Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 May 2019

Malaysia negara ke-3 terbaik di dunia mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasullah !

  Ano Nyme       23 May 2019

Sekali baca tajuk tu, 'Malaysia negara ke-3 terbaik di dunia dalam mengamalkan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan apa yang diamalkan oleh Rasulullah' rasa bangga lah juga.

Tapi sekali tengok senarai keseluruhan 153 negara yang dibanci dalam menentukan tahap mengamalkan apa yang diperintahkan dalam Al-Quran dan Sunnah, rasa sedih la pulak.

Dalam keseluruhan 153 negara, Malaysia duduk di tangga ke 47 sahaja. Jatuh lebih teruk lagi berbanding tahun yang sebelum ini di mana Malaysia duduk di tangga ke-43.

Cuma apa bila dibandingkan sesama negara yang majoriti penduduknya adalah orang Islam, maka Malaysia duduk di nombor 3. Kalah dengan Emeriah Arab Bersatu di tangga pertama dan Albania berada di tangga ke-2.

Di bawah Malaysia adalah negara Qatar.

Dalam kesemua 153 negara dunia yang dibanci itu, 3 negara paling teruk yang jauh menyimpang dari apa yang diajarkan oleh Al-Quran dan Sunnah adalah Yaman, Sudan dan Chad. Ketiga-tiganya adalah negara orang Islam.

Malaysia lebih teruk dari 44 negara bukan Islam

Kedudukan Malaysia di tangga ke 47 berbanding 153 negara lain dunia amat mengecewakan. Kesemua 44 negara yang didapati lebih mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah bukanlah negara yang majoritinya beragama Islam.

Berikut adalah 10 negara dunia yang paling menghampiri apa yang Al-Quran anjurkan dalam mentadbir negara mereka dan memelihara kesejahteraan rakyatnya:
  1. New Zealand
  2. Sweden
  3. Netherlands
  4. Iceland
  5. Switzerland
  6. Ireland
  7. Denmark
  8. Kanada
  9. Australia
  10. Norway
Kesemua negara kapiaq kat atas tu lebih mengamalkan ajaran Al-Quran dari segi Ekonomi, Undang-undang dan pemerintahan, Kemanusiaan dan kebebasan politik dan Perhubungan Antarabangsa.

Indeks tak ukur ibadah khusus seperti solat dan puasa

Perlu diingat bahawa bancian tersebut di atas bukanlah membuat ukuran dari segi kepercayaan atau aqidah. Tidak juga mengukur amalan khusus yang diamalkan penganut agama Islam seperti puasa, solat, zakat dan lain-lain lagi seumpama dengannya.

Dia orang juga tak ukur kesemua perkara yang sering ditekankan oleh penganut agama Islam di negara kita seperti Pakai Tudung atau jangan pakai selur pendek dan perlu Tutup Aurat.

Mereka juga tak ukur amalan haram dan halal yang orang Malaysia sering tekankan. Seperti jangan menonton video lucah ketika isteri sedang mengandung, yang di up oleh seorang artis kita baru-baru ini.

Kalau dengar ceramah, pasang banner, update status kat media sosial dan lain-lain lagi, orang Islam kat negara kita akan fokus pada tutup aurat, jangan tinggal solat, perlu solat subuh berjemaah kalau nak jadi negara maju, janagn berkhalwat, bersetubuh hanya dengan isteri/suami, isteri wajib taat suami, perlu banyak baca/tadarus Al-Quran dan sebagainya.

Kalau mereka ukur yang itu, sudah tentu negara kita akan dduk kat tangga 10 teratas meninggalkan kesemua negara lain kat dunia. Negara kapiaq mana boleh lawan negara Malaysia untuk buat kesemua itu.

Negara Kapiaq hanya fokus kepada kebaikan hidup di dunia sahaja.

Itulah yang orang Islam percaya khasnya orang Melayu kat negara kita percaya. Parti politik kat negara kita yang perjuangkan islam juga percaya macam tu. Kemengan di akhirat nanti menanti kita, kalah pilihanraya tak apa.

Kejayaan yang orang Islam kejar adalah kejayaan di Akhirat. Untuk itu terpaksa telan keperitan dan tidak majunya orang islam kat atas muka bumi ini. Sebab itu kalau ketinggalan jauh berbanding negara Kapiaq adalah sesuatu yang lansung tidak mengejutkan.

Tapi nampaknya segala ibadat khusus yang umat Islam tekankan selama ini. Dengan harapan jika terjaganya amal ibadah khusus itu, maka umat Islam akan maju dunia dan akhirat, nampak macam tak menjadi la pulak.

Makin kuat umat islam amalkan ibadah khusus, makin rajin umat islam dengar kuliah dan dengar ceramah. Makin ramai umat islam tutup aurat, makin ramai umat islam twit atau up status pasal nasihat agama kat media sosial, makin teruk pula jadinya kemakmuran negara islam.

Makin menyimpang dari apa yang Al-Quran anjurkan seperti yang dibuktikan oleh bancian tersebut.

Kalau anda nak tengok lebih lanjut pasal bancian, boleh pergi ke pautan ini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Malaysia negara ke-3 terbaik di dunia mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasullah !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tiga tingkatan umat Islam ;

    Islam mula dgn Syahadah, kekal dgn solat, sempurna dgn taat, rosak dgn syirik dan kufur.
    Tingkat seterusnya, Iman, tmptnya dlm hati, bermula dgn percaya, meningkat dgn ilmu, kekal dgn yakin, sempurna dgn 6 sifat ; ikhlas, jujur, amanah, syukur, sabar dan tawakal. Tak senpurna iman tanpanya. Menjadi rosak dgn ragu.
    Tingkatan seterusnya, taqwa, mula dgn ikhsan, sempurna dgn wara', dibuktikan dgn akhlak yg baik, akhlak yg mulia. Taqwa rosak dgn maksiat.

    Kemulian umat Islam adalah pd tingkatan taqwa, dan yg paling mulia adalah yg paling taqwa.

    Indeks ukuran pula berada nilaian akhlak. Ramai umat Islam, dah gagal pd nilaian taat, yg gagal pd nilaian iman, mk berapalah sgt yg sampai pd tingkat taqwa. Mk bila dinilai pd ukuran akhlak, itulah hasilnya.

    Apa pun, bg yg dinilai baik akhlaknya, tanpa Syahadah dan Iman, mk buahnya atau manfaatnya hanyalah di dunia sahaja. Di Akhirat, tidak dinilai Allah swt.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !