Tahu tak?
Bahawa, MyKad anda tu boleh diguna pakai sebagai kad Touch n Go ?
Mungkin ramai yang dah tahu. Tapi rasanya masih ada lagi pemilik MyKad kat Malaysia ni yang tak dapat maklumat pasal penggunaan MyKad sebagai kad Touch n Go.
Saya pun sebelum ini memang tak tahu.
Satu hari tak lama dulu, bila masuk lorong tol yang hanya mengizinkan penggunaan TnG sahaja, barulah saya dapat maklumat ni. Penjaga tu bagi tau boleh top-up nilai pada MyKad yang saya ada. Maka saya pun top-up RM20 untuk perjalanan pendek hari tu.
Dan semenjak itu, saya terus pakai MyKad sampai sekarang untuk kad TnG saya.
Kelebihannya .. orang tak boleh nak main pinjam-pinjam sat sebab memang tak akan ada orag yang akan suka-suka berikan MyKad dia pada orang lain.
Kekurangannya ... MyKad kerap tertinggal dalam kereta. Lupa nak ambil bila keluar dari kereta pergi masuk pusat beli belah dan seumpamanya.
Macam mana nak jadikan MyKad sebagai Touch n Go
Caranya mudah sangat.Anda hanya perlu pi masukkan nilai duit ke dalam MyKad anda di mana-mana saja pusat tambah nilai Touch n Go.
Malah sekarang ni amat mudah buat macam tu. Kat perhentian tol banyak dah diletakkan mesin tambah nilai. Letak saja MyKad anda tu dan tambah saja berapa ringgit yang anda nak masukkan. Dah siap MyKad anda untuk digunakan sebagai kad TnG.
Cara cetak penyata transaksi Touch n Go untuk MyKad
Sekarang ni, agak sukar untuk dapatkan resit perjalanan bila anda pakai kad Touch n Go.Kalau ada pusat tol yang sediakan lorong untuk minta resit, hanya satu atau 2 lorong saja yang berikan khidmat sedemikian. Kalau masuk lorong yang tak ada orang, anda tak kan dapat resit perjalanan tu.
Ini jadi masalah jika anda kerja makan gaji dan nak tuntut kos perjalanan menggunakan lebuhraya bertol. Kalau dulu mudah saja. Kepilkan saja resit pada borang tuntutan. Tapi sekarang dah tak ada resit nak buat pembuktian macam mana?
Anda masih boleh buat bukti perjalanan dan bayaran. hanya perlu cetak saja penyata transaksi Touch n Go anda tu dari portal TnG.
Sebelum anda boleh tengok penyata tersebut, perlu daftar terlebih dulu MyKad yang anda gunakan sebagai kad TnG tersebut.
Daftar MyKad di portal Touch n Go
Cara nak daftar mudah saja.Masuk ke portal Touch N Go ini terlebih dahulu.
Pergi ke bahagian Personal dan pada hujung atas sebelah kanan portal itu ada perkataan Sign Up. Klik kat situ untuk mula daftarkan MyKad anda sebagai kad TnG.
Ada 3 perkara yang anda perlu isi. Bahagian Nationality tu mudah saja. Bahagian Identification No tu juga mudah. Yang selalu orang keliru adalah bahagian paling mula yang ditanya, iaitu 'Card/Device Serial No.'
Nak isi nombor apa kat situ?.
Untuk dapatkan nombor tersebut, anda perlu buka semula resit masa anda top-up MyKad di kaunter atau mesin top-up touch n go sebelum ini. Ada maklumat yang anda perlukan kat resit tersebut.Biasanya orang akan masukkan maklumat pada 'Card No' sebagai nombor siri. Memang secara logiknya itulah nombor yang sepatutnya digunakan.
Tapi bila saya buat macam tu, nombor itu tak diterima. Dia kata salah. Bila saya masukkan maklumat nombor pada 'Mfg No' barulah diterima.
Jadi, serial no yang perlu dipakai pada resit untuk dimasukkan ke dalam maklumat pendaftaran MyKad anda sebagai kad TnG adalah nombor "Mfg No".
Masukkan semua maklumat dan tekan proceed.
Semua maklumat seterusnya adalah mudah saja. Macam pendaftaran maklumat untuk portal-portal yang lain juga. Anda hanya perlu baca arahan sahaja.
Bila dah daftar, anda boleh Log-in dan masuk ke akaun anda. Dari situ anda boleh lihat semua rekod perjalanan dan transaksi yang telah anda lakukan dari mula sampai yang terkini.
Mudah saja. Anda dah boleh print untuk dikepilkan bersama borang tuntutan perjalanan anda bila nak kena buat claim nanti. Mudah saja.
Moga panduan ini membantu untuk mereka yang masih tak tahu macam mana nak pakai MyKad sebagai kad Touch n Go anda.
Terlalu Sudah untuk sign up. Tolong lah bagi senang sikit. Dah berjam jam buat, masih tak jadi. Nak claim duit toll Kat majikan.
ReplyDeleteNak tanya..kalau kita topup nilai dalam mykad, adakah mykad tu boleh terus guna atau nak kena daftar kat mana2 dulu supaya mykad tu activate?
ReplyDeleteBoleh terus guna
DeleteMASALAH PERTAMA KALI LETAK PASSWOOD SELALU TIDAK BERJAYA
ReplyDeleteadakah saya perlu topup dulu baru daftar TnG?
ReplyDeletetop up dulu untuk dapatkan resit dan no Mfg untuk daftar
DeleteNo mfg resit hilang
ReplyDeleteMasalah saya,MyKad sy x boleh nk detect dekat mesin touch&go...kenapa ya? Tolong bagi pencerahan
ReplyDeletesalah letak kot?
Deleteterima kasih sangat membantu
ReplyDeletesama-sama
Deletesgt2 membantu. tkasih.. bhg paaword tu mmg geram je.. x lepas2 nk signup.. lama try baru dpt
ReplyDelete