panas sebab berpeluh.

Buat mereka yang dah biasa hidup dalam keadaan panas tanpa pendingin hawa kat rumah mungkin masih boleh tahan. Tapi bagi mereka yang dah manja, sentiasa duduk dalam bilik sejuk ada aircond sejak kecil sampai besar, cuaca sekarang boleh membuatkan jiwa jadi rimas tak tenteram.

Selain dari rasa panas tak selesa, ada satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian. Badan kekurangan banyak air tanpa disedari.

Air sangat penting untuk tubuh badan berfungsi dengan baik. Anda boleh baca artikel tentang pentingnya air yang mencukupi dalam badan kat sini.

Tanda-tanda badan kurang air

Berikut saya kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan badan anda kekurang air. Anda perlu ambil tahu dalam keadaan cuaca bahang panas yang tak tahan sekarang supaya tak leka dari minum air yang mencukupi supaya tak datang masalah yang lebih besar.

  1. Rasa dahaga - ini tanda asas yang semua orang boleh dapat kesan dengan mudah. Bila rasa dahaga tu, segeralah cari air dan minum. Tak kisah samada air panas atau air sejuk. Jika anda minum air panas, dahaga akan cepat hilang berbanding jika minum air sejuk. Oleh itu, elok minum air biasa yang tak panas dan tak sejuk supaya tak cepat rasa hilang dahaga sedangkan jumlah air masih tak mencukupi.
  2. Mulut kering - Ini satu lagi tanda yang badan anda kekurangan air. Bila mulut kering, terasa perit. Susah nak telan air liur. Segera minum air kalau jadi macam tu.
  3. Rasa letih dan mengantuk - ini juga salah satu tanda yang badan anda kekurangan air. Bila leka dok buat kerja kat pejabat sampai terlupa minum air dari pagi sampai petang, anda akan rasa letih dan mengantuk. Jangan leka. Sentiasa sediakan air kosong dalam botol kat atas meja tu untuk minum. 
  4. Kurang kencing - Bila anda perasa lama sangat tak pergi bilik air nak kencing, itu juga boleh jadi satu tanda air dalam badan berkurangan.
  5. Kencing sikit dan warna lebih kuning - kalau anda buat air kecil yang sikit dan warnanya pula kuning pekat lebih dari biasa. Itu juga tanda yang badan anda dah kekurangan air.
  6. Rasa sakit kepala - kepala rasa sakit berdenyut tak pasal-pasal. Itu juga boleh jadi satu tanda badan dah kurang air.
  7. Kepala pusing - Kalau kepala rasa berpusing atau orang putih panggil 'Dizzy', juga boleh jadi satu tanda yang badan kekurangan air.
  8. Kulit kering - Cuba tengok kulit pada tangan anda tu. Kalau nampak kering teruk tu, juga boleh jadi satu dari tanda yang badan kurang air.
  9. Mata kering - Kalau anda rasa mata perit kurang atau tak ada air, itu juga boleh jadi satu dari tanda yang badan kurang air.
Biasanya doktor buat 3 kategori untuk masalah kurang air dalam badan ni.

  • Ringan
  • Sederhana
  • Teruk
Jangan buat main-main dengan masalah kurang air dalam badan ni. Kalau kes teruk kurang air boleh membawa padah kalau tidak segera dipulihkan.

Biasanya orang yang demam panas kuat boleh kehilangan banyak air dalam badan. Begitu juga jika anda terdedah kepada cuaca panas yang berlebihan. Macam keadaan cuaca sekarang, anda perlu ambil langkah berjaga-jaga dan banyakkan minum air.

Tambah lagi kalau anda bersenam atau bersukan dengan kuat dalam keadaan cuaca panas sekarang ni. Boleh hilang banyak air dalam badan tu. Tak payah nak teruk-teruk bersukan sangat dalam keadaan cuaca panas ni. Lebih selamat.

Bagi orang yang kena masalah keracunan sampai muntah tak berhenti atau cirit birit tak henti juga boleh hilang banyak air. Segera minum air mineral banyak-banyak kalau do muntah atau cirit banyak untuk gantikan air yang hilang.

Orang yang ada masalah kencing manis juga boleh hilang banyak air dalam badan. Jadi bagi anda yang ada penyakit tu, sila ambil perhatian dalam cuaca panas ni.

Untuk baca maklumat lengkap pasal kes kurang air dalam badan ni, sila pergi kat sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tanda-tanda yang anda perlu tahu bila badan kurang air dan perlu minum

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !