Ada berapa syarikat penerbangan tambang murah kat negara kita?
Kalau dilihat dari segi harga tambang yang ditawarkan sekarang, boleh dikatakan ada 3 pilihan utama. AirAsia, Malindo dan sudah tentu MAS. Ketiga-tiga syarikat tersebut menawarkan tambang penerbangan murah untuk pelanggan mereka.
Kalau dilihat dari segi sasaran jumlah pelanggan antara ketiga-tiga syarikat penerbangan tersebut, AirAsia mensasarkan jumlah pelanggan paling besar berbanding kesemua pesaingnya. Data tahun 2017, AirAsia sasarkan seramai 27 juta pelanggan. MAS sasarkan seramai 17 juta dan Malindo Air seramai 10 juta pelanggan. Lihat laporannya kat sini.
Kalau dalam banyak-banyak penerbangan yang pernah anda ambil, saya yakin paling kerap adalah AirAsia. Itu memang tak menghairankan sangat melihatkan sasaran mereka yang sangat bersemangat. Lagipun, pilihan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan murah paling hebat dunia itu sangat banyak berbanding yang lain.
Selalu naik AirAsia untuk penerbangan domestik
Saya biasanya akan naik AirAsia untuk penerbangan dalam negara. Memang tak dapat dinafikan tambangnya murah dan berbaloi. Kekerapannya juga boleh tahan. Jadi tak ada pilihan lain yang lebih baik berbanding mereka.Kadang-kadang memang leceh juga dengan AirAsia ni. Paling kerap berlaku adalah kelewatan penerbangan berbanding jadual yang diberikan. Kalau lewat lama sangat, banyak perancangan jadi kacau bilau.
Dek kelewatan, habis semua jadual lain akan terpaksa diubah dengan kadar segera.
Apa yang penumpang boleh buat?
Memang tak boleh buat apa-apa. Terima saja dah adjust mana yang boleh segala masalah yang timbul hasil dari kelewatan tersebut.
Sama juga macam kes melanggan Astro. Kalau siaran tergendala disebabkan cuaca tak bagus, anda tak boleh buat apa-apa. Tutup saja TV dan tunggu cuaca elok semula. Kalau masanya panjang, terima sajalah.
Salah pengguna mereka sangat berkira
Cuba anda buat silap sikit dengan syarikat penerbangan tu. Contohnya bawa lebih kilo sikit. Atau lewat sesaat dua. Habis! tiada maaf bagi mu.
Air-Asia siap bawa penimbang check satu demi satu beg pelanggan mereka. Kalau lebih berat bag yang dibawa, anda tak dibenarkan bawa naik. Memang tersangat berkira mereka dengan berat yang anda bawa. Tak ada lebih kurang punya.
Macam juga Astro. Kalau anda lambat bayar, terus kena potong. Tiada belas kasihan bagi mu. Memang sangat cekap mereka pastikan syarikat kesayangan mereka tak rugi satu senpun.
Tak bagi makanan yang dah dibayar
Ada baru-baru ini saya ke Sabah dengan 3 orang kawan. Semua tiket penerbangan dah selesai bayar. Ada bayar siap-siap makanan dalam penerbangan tu. Memang naik penerbangan tambang murah tu, kalau nak makan kena bayar extra.Tak pa. Masih boleh diterima sebab namapun tambang murah. Mereka hanya sediakan perkara asas saja supaya penjimatan dapat dilakukan. Kalau tak da duit nak makan, tidur saja sebaik saja duduk atas kapal terbang tu. Tak ada masalah.
Nak jadi cerita, salah seorang kawan saya terpaksa balik segera ke rumahnya. Ada kecemasan. Dia ambil tiket baru dan terpaksa abaikan semua tiket balik yang telah siap dibayar.
Jadi masa kami balik, kawan saya bawa tiket kawan yang balik awal tu. Masa makanan dihidangkan pada semua penumpang yang dah bayar, dia tunjukkan tiket kawan saya yang tak naik tu. Mereka berikan dua makanan sebagaimana yang dah ditempa. Kawan saya ambil satu letakkan atas mejanya dan satu lagi disimpan kat tempat duduk kawan saya yang kosong tu.
Kemudian, saya baru berikan tiket saya pula untuk claim makanan.
Terus pramugari tu terkejut. Dia ingat tiket tu saya punya. Saya kata bukan, Ini baru saya punya atas nama saya. Jadi saya mahukan makanan saya punya.
Dia tak ada pilihan melainkan kena bagi juga satu lagi makanan pada saya.
Dia minta semula makanan yang kawan saya ambil yang sepatutnya kawan saya yang balik awal tu punya. Katanya, kalau tak naik kapal tu, tak boleh ambil makanan. Mereka perlu ambil semula.
Kawan saya kata, kami dah bayar. Jadi samada dia tak naik atau naik, itu hak kami. Ikut suka kamilah samada nak makan atau nak bawa balik sebagai bekal nanti.
Namun pramugari tu berkeras tak berganjak. Dia mahu balik makanan yang dah diberikan tu.
Kalau pramugari tu keras. Kawan saya juga berkeras. Dia buat tak tahu saja sambil makan makanannya sendiri.
Akhirnya, pramugara kawan kepada pramugari yang berkira tu pujuk kawannya. Dia kata tak baik makanan yang dah diberikan, diminta balik. Jalan saja dan berikan saja pada mereka.
lama selepas tu, akhirnya, barulah pramugari tu berganjak dan kami dapat juga nasi bungkus yang bukan sedap sangat tu. Bukan nak melantak sangat pun. Tapi apa salahnya kami ambil benda yang dah kami bayar?
Kenapa berkira sangat?
Saya sendiri tak faham kenapa mereka nak berkira sangat. Semua dah dibayar. Makanan tu tentu dah disediakan terlebih dahulu berdasarkan tempahan.Kalau tak diambil, mereka samada akan pulangkan semula makanan tu. Atau buang, atau mungkin mereka yang akan ambil. Silap hari bulan akan disia-siakan saja. Jadi elok berikan saja pada mereka yang dah membayarnya.
Nak kata ia melibatkan keselamatan, saya sikit pun tak nampak kat mana isu keselamatan timbul kalau penumpang yang tak naik, kawannya ambil makanannya yang dah ditempa.
Jadi kenapa nak berkira sangat?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !