Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 April 2019

Saintis Yahudi berjaya buat 3D print organ jantung manusia dari sel pesakit - Hebat !

  Ano Nyme       24 April 2019

Ini satu berita paling gempar setakat tahun 2019 ini. Kejayaan para pengkaji dari kalangan saintis Yahudi di negara Israel. Mereka telah berjaya menghasilkan organ jantung manusia dengan menggunakan teknologi cetakan (printing) 3D.

Organ jantung yang bersaiz buah anggur itu terhasil daripada tisu atau sel pesakit yang digunakan bersama dengan campuran bahan biologi lain. Campuran tisu manusia bersama dengan bahan biologi lain di masukkan ke dalam alat cetakan 3D untuk menghasilkan satu organ jantung manusia yang lengkap.

Sebelum ini, memang dah ada saintis yang berjaya membuat tisu lain manusia dengan menggunakan teknologi cetakan 3D. Tapi apa yang saintis dah berjaya buat sebelum ini hanyalah sekadar tisu sahaja. Tidak ada sekali dengan pembuluh darah di dalam tisu tersebut.

Saintis Yahudi dari Universiti di Tel Aviv telah mengatasi kehebatan ciptaan saintis lain sebelum ini dengan berjaya manghasilkan dari teknologi cetakan 3D, sebuah organ jantung lengkap yang ada sekali semua sel, pembuluh darah, bersama dengan ruang bilik jantung dengan dindingnya!!!.

Hospital cetak jantung gantian untuk pesakit

Dengan kejayaan pertama itu, sudah tentu bakal membuka jalan kepada keupayaan hospital untuk mencetak jantung gantian untuk pesakit jantung bermasalah yang perlu ditukar dengan yang baru.

Pesakit hanya perlu memberikan sel dan tisu yang ada dari tubuh badannya untuk digunakan sebagai salah satu dari bahan mentah yang boleh menghasilkan jantung gantian yang sesuai untuk tubuh badanya. Semuanya dengan menggunakan mesin cetakan 3D.

Hasil cetakan 3D organ jantung manusia pertama di dunia yang dipamerkan itu masih belum boleh berfungsi lagi. Ia perlu di masukkan ke dalam inkubator atau bioreaktor untuk mematangkannya. Di situ, signal elektrik dan mekanikal akan digunakan untuk membuatkan organ jantung itu mula mengepam secara serentak dan harmoni.

Itu semua masih dalam kajian. Lagipun jantung pertama hasil dari cetakan 3D itu masih dalam saiz sebuji buah anggur sahaja. Saintis sudah tentu akan pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan pula organ jantung manusia yang bersaiz normal. Itu dah pasti amat mudah untuk dilakukan dengan kejayaan awal yang sudah ditempah oleh saintis dari Universiti di Tel Aviv tu.

Saintis yakin semua itu akan berjaya dilakukan dalam tempoh sepuluh tahun lagi dari sekarang.

Manusia cuba mengatasi mati

Kalau anda pernah baca buku yang ditulis oleh Yuval Noah Harari yang juga dari Israel, anda tentu ada baca rumusan penulis tersebut tentang usaha manusia untuk cuba mengatasi kematian. Itulah hala tuju manusia sejak dari dahulu kala lagi.

Mula-mula manusia kejar harta, lepas itu dia kejar kuasa. Bila dapat kedua-duanya, manusia masih tak puas. Dia mula kejar keupayaan untuk hidup selama-lamanya pula. Zaman moden bermula dengan usaha manusia untuk cuba panjangkan jangka hayat kehidupan mereka.

Cara awal yang manusia buat sekarang adalah dengan berusaha mengatasi masalah kesihatan. Kalau semua masalah penyakit dapat di atasi, dan manusia mula bebas dari masalah penyakit, maka secara logiknya, umur mereka akan bertambah panjang.

Selama ini, semua manusia terima hakikat bahawa kematian adalah satu proses alami yang tak dapat dielakkan. Dalam masa terdekat ini, sudah mula ada saintis yang masukkan mati itu sebagai salah satu dari kategori penyakit.

Jadi mereka sedang berusaha untuk cari ubat bagi merawat sakit mati pula ...

Apakah manusia akan berjaya untuk mengatasi kematian .. ?

Atau paling kurang, tanpa ada masalah organ tubuh badan, sebab semua organ dari sel ke tisu semuanya akan mampu dibaik pulihkan jadi sihat sempurna semula, manusia akan berjaya hidup dalam tempoh yang sangat lama.

Kalau nak matipun, hanya apabila berlaku kemalangan teruk kena ikat dengan bom C4 yang dililit di seluruh tubuh badan lalu diletupkan sampai habis berkecai. Maka itu dah tak boleh nak buat apa-apa lagi.

Bila kemajuan hebat teknologi atasi segala penyakit, mampu cetak buat organ baru dan lain-lain lagi dah mula ada, maka akan berlaku jurang pemisah ketara antara yang kaya raya dengan yang tidak berada.

Yang kaya raya tentu jangka hayat mereka akan panjang berlebihan berbanding orang yang tidak berada. Hanya yang kaya raya saja ada duit untuk gunakan segala kemudahan teknologi tersebut. Akan muncul bangsa manusia berbeza darjat dari segi tempoh hidup pula tak lama lagi ... ???

Rujuk maklumat terperinci kejayaan mencetak organ jantung tersebut di pautan ini. Sumber maklumat asal berita ini dipetik dari sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Saintis Yahudi berjaya buat 3D print organ jantung manusia dari sel pesakit - Hebat !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !