Dah ramai juga yang bertolak balik kampung sempena cuti raya ni. Tengok laporan trafik dari hari jumaat baru-baru ni lagi jalanraya dah mula meningkat jumlah kenderaan. Hari ni sabtu. Masa travel dari sepang ke Shah Alam tadi, dengar laporan radio sesak kat arah nak ke Tapah.
Ertinya orang ramai dah mula keluar berpusu-pusu dari KL menuju ke kampung masing-masing.
Tapi masih ramai lagi yang tak balik. Saya pun masih tak balik lagi. Mungkin esok atau isnin baru cadang nak bertolak baik.
Ada juga yang tak balik lagi sebab nak kena tunggu habis kerja sampai hari selasa nanti baru boleh bertolak balik kampung.
Bagi yang dah balik dan selamat sampai. Alhamdulillah.
Bagi yang tak balik lagi, elok ambil perhatian sebelum mulakan perjalanan.
Kemalangan berlaku di kalangan warga lokal
Musim balik raya ni keadaan di jalan raya dan lebuh raya adalah dalam suasana yang luar biasa. Kalau masih dok leka tak ambil perhatian kepada perubahan yang sedang berlaku, alamat sengaja nak cari kemalangan.
Dalam temubual di radio baru-baru ini, saya dengar bahawa bila masuk musim perayaan di mana orang ramai balik kampung, maka berlaku banyak kemalangan.
Tapi apa yang menarik, kemalangan yang banyak tu bukannya berlaku di kalangan mereka yang travel jauh nak balik ke kampung. Sebaliknya, banyak kemalangan berlaku di kalangan warga lokal.
Mereka yang tak ke mana-mana balik raya, sebab memang orang kampung atau tempatan.
Orang tempatan leka tak sedar bahawa suasana jalanraya dah berubah. Trafik tak macam biasa yang dia selalu alami sebelum ini. Jadi bila dia masih dok bawa macam dalam keadaan biasa jugak, silap hari bulan, akan terjebak dalam kemalangan.
Oleh itu, orang tempatan, orang kampung, warga lokal, tolong ambil perhatian!
Jangan dok ralit dan nga nga masa memandu dalam musim perayaan ni.
Untuk orang yang travel balik kampung pulak, kalau masuk dalam pekan atau kampung orang, perlu berjaga-jaga dengan orang kampung tu. Mereka masih leka dan tak sedar bahawa keadaan jalanraya dah berubah. Jadi anda perlu lebih berwaspada terhadap warga lokal bila lalu tempat mereka.
Awas bila dah nak sampai destinasi !!!
Satu lagi maklumat penting yang saya dapat tahu pasal kemalangan jalanraya ketika orang balik kampung. Ini menarik dan tak terfikir sebelum ini.Majoriti kemalangan orang yang travel balik kampung bukan berlaku masa pertengahan atau permulaan perjalanan. Tapi sebaliknya, banyak yang berlaku ketika 5 kilometer terakhir sebelum nak sampai destinasi.
Bawa kereta punyalah lama 4 atau 5 jam dari Lembah Klang menuju ke Utara. Semuanya lancar tak ada apa-apa berlaku. Tapi malangnya dah nak dekat sampai, lagi 5 kilometer saja lagi. Dah berlaku kemalangan la pulak.
Selalu, itulah yang terjadi.
Raai yang ingat semuanya dah selesai. Dah nak sampai. Kawasan kampung sendiri. Teruja, rasa tahu sangat keadaan kampung dan keadaan jalanraya macam selalu dok balik sebelum ini. Sikap berhati-hati dah mula luntur.
Sebab itulah banyak kemalangan terjadi pada orang balik kampung masa dah dekat nak sampai.
Oleh itu, selagi anda tak berhenti, tarik and brake dan tutup enjin di depan rumah kat kampung tu, selagi itulah anda perlu ambil peka dengan keselamatan jalan raya.
8 faktor penyebab kemalangan
Berikut saya kongsikan 8 faktor yang menyebabkan terjadinya kemalangan selama ini berdasarkan statistik yang saya ambil dari astro:- Terbabas
- Cuai melintas
- Cuai memotong
- Tak nampak kenderaan di hadapan
- Cuai keluar dan masuk simpang
- Ekori rapat kenderaan depan
- Cuai buat U-Turn
- Berhenti mengejut
Elok elakkan dari jalan yang ada banyak simpang dan ada dua hala. Banyak punca kemalangan di atas akan terelak dengan sendirinya.
Sebab itu lebih selamat ikut lebuhraya sebenarnya berbanding ikut jalan persekutuan tu.
Cuma bila bawa kat lebih raya, cepat pula mengantuk berbanding jika bawa kereta kat kawasan kampung atau pekan.
Apapun, selamat bercuti dan waspada memandu !
SELAMAT HARI RAYA !!!
Gopoh dan gelojoh tidak merancang perjalanan dgn baik lupa akan cara system pemanduan berhikmah ini is a punca kemalangan kerap terjadi disamping itu juga tidak memahami tata cara Islam dgn baik
ReplyDelete