Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 July 2019

Betulkah pelapik tapak kaki boleh rawat segala sakit sendi, lutut dan tulang belakang?

  Ano Nyme       25 July 2019

Baru-baru ini saya jalan-jalan kat sebuah pasaraya membeli belah. Ramai orang juga pagi sabtu tu. Tapi masih tidak sampai ke peringkat sesak macam hari hujung minggu biasa sebab masih awal.

Ada macam-macam promosi kat ruang legar di bahagian Ground Floor. Persediaan untuk tingkatkan jualan sempena hujung minggu.

Biasanya orang penuh lalu lalang tengok sana dan tengok sini dalam pusat beli belah.

Walaupun majoriti besar yang datang berkunjung ke pusat beli belah tu tak shopping apa-apapun, macam saya sendiri. yang biasanya hanya nak ke kedai buku tengok buku terkini, tapi masih tetap ramai penjual yang akan buka pameran promosi istimewa.

Promosi buat pelapik tapak kaki

Ketika melilau tinjau persekitaran, terlihat satu promosi yang menarik. Logo produk dia tu memang dah lama saya perhatikan. Ada satu papan iklan besar di Lebihraya Plus kalau tak silap saya yang selalu jadi tanda tanya setiap kali saya tengok.

Logo tu sama dengan logo geng yang sedang buat promosi pagi sabtu tu. Saya terus singgah sementara tak ramai orang lagi di situ.

Saya akan dapat jawapan apa sebenarnya produk yang dia nak tawarkan pada pengguna macam saya.

Sebaik saja saya singgah, seorang jurujual yang masih muda, lelaki sambut kehadiran saya. Dia terus tunjukkan kan pada saya macam mana nak tahu samada kaki saya tu normal atau tidak normal.

Dengan peralatan canggih, disuruhnya saya pijak pada satu petak. Kedua-dua tapak kaki saya didapatkan jejaknya dengan pantas. Kemudian dia ambil pembaris, garis 3 garisan lurus dan mula tunjukkan pada saya rupa tapak kaki saya tu.

Kalau anda perasan, memang tapak kaki ni ada bentuk yang unik. Sekali pandang kita dah boleh tahu itu tapak kaki manusia. Ada bentuk dan lengkungannya yang tertentu. Pemuda cina itu tunjukkan pada saya ada sedikit cacat pada rupa tapak kaki saya tu.

Walaupun tak banyak sangat katanya, ini adalah tanda bahawa tulang dan struktur tapak kaki saya dah ada kerosakan sikit. Dia bagi perumpamaan yang mudah difahami.

Struktur tapak tak betul

Bayangkan kerusi yang ada 4 kaki. Berat barang di kerusi itu akan dibahagikan samarata pada setiap kaki kerusi tersebut. Semuanya seimbang. Tapi bayangkan kalau dibuang satu kaki. Atau salah satu kaki dipendekkan sedikit.

Kerusi mula jadi tak balance. Bubuh barang akan jadi goyang dan jika lama begitu tanggung beban yang tak seimbang, kerusi tu akan longgar sebab struktur lain juga akan turut sama jadi kacau dan terkeluar dari landasannya.

Haaaa! kaki macam tu juga. Kedudukan tapak yang tak betul adalah seumpama kerusi yang kaki dah mula tak balance. Kalau dibiarkan, mula akan datang sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut dan habis semua bahagian tulang yang tanggung berat badan akan goyang!.

Betulkan tapak kaki

Macam biasa, setiap masalah yang dibentangkan pada saya, akan ada solusinya. Memang itulah tujuan utama dia mahu saya faham. Saya perlu diberitahu yang saya amat memerlukan produk yang dia tawarkan hari itu.

Produk itu adalah pelapik tapak kaki untuk betulkan semula kedudukan tulang kaki tu. Pakai peapik tersebut setiap hari, setiap kali pakai kasut, lama kelamaan struktur kaki akan baik dan betul semula.

Wah! menarik!

Itu bisik hati saya.

Saya terus tanya berapa harganya satu tapak pelapik tu?

Bila dia bagi tau harganya dah nak cecah RM3 ribu, saya ternganga !!!

Apasal mahal sangat?

Katanya mahal sebab kena customize tapak tu khas untuk kaki saya saja. Kena ukur betul-betul. Hantar kilang dan pelapik kaki saya akan dibuat. Bila dah siap nanti, dia akan hantar pelapik itu untuk saya masukkan ke mana-mana kasut yang saya selalu pakai.

Mereka akan buat follow up sehingga 2 tahun kalau tak salah saya. Ukur setiap kali follow up dan jika perlu akan tempah semula tapak pelapik baru bila tapak kaki saya dah ada perubahan.

Janji mereka adalah tapak kaki saya akan kembali normal seperti anak dara semula !!!!!

Macam itulah maksudnya, bukan saya ni perempuan. Cuma nak bagi perumpamaan saja. Ertinya kaki saya akan kembali segar seperti asal yang sepatutnya dan semua tulang kaki lain akan kembali sihat semula.

Dan sudah tentu itu akan membawa kepada keadaan diri saya yang lebih sihat secara keseluruhannya...

Wooooo! padanlah sangat mahal !

Jual benda keras kecil macam tu saja, pelapik kaki bubuh kat kasut sampai nak cecah 3 ribu.

Kasutpun tak bagi !

Maka saya senyum dan ucapkan terima kasih padanya dan berlalu.

Betulkah pelapik boleh betulkan kaki?

Itu soalan pertama yang timbul dalam kepala saya selepas dengar kuliah budak muda cina haritu. Takkan semudah itu nak betulkan kaki dan tulang kaki yang lain?

Betulkah perlu ngam-ngam tapak pelapik tu sampai nak jual ribu-ribu. Kalau buat yang jenerik saja tak boleh ke?

Dan paling penting ada bukti medikal kat yang bentu berfungsi seperti yang dijanjikan?

Bila saya google dan cari maklumat.

Betullah sebagaimana sangkaan. Tak kesemuanya yang mereka janjikan itu betul. Sebahagian kecil saja yang mungkin ada kebenarannya. Kesan dari rawatan bubuh pelapik tu memang ada juga sedikit sebanyak untuk kurangkan rasa sakit kaki dalam kes tertentu.

Tapi sampai betulkan tulang belakang gitu ... boleh disangsikan lagi kebenarannya.

Nasib baik saya tak beli ...

Anda ada kenal orang yang dah terjebak beli dan cuba benda tu. Bagaimana hasilnya ???

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Betulkah pelapik tapak kaki boleh rawat segala sakit sendi, lutut dan tulang belakang?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !